Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(E) Twenty-eight

(Jiji POV)

Aku mengeliat kecil. Terasa tulang-tulang aku bengkok semuanya. Eh?! Selimut? Aku dalam rumah sekarang ni! Suami durjana tu masih ada hati rupanya. Ingatkan semua hati dia untuk noona dia saja.

Aku berlari ke dapur bila rasa tekak aku mengembang. Jangan fikir benda lain, kawan-kawan 🌚. Saya nak muntah saja.

Aku basuh mulut setelah selesai memuntahkan orange caramel cupcake yang aku makan semalam. Buat rugi duit aku je. Dahlah mahal. Rugi ~ rugi ~

Tapi, kenapa aku muntah ek? Aku melekapkan belakang tangan ke dahi dan sekitar tengkuk. Patutlah. Aku demam. Aku kembali ke dapur dengan segenggam tisu yang penuh dengan darah. Mungkin sebab semalam hidung aku berdarah dan suami durjanaku tolong lapkan. Ya ke? Mungkin aku berangan je.

Dua biji paracetamol aku keluarkan dari balutan kerajang aluminium dan aku telan. Apa aku nak buat sekarang?

Masak!

Aku capai beberapa peralatan dan mula memasak makanan simple-simple.

(skip)

Lepas masak tadi, aku tertidur sekejap. Bukan sekejap tapi lama. Sekarang dah pukul 6.30 petang. Tapi batang hidung besar si Taehyung pun aku masih tak nampak. Berseronok dengan Hyemi eonnie mungkin?

Tit
Tit
Tit

Bunyi password pintu rumah ditekan. Speaking of the devil. Terpacul wajah Taehyung yang agak kusut. Otak aku pun mula memproses benda 'bukan-bukan' yang dia lakukan dengan kakaknya.

"Tae, saya ada sediakan makanan. Jom makan"

"Aku dah kenyang. Aku nak naik atas. Melekit" kunci kereta dilempar ke atas meja di hadapan televisyen. Cis, berlagak kau ya? Bila aku tak masak, sibuk nak makan. Semasa aku nak bangun, tiba-tiba sahaja duniaku berputar. Ergh! Tolonglah jangan sekarang. Aku berpaut pada sofa dan akhirnya aku rebah tersungkur ke lantai.

(End POV)


Taehyung melangkahkan kaki ke ruang tamu. Niatnya hendak bersantai sambil menonton televisyen. Tetapi, tubuh kaku isterinya menyapa korneanya.

"Perempuan! Kau buat apa atas lantai ni? Jangan buat malu aku boleh tak? Kau buat macam rumah ni tak ada bilik. Weyh, aku cakap dengan kau kan?" Taehyung bercangkung di sebelah Jiji. Tubuh isterinya digoncang.

Tiada respon. Taehyung meletakkan dua jarinya di tengkuk Jiji. Denyutan nadi masih ada tetapi lemah.

Taehyung mengangkat Jiji secara bridal style dan mereka menuju ke hospital.


















*nah update setepek.. lepasni, Insya Allah akan lebih panjang*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro