Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(E) Thirty

(Jiji POV)

Kenapalah nasib aku macam ni? Aku kena buat sesuatu. Aku tak nak anak aku jadi mangsa.

Aplikasi WhatsApp aku buka. Dah berhabuk chat dan contact dalam ni. Aku scroll semua chat dan terhenti pada satu nama yang cukup aku percaya. Mungkin dia boleh bantu aku. Hopefully lah.

:•

:•

:•

:•

:•

:•

:•

:•

:•

:•

Aku menarik mask agar menutup wajahku supaya tiada yang mengenali aku. Cermin mata hitam turut tersarung kemas di batang hidung. Takut kalau-kalau pengintip Taehyung cam aku.

Manalah perempuan ni? Dari zaman sekolah lagi. Kalau ajak jumpa, boleh bersalin dulu.

"Maaf, lambat" kerusi bertentangan denganku ditarik kasar. Bontotnya dihempas ke atas kerusi tu. Agaknya, retak tak? 🙄

"Sampai pun. Naik kematu bontot aku tunggu" cermin mata hitam serta mask di muka segera aku tanggalkan. Tapi, hoodie masih tersarung di kepala. Terbeliak mata Rain melihat wajah aku yang dihiasi parut luka dan lebam.

"Weyh, kau kenapa? Siapa buat kau macam ni? Bagitahu aku!" tanganku digoncang berkali-kali.

"Aku datang ni bukan nak suruh kau membebel dekat aku, goncang-goncang aku. Aku nak minta kau tempah tiket penerbangan untuk aku ke Jepun minggu depan. Lepas aku ambil keputusan peperiksaan, aku nak terbang ke sana. Nak mulakan hidup baru"

"Habis tu, Tae macam mana?"

"Kalau kau nak tahu, dia yang buat aku macam ni. Dia bukan Taetae yang kita kenal" sebak mula mendesak dada bila aku teringat perlakuan dia terhadap aku. Tak ubah seperti binatang. Rain turut mengalirkan air mata saat mendengar penderitaan yang aku lalui.

"Jangan nangis. Aku tak suka tengok kau nangis. Aku janji, aku tolong kau lari dari jantan durjana tu. Sekarang ni, kau nak tinggal mana?"

"Aku akan balik rumah aku. Buat persediaan apa yang patut. Aku tak nak dia syak apa-apa sebab parents kitorang masih tak tahu keadaan rumahtangga kami. Tolong aku ya?" aku dan Rain berpelukan sebelum aku melangkah keluar dari café itu.

Grabcar yang aku order tadi dah sedia menunggu aku di depan café. Tanpa banyak cakap, aku menaiki kenderaan itu. Dia terus memandu ke rumah aku. Satu notifikasi WhatsApp berdenting masuk.

Chicung🐒
online

Budak kecik!

Ya, ada apa?

Kau dekat mana?

Dekat luar

Asal?

Takde apa

Saja tanya

Bye

Last seen 5.16 p.m.

Buang tabiat apa makhluk seekor ni. Tetiba je.

"Cik, dah sampai. 15 000 won" beberapa keping not aku capai dari purse dan aku hulurkan kepada pemandu tersebut.

Aku buka pintu rumah dengan kunci manual sebab aku masih tak tahu kata laluan baru yang Taehyung tetapkan hari tu.

Rumah masih gelap. Mana si Tae ni? Oh, aku lupa! Dia tak balik lagi dari Hong Kong. Esok atau lusa kot dia balik. Buat masa sekarang, bolehlah aku rasa lega sikit.

Ding dong
Ding dong
Ding dong

"Sabarlah! Ish"

Bila aku buka pintu, terpacul wajah Jisung. Oh, tidak. Semuanya dah terlambat. Aku tak sempat nak letak foundation ataupun concealer dekat kesan-kesan lebam aku. Hoodie aku pun dah mendarat elok di arm rest sofa.

"Weyh, muka kau kenapa?" dia nak sentuh luka aku tapi pantas aku elak.

"Tak ada apa-apalah"

"Kau tak payah nak bohong aku, Ji. Kita duduk dalam satu rahim. Kongsi plasenta. Agak-agaklah nak tipu pun" dia mula menyilangkan tangan ke dada. Keningnya terjongket sedikit.

Otak aku mula ligat memproses idea untuk memberi alasan. Masa nilah nak tepu. Dasar otak jahat.

"T-tae mabuk haritu. Ha! Dia mabuk. Biasalah kalau orang mabuk, dia tak sedar apa dia buat. Dia tertolak aku. Aku jatuh" Jisung mengecilkan matanya.

"Betullah! Buat apa aku nak tipu kau?"

"Ouh, okay kalau macam tu. Tapi, kalau dia buat apa-apa dekat kau, bagitahu aku. Tahulah aku nak ajar dia. Okay, sekarang, aku nak ajak kau balik rumah eomma sekejap. Eomma kata nak ajak kau minum petang"

"Kejap! Aku nak ambil beg" aku berlari ke atas dan merembat beg silangku dan cardigan. Eomma appa masih tak tahu pasal luka-luka aku ini.

"Jom" Jisung memeluk bahu aku ke keretanya. Well, kami memang rapat sebagai kembar walaupun tak seiras.

"Ada apa eomma tiba-tiba ajak minum petang ni? Baru berapa hari lepas dia jumpa aku. Takkan dah rindu kot" Jisung langsung tak hiraukan aku.

"Okay, fine!" meluat bercakap dengan orang yang tak nak layan.

Handbrake ditarik menandakan kami sudah tiba di destinasi. Tapi, ni bukan rumah kami. Dari luarnya, nampak gaya seperti homestay.

Aku berjalan ke kawasan tepi kolam yang menempatkan sebuah meja yang boleh memuatkan 4 orang. Eomma, appa dan Jisung dah duduk di situ. Mak buyong kan? Korang kena faham.

"Jiji, rindunya dekat kamu~~" eomma memeluk aku dan berlaga pipi denganku. Ergh.

"Sejeong, tak payahlah nak melebih. Baru 3-4 hari lepaskan jumpa?"

"Biarlah. Anak saya"

"Okay, okay. Bapa-bapa, ibu-ibu. Mohon bertendang. Kita datang nak relax kan?" soal aku.

"Sebenarnya kami ada tujuan lain juga. Nak raikan Jisung. Dia dapat tawaran buat ijazah dekat Amsterdam" jantungku seakan berhenti berdegup. Amsterdam? Perlu ke sejauh tu? Dekat Korea ni tak ada universiti yang bagus ke? Macam-macam persoalan mula menyapa minda.

"Kenapa kau macam tak suka je aku nak pergi sana?"

"Eh, m-mana ada. Mestilah aku gembira untuk kau. Kau berjaya, aku tumpang senang hati" aku mengukir senyum paksa.

"Silakan" dua orang pelayan menghantar pesanan yang appa buat tadi. Banyak perkara yang mereka bincang. Aku pula, hanya bersuara bila perlu. Tak ada topik nak dibicarakan. Mujur mereka tidak bertanya tentang rumah tangga aku dan Taehyung.

¤®©¤

Aku pulang ke rumah agak lewat. Jam di tangan aku jeling. 8.05 malam. Aku masuk ke dalam rumah dengan rasa aneh. Ada sekeping nota terlekat di meja kopi. Dah lama ke ada dekat situ?

Kalau ada apa-apa, call nombor ni
+060153699999

-KTH-

Aik? Sejak bila pula berbaik hati nak bagi aku telefon dia ni? Pergh, manusia buang tabiat tanda tak lama nak mampus.

Drtt..
Drtt..

Aku melihat skrin telefon. Nombor yang terpapar sama dengan nombor yang tertulis pada nota tadi. Sah, ni Taehyung. Aku menerima panggilan dan melekapkan telefon ke telinga.

Kau ni nak angkat call pun lembap ke? Aish

Ada apa awak tetiba call saya ni? Selalunya tak pulak

Aku lupa nak tinggalkan duit untuk proses pengguguran budak tu. So, aku expect kau akan call aku untuk minta duit. Tapi, kau lambat sangat. Tu yang aku call. By the way, budak tu ada lagi ke?

Aku terdiam. Apa aku nak cakap ni?

Hergh, aku dah agak. Cakap dekat budak tu, aku bagi dia peluang untuk tinggal dalam tu sampai aku balik. Lepastu, say bye to the world.

Dia putuskan talian. Airmata aku jatuh setitik demi setitik. Aku takkan benarkan semua ni jadi.




















*uyeah! macam mana raya korang?? still dapat duit raya ke kena bagi duit raya 😂😂*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro