Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(E) Thirty-one

"Taehyung, kau tahu tak? Esok Jiji ambil keputusan peperiksaan?" soal Jin dengan mulut yang penuh. Taehyung yang tadinya sedang leka bermain permainan video terus mengangkat muka dan memandang Jin.

"Mana kau tahu?" kerutan di keningnya mula terbentuk. Satu perasaan yang sukar ditafsir terdetik dalam hatinya.

Ya, seorang Kim Taehyung masih ada hati walaupun sudah hitam seperti kicap.

"Aku alumni sekolah tu. Kau lupa ke? Aku ahli jawatankuasa pengurusan sekolah tu. Jadi, aku adalah dapat maklumat tadi" Taehyung hanya mengangguk dan meng'o'kan saja.

"Nasib baik kau bagitahu awal. Penerbangan aku malam ni. Baru nak tidur rumah Hyemi noona. So, kena batalkanlah rancangan tu"

"Kau ni tak habis-habis dengan noona kau. Bila kau nak sedar? Bila orang yang sayang kau dah tak ada?" Jin mengetap bibirnya geram apabila Taehyung tidak mahu mendengar kata-katanya. Malah, dia dengan riak selamba menjamah nasi bersama stu kimchi yang terhidang sekian lama di hadapannya.

Satu senyuman terukir di bibirnya. Dia teringatkan noona kesayangannya . Nasi dan stu kimchi adalah hidangan kegemaran buah hati pengarang jantungnya itu. Rindunya meluap-luap terhadap Kim Hyemi. Dan mungkin, tidak tertanggung lagi.







Jam di tangan menunjukkan angka 3. Urat-urat tengkuknya yang tegang mula diregangkan. Kata laluan keselamatan rumahnya ditekan sepantas kilat.

Masuk sahaja ke dalam rumah, suasana sekeliling diperhati. Kelihatan sosok seorang wanita sedang terbaring di sofa. TV masih terpasang. Entah berapa lama TV itu dibiarkan terpasang tanpa ada sesiapa yang menonton.

Tangan kekarnya pantas mencapai alat kawalan jauh. Punat off ditekan. Tubuh Jiji dirangkul dan dibawa ke dalam biliknya. Dia turut merebahkan badannya di atas katil yang sama. Pinggang ramping gadis itu dipeluk erat. Entah syaitan mana yang sedang merasuk Kim Taehyung ketika itu.

+++

Jiji mengeliat kecil apabila seluruh badannya terasa lenguh. Sesuatu yang berat seperti batu terletak di atas pinggangnya.

Dia cuba menoleh ke sisinya. Deruan nafas hangat Taehyung menerpa kulit wajahnya. Ditilik setiap inci wajah lelaki itu. Tumpuan terarah pada bibir merah mekar lelaki itu.

'Kalaulah setiap ciuman yang aku pernah dapat tu ikhlas, mesti indah kan?'

Jiji mengalihkan tangan milik Taehyung dari memeluk pinggangnya. Dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Setelah bertungkus-lumus di dapur, sarapan ala Inggeris terhidang di atas meja.

"Awak tak nak sarapan dulu ke?"

"Tak. Aku ada hal" Jiji mengeluh berat. Dia duduk dan mula menjamah makanan yang dia sediakan. Hatinya sedikit lega apabila Taehyung tidak membicarakan soal anak dalam kandungannya.

(Taehyung POV)

Aku menarik handbrake sebaik memarkir kereta di dalam perkarangan School of Science and Management, Seoul. Aku datang untuk ambil keputusan Kim Jihae.

Aku mengatur langkah ke dewan tertutup sekolah yang terletak di hujung blok A-1. Mata aku menangkap beberapa kawan sekelas Jiji. Aku pernah tengok dalam gambar kelas yang diorang ambil setiap tahun.

Tanpa berlengah, aku menuju ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan nombor giliran. Nasib baik aku datang awal. Kalau tidak, lama lagilah aku kena tunggu.

Lepas beberapa minit, tiba giliran aku. Aku melabuhkan punggung berhadapan dengan guru kelas Jiji.

"Encik datang untuk ambil keputusan siapa dan apa kaitan encik dengan pelajar saya?" soal wanita lewat 30-an sambil membetulkan cermin matanya.

"Saya datang nak ambil keputusan Yoon Jihae. Saya suami dia"

"Jihae dah kahwin? Wah, tahniah encik. Jihae tu memang bagus budaknya. Boleh saya minta ID card encik" aku menghulurkannya kepada wanita itu. Setelah selesai mencatat nombor pada ID card aku, aku menurunkan tandatangan sebagai pengesahan. Aku bow dan mengucapkan terima kasih sebelum beredar.

Aku terserempak dengan Jisung dan Rain. Mulanya, aku nak teruskan langkah. Tapi, Jisung memanggil aku dari kejauhan.

"Jiji tak ikut ke?"

"Tak, tak berapa sihat. Kalau tak ada apa-apa, aku gerak dulu. Risau pula tinggal Jiji seorang dekat rumah" aku perasan tatapan tajam Rain terhadap aku. Ada saya kisah?

(End POV)

Jiji mengemas semula semua peralatan yang telah digunakan semasa menyediakan sarapan tadi. Sedang leka membasuh, dia menerima panggilan dari sahabat baiknya.

Yeoboseyo, Rain-ah. Kau dah uruskan flight aku?

Ada benda yang lagi penting aku nak bagitahu dari tiket flight kau tu. Tadi, suami kau datang ambil result kau.

Mwo? Ish, aku lupa. Ya Tuhan, macam mana ni?

Kau kena dapatkan juga sijil tu. Kalau tak, susah kau nanti. Universiti pun tak nak terima kau

Thanks, Rain sebab inform aku.

Ya lah. Aku gerak dulu

End call

Jiji menepuk dahinya berkali-kali. Macam-macam boleh jadi sekarang ni. Mungkin, sijil dia takkan selamat kalau berada di tangan Taehyung.

"Aku kena dapatkan result tu balik"

Tit!
Tit!
Tit!

"Taehyung!" Jiji berlari ke muka pintu secepat mungkin. Dia memasang wajah selamba seperti tidak tahu apa-apa. Dia yakin, dia takkan menang jika berlawan dengan Taehyung.

"Awak nak makan apa-apa? Saya masakkan" pandangan Jiji tertumpu pada fail berwarna gold yang dipegang oleh Taehyung. Tak silap lagi, fail itu mengandungi sijil miliknya. Tertera nama dan lencana sekolah pada fail itu.

"Aku nak keluar kejap lagi. Kau makanlah seorang. Malam nanti aku balik. Aku nak naik mandi" Taehyung mengatur langkah ke bilik kerjanya. Ada ke orang mandi dalam bilik kerja?

Jiji pura-pura mengeluarkan makanan dari peti sejuk untuk dipanaskan. Agak lama dia menunggu Taehyung untuk keluar dari rumah. Bunyi derapan tapak kaki Taehyung membuatkan dia tersenyum penuh makna. Akhirnya, lelaki itu beredar dari kawasan perumahan mereka.

Bilik kerja milik Kim Taehyung diserbu oleh Jiji. Dia mula menggeledah laci-laci dan disebalik kertas kerja Taehyung. Namun, hampa. Matanya tertumpu pada tong sampah kecil di penjuru bilik. Dia menjenguk ke dalam untuk melihat isinya.

Cebisan-cebisan kecil kertas berselerak di sekeliling tong sampah. Bila diamati, itu sijil miliknya. Terus terduduk wanita itu dibuatnya.

Kertas-kertas itu didekatkan dan disusun. Tertera keputusannya. LULUS DENGAN CEMERLANG. Airmatanya mengalir.

Gembira kerana lulus dengan cemerlang.

Sakit hati kerana sijilnya hancur sekelip mata.

Saat itu, dia benar-benar pasrah dengan plot hidupnya. Mungkin, ada sedikit sinar di penghujungnya nanti.


















*annyeong! huhu.. update! update! apa motif Taehyung koyak result Jiji? tunggu next chap 😝*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro