Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(E) Ten

"Aish, mana diorang ni? Nanti lambat pula pergi fitting baju korang" omel Pn. Yoon.

"Eomma, cuba relaks. Tengok Jiji. Relaks je, siap boleh main Cooking Fever lagi" kata Jisung sambil menjeling kembarnya. Jiji mencerlung tajam ke arah abangnya.

"Habistu, kau nak suruh aku gelabah biawak ke? Baru lambat setengah jam kot. Taetae tu kan pemikiran budak-budak. Entah-entah baru nak bangun tidur kalau waktu macam ni"

"Bukan patutnya kau bahasakan dia 'oppa' ke? Dia kan lagi tua dari kita. Kan eomma?" Jisung berkalih memandang eommanya yang seperti kepanasan. Ke hulu ke hilir menunggu besan. Eommanya mengangguk laju. Jisung memandang Jiji dengan pandangan 'see?-betul-kan-apa-aku-cakap?'. Jiji hanya menggulingkan mata saja.

"Ha! Panjang umur" tegur Tn. Yoon.

Pn. dan Tn. Yoon menyambut mereka di pintu pagar. Keluarga Kim tersenyum lebar. Pn. Yoon tercari-cari kelibat Taetae.

Pn. Kim menarik Taetae keluar dari kereta. Taetae memisat matanya. Dia menyandarkan kepala di bahu eommanya.

"Eomma, Tae mengantuk lagilah" Taetae menguap beberapa kali.

"Taetae, ni Jiji" Pn. Yoon memberi isyarat mata kepada Jiji supaya menegur Taetae.

"Annyeonghaseyo, Taetae o-oppa" sesungguhnya suasana sungguh awkward bagi Jiji. Taetae memandangnya tajam.

'Apahal budak ni? Nak kena sepak ke hape? Tenung aku macam nak tembus dah kenapa?' omel hati Jiji.

"Noona, Taetae kecil lagi tahu? Taetae ni baby eomma dengan appa. Mana boleh panggil Taetae oppa. Noona tak sekolah ke?" suasana menjadi krik krik. Sentapnya Jiji, zzup masuk ke dalam.

'Ni semua Jisung punya pasal' Jiji mencebik.

"Aip, siapa ajar cakap macam tu dengan orang? Taetae kena hormat tahu dengan Jiji. Jiji ni bakal isteri kamu" lembut sahaja bicara Pn. Kim. Kalau Jiji, memang kena penampar combo dah.

"Taetae tak nak kahwin dengan budak tak sekolah"

Bam!!!

Pintu kereta dihempas kuat oleh Taetae. Dia duduk di seat belakang. Diam tanpa berkutik.

Otak Jiji dah mendidih mendengar penghinaan dari mulut Taetae. Jiji mencerlung ke arah Jisung yang sibuk dengan compact cushionnya.

"Woi, ni semua salah kau tahu tak? See? Sekarang ni aku pula yang tak sekolah. Kau jangan tegur aku. Kita tengah cold war sekarang ni" Jiji meninggalkan Jisung yang masih sibuk touch up mukanya. Nak je author sumbat cushion tu dalam mulut.








*annyeong guys. Taetae ajak perang. Mari angkat senjata!! 😂😂 btw, enjoy reading... vomment juseyo*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro