(E) Twenty-four
(Jiji POV)
Aku membuka mataku perlahan. Kepalaku masih berdenyut. Mesti sebab banyak menangis semalam. Baru sahaja nak bangun dari pembaringan, langkahku terbantut. Baru aku sedar, pinggang aku masih dipeluk erat oleh tangan kekar Taehyung. Entah kenapa bibirku masih mampu tersenyum. Padahal, apa yang dia dah buat semalam cukup mengguris hati aku.
Aku tak tahu sama ada semalam merupakan malam terindah atau malam paling menyakitkan dalam sejarah hidup aku.
Aku cuba mengangkat tangan Taehyung namun semakin aku cuba, makin erat pelukannya. Suara garaunya memecah kesunyian.
"Biarlah aku peluk kau sekejap" dia menyembamkan mukanya ke belakang tengkuk aku. Aku hanya diam tak berkutik.
Tiba-tiba pelukan itu terlerai. Riak wajahnya sedikit keliru. Dia memandang keadaan sekeliling. Segera dia menapak keluar dari bilik aku. Mungkin baru tersedar tentang perbuatan dia. Atau lebih tepat lagi, dia ni sedang dalam dilema.
Aku menutup pintu dan segera mencapai tuala. Aku bersihkan diri ala kadar sahaja. Aku dah terlajak tidur hari ini.
•
•
•
•
(skip)
•
•
•
•
"Awak, breakfast dulu" aku menyendukkan sedikit nasi goreng kimchi ke dalam pinggan. Taehyung sedang gigih membutangkan lengan kemejanya. Tali leher dibetulkan dan blazer disarung ke tubuh tegapnya. Tiada siapa pun mampu menidakkan ketampanannya.
"Kau makanlah sorang-sorang. Aku takut kau letak racun dalam nasi tu. Breakfast dekat café lagi selamat" dia mencapai kunci kereta dan beredar ke pejabat. Aku yang sedang menghulurkan tangan untuk bersalam tidak dipedulikan. Tak apa. Aku dah biasa.
(End POV)
Jiji mengemas meja makan setelah selesai bersarapan. Walau pun tidak berselera, tetap digagahkan diri untuk menelan nasi goreng itu. Nasi itu terasa pahit di tekaknya.
Baru sahaja hendak melabuhkan punggung di atas sofa, doorbell ditekan sebanyak tiga kali. Dengan segera, dia berlari untuk membuka pintu.
Gambaran pertama yang menerjah retinanya sangat membakar hatinya. Wajah yang paling dia benci.
Kim Hyemi.
Jiji menayangkan muka tanpa perasaan. Persis seperti yang dia lihat pada wajah Taehyung setiap hari. Hyemi menghulurkan tangan untuk bersalaman namun Jiji hanya memandang sepi huluran itu.
"Kau nak apa datang sini?" Jiji mula menyoal Hyemi.
"Jiji tak nak ajak eonnie masuk dulu ke?"
"Kalau tak malu, masuklah" Jiji meninggalkan Hyemi yang masih terkulat-kulat di hadapan. Mahu atau tidak, dia terpaksa masuk. Dia ingin jernihkan keadaan.
Jiji duduk di atas sofa sambil menyilangkan kakinya. Selalunya, dia yang ditindas. Tapi kali ini, dia takkan biarkan perempuan dihadapannya membuat perkara sama. Sedikit sebanyak, ego Yoon Jihae mula terserlah.
"Eonnie nak bincang pasal---"
"Kalau nak bincang pasal kau dengan adik kau, aku tak nak dengar" Jiji memintas percakapan Hyemi.
"Kau ni perempuan jenis apa hah? Depan kitorang, berlakon yang kau ni benci tahap dewa dekat Tae. Belakang kitorang, kau berseronok dengan dia. Manusia jenis apa kau ni? Kau tikam belakang adik ipar kau sendiri. Kau gila, Hyemi! Mingyu tak cukup ke sampai Taehyung pun kau nak?" hambur Jiji geram. Dadanya turun naik menahan amarah yang telah lama terbuku di hati.
"Eonnie terpaksa!" Hyemi juga ingin menegakkan pendiriannya.
"Kau ingat, terpaksa tu boleh jadi tiket untuk kau layan Taehyung? Macam tu? Kenapa kau tak bagitahu eomma dengan appa? Nampak sangat kau suka dengan sentuhan dia!" Jiji bangkit dari duduknya. Tubuhnya menggeletar menahan amarah yang kian memuncak.
"Dia ugut nak bunuh Mingyu!"
"Tch, alasan. Aku malas nak cakap dengan kau, perempuan tak ada maruah! Pintu dekat sana, terbuka luas. Sila berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau! Kalau kau masih nak hubungan kita balik macam dulu, jauhkan diri kau dari Taehyung" Jiji menghempas pintu rumahnya. Mukanya diraup kasar.
"Aku benci kau, Hyemi!" airmatanya yang menitik ke atas riba segera ditepis. Dia bangun dan menuju ke biliknya. Kepalanya kembali berdenyut. Dia terlena seketika.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Sekarang sudah larut malam. Taehyung pun sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. Beberapa kali belok sahaja, kereta Taehyung menderu masuk ke dalam garaj. Dengan langkah longlai, dia mengetuk pintu beberapa kali. Darahnya mula mendidih kerana Jiji masih belum membuka pintu.
"Woi, perempuan! Kau pekak ke?" Jiji yang mendengar suara garau suaminya itu melompat dari katil dan berlari ke pintu. Sebaik wajah Taehyung menyapa pancainderanya, kepalanya ditunjal hingga jatuh terjelepok di atas lantai.
"Aku balik penat-penat. Kau ingat aku ada masa nak tunggu kau tergedik-gedik nak buka pintu?" jerkah Taehyung. Jiji tidak mampu mengangkat wajahnya.
"Aku lapar. Kau masak apa?" Taehyung melonggarkan tali lehernya. Brief casenya dilempar tepat ke perut Jiji.
"S-saya tak masak!" Taehyung meraup rambutnya. Segera kunci kereta dicapai. Airmata Jiji tidak mengalir. Entah kenapa.
Dia bingkas bangun dan menutup pintunya. Mungkin dia boleh dilabel 'gila' kerana tidak menangis diperlakukan sebegitu. Tapi, hatinya sudah terlalu tepu untuk hadapi makian dan tindakan agresif Taehyung ke atas dirinya.
"Mulai hari ini, aku janji dengan diri aku. Aku takkan habiskan airmata aku untuk orang yang tak tahu nak hargainya" Jiji menanam azam di dalam dirinya.
*annyeong!! miss me?! lama sangat dho hiatus
mampu ke Jiji tunaikan azam dia? tunggu next chap. sorry kalau barai and lame*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro