(E) Thirty-four
"Kim Jihae, berhenti!" langkah kaki Jiji terhenti. Menggeletar lututnya setelah melihat Taehyung sedang berdiri kira-kira 5 meter dari jarak mereka.
"Ji, masuk kereta. Biar aku dengan Daniel yang urus"
"Sung, jangan cederakan dia" Jisung mengangguk kecil lalu membantu Jiji untuk masuk ke dalam kereta.
Jiji masuk ke dalam kereta. Dia melihat aksi 3 lelaki itu dari cermin belakang kereta.
"Kau nak apa lagi? Tak puas nak sakitkan adik aku?" Jisung mula menapak menghampiri Taehyung. Taehyung hanya menjeling Jisung.
"Dia hak aku sekarang. Pulangkan hak aku! Aku je yang berhak atas dia! Sebab dia dah sambungkan nama keluarga aku dekat nama dia" tengking Taehyung. Urat dilehernya mula timbul. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa marah.
"Hak apa yang kau cuba cakap ni? Hak kau sebagai suami? Kalau kau anggap adik aku sebagai isteri, kau takkan layan dia macam binatanglah, bangsat!" jerkahan Jisung membuatkan mata-mata kini tertumpu pada mereka.
Ada yang merakam pergaduhan mereka. Mungkin untuk ditularkan di media sosial. Tambahan pula, nama Taehyung semakin meningkat naik dalam bidang korporat di Korea Selatan.
"Kau serahkan dia sebelum kepala kau berkecai" picu pistol ditarik. Hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan. Walaupun Jisung masih cool, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana gelisahnya dia pada saat itu.
"Kim Taehyung! Hentikan semua kerja bodoh kamu ni! Jangan berlagak macam orang tak ada otak, Taehyung. Kamu yang salah! Dan sekarang ni, kamu tanggunglah sendiri salah kamu!" Tn. Kim muncul entah dari mana bersama isterinya.
"Betul tu, Taehyung. Kenapa masih nak halang dia pergi kalau kamu dah tak sayangkan dia? Sampai bila kamu nak buat hidup orang lain menderita? Kamu dah tak ada hati perut ke?" airmata Pn. Kim mula menitis. Rasa bersalah mula menyelubungi jiwanya. Menantunya terseksa sepanjang 10 bulan bersama dengannya.
"Eomma, dia Taetae punya. Diorang nak bawa dia lari jauh dari Tae. Eomma, buatlah sesuatu. Selamatkan menantu eomma" Taehyung sengaja merendahkan ton suaranya seperti merayu. Kedengaran suci dan tidak bersalah. Tn. Kim menggenggam erat tangan isterinya.
"Jangan terperdaya dengan lakonan dia. Saya tahu, itu kelemahan awak" bisik Tn. Kim di telinga kanan isterinya. Hyemi yang menyaksikan adegan itu dari kejauhan mula tergerak hati untuk membantu ibu bapanya.
Dia melangkah ke arah Taehyung. Tangannya didepakan seluas mungkin.
"Tae, Tae sayang noona kan? Sini, peluk noona. Noona janji tak marah Tae dah lepas ni. Come to me, sayang" jantung Jiji bagai hendak meletup saat Hyemi mengucap kata 'sayang' pada Taehyung.
'Betullah apa orang kata. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Memang terbukti, kau pun sama je dengan dia. Pengkhianat!' Jiji mengurut dadanya yang terasa berbara.
Taehyung menjatuhkan pistolnya. Langkah kakinya diatur ke arah Hyemi. Jiji mengalihkan pandangannya. Tidak mahu melihat mimpi buruknya benar-benar berlaku.
Jisung dan Daniel masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke Incheon International Airport.
(Jiji POV)
Tanganku digenggam erat oleh Jisung.
"Sabar ya? Aku dah nak bawa kau jauh dari neraka si jantan tak guna tu. Lepas ni, kita mulakan hidup baru dekat Amsterdam. Aku janji akan jaga kau dengan anak kau" aku menyandarkan kepala ke lengan Jisung. Untungnya dapat abang macam ni. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.
Perhatian! Para pemegang tiket K71, pesawat Boeing 377 yang akan berlepas ke Amsterdam pada jam 12 tengah hari, sila bergerak masuk melalui pintu gerbang 4. Terima kasih.
'Selamat tinggal, Korea. Selamat tinggal segala kenangan pedih aku dekat sini. Aku harap kesengsaraan itu berakhir setakat ini sahaja. Baby, kita mulakan hidup baru dengan samcheon dekat sana. Tak ada papa pun tak apa. Mama jaga kamu'
•
•
•
•
•
•
•
•
"Ni rumah kita" Jisung memarkir kereta yang kami naiki di hadapan sebuah rumah di tebing Amstel River.
Banglo itu lengkap dengan kolam renang dan taman bunga yang agak luas. Aku sedikit terpegun dengan keindahannya. Di lapangan terbang tadi, kami sudah dikejutkan dengan sebuah Toyota Vellfire yang dilekatkan namaku dan Jisung.
"Nampak gayanya, eomma dan appa dah betul-betul buat persediaan untuk kita"
"Bilik kau yang ni. Aku bagi kau bilik bawah supaya senang kau nak bergerak. Lepas kau habis pantang nanti, kau nak atas bumbung pun tak apa"
"Kau punya cerita ni, memang lama lagilah jawabnya" aku menarik bagasi ke dalam bilik tersebut. Susun aturnya cantik dan elegan. Badanku direbahkan ke atas katil.
"Ya Tuhan, empuknya katil. Baby, kita rehat dulu, ya? Nanti kita suruh samcheon cari makanan untuk kita berdua. Haish, ni semua jetlag punya pasal"
(End POV)
Δ
Δ
Δ
Δ
Δ
Δ
Δ
"Bluerk. Bluerk. Uhuk. Uhuk" Taehyung membasuh mulutnya di sinki. Perut yang terasa memulas ditepuk berkali-kali.
"Ish, kenapa kau buat perangai hah perut? Tiba-tiba je nak masuk anginlah apalah" dia kembali memuntahkan isi perutnya buat kali ke-5.
Perlahan-lahan, dia keluar dari bilik air sambil berpaut pada dinding. Dunianya sedikit berpusing ketika itu. Bilik Hyemi menjadi hala tujunya.
Tok
Tok
Tok
"Ha, kau nak apa? Kalau kau nak benda pelik-pelik, aku penat. Tak ada masa nak layan kau" baru sahaja pintu hendak ditutup, tangan kekar Taehyung menyangga pintu.
"Urutkan kepala aku. Aku tak sihat" melihatkan keadaan adiknya yang pucat lesi, dia memapah Taehyung dan didudukkan di atas katil.
Kepalanya direbahkan ke atas paha Hyemi. Hyemi mula mengurut kepala Taehyung.
"Kau tak rasa ke yang Jiji betul-betul mengandungkan anak kau? Aku tak rasalah kau masuk angin. Mesti tempias morning sickness Jiji"
"Ah, lantak dialah. Aku tak nak pun anak tu. Kalau dia sayang sangat, boleh bawa budak tu mati sekali dengan dia" Taehyung menutup kepalanya dengan bantal. Sengaja mengelak pertanyaan Hyemi.
"Aku cuma cakap je. Aku takut nanti kau yang menyesal" keadaan menjadi sunyi. Rupanya, Taehyung sudah terlelap di situ. Hyemi menurunkan suhu penyaman udara sebelum menyelimutkan tubuh 'adik durjana'nya.
•
•
•
•
•
•
•
"Ergh, laparnya" Jiji turun dari katilnya dan membuka pintu bilik.
"Ha, aku baru nak kejutkan kau. Jom keluar makan"
"Aku nak makan cinnamon roll dengan hot chocolate. Mesti sedapkan? Boleh tak?"
"Boleh. Untuk kembar aku, apa-apa pun boleh. Pakai cardigan. Ibu mengandung tak elok berembun malam-malam ni. Aku tunggu dekat kereta"
•
•
•
•
(skip)
•
•
•
•
"Sung, baby cakapkan, thanks sebab belanja dia makan" Jiji mengajuk suara kanak-kanak bercakap. Jisung tergelak sambil menggeleng kepala.
"Ada-ada sajalah kau ni, dik. Lepas ni, kalau nak apa-apa cakap je dengan aku. Jangan nak mengada-ada nak keluar sendiri. Sini bukan tempat kita. Faham?" Jiji mengangguk.
"Aku tidur dulu. Mengantuk dah. Selamat malam"
'Selagi aku hidup, aku takkan biarkan sesiapa pun ganggu adik dan anak buah aku. Walaupun ayah dia sendiri'
*hah 😅 finally dia dah keluar dari cengkaman TaeTae the evil 😈 sorry sebab hiatus lama sangat. btw, lepasni author akan selalu update.. promise 😁 hehe*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro