(E) Nineteen
(Jiji POV)
Esok ada killing papers untuk last term exam. Aku rasa nak mati sekarang ni. Satu habuk pun aku tak sentuh buku lagi. Dahlah aku yang gatal tangan nak tambah subjek bagai. Kalau tak lulus ni, memang appa hempuk aku pakai kayu balak.
Aku ambil buku teks Perdagangan dan Keusahawanan dengan Addmath. Tak ke meletup otak aku? Aku rasa aku kena berjaga sampai lewat malam hari ni. Haih. Aku nak pergi buat coffee dulu la.
(End POV)
Semasa Jiji menyediakan air buat dirinya, Taehyung mengambil tempat di meja belajar Jiji.
"Kira margin keuntungan Syarikat X. Soalan ni pun salah ke? Siapa cikgu dia ni?" Taehyung membelek buku latihan Jiji. Sekali pandang dia dah dapat jawapan.
"Eo, Tae? Kenapa tak tidur lagi ni?" Jiji menarik hidung Taehyung.
"Ish, janganlah! Taetae nak teman noona ulangkaji"
"Tak boleh sayang. Tae kena tidur. Esok awal-awal pagi ahjusshi Han akan ambil Taetae. Kalau Taetae tak boleh bangun esok macam mana? Tae kan baru discharge dari hospital"
"Ala.. Tak apalah. Taetae teman noona kejap je. Pukul 11 nanti Taetae masuk tidurlah" Taehyung membuat muka comel. Jiji menghembus nafas kasar. Kepantangan dia kalau tengok puppy face Taehyung.
"Yalah. Tapi sampai 10.30 je. 10.30 nanti Tae masuk tidur. No excuse" Taehyung menunjukkan 👌 kepada Jiji.
•
•
•
•
(skip)
•
•
•
•
"Arghh! Ngantuknya! Tae, masuk tidur sekarang, dah lewat" kata Jiji tapi matanya masih melekat pada buku notanya. Setelah beberapa minit, masih tiada tindakbalas dari Taehyung membuatkan Jiji menoleh.
'Tadi aku suruh masuk tidur awal, degil'
Jiji cuba mengejutkan Taehyung. Taehyung memisat matanya yang masih berat. Jiji mengambil keputusan untuk memapah Taehyung ke bilik mereka.
Tiba-tiba saja satu notifikasi Line Chat berdenting masuk.
Eomma Kim💘
Jiji, Tae dah tidur?
Dah, eomma. Sorry sebab susahkan eomma. Jiji kena hantar Tae kat rumah eomma esok. Hyemi noona pun demam. Tak ada orang nak jagakan Tae. Risau pula nak tinggalkan dia sengsorang. Diakan tak berapa sihat lagi. Tapi esok dah last paper. Lepas ni boleh la Jiji jaga Tae sementara tunggu tawaran U.
Small matterlah Jiji. Besides, Tae tu kan anak eomma? Jiji tu kena rehat secukupnya. Good luck untuk exam esok.
Thanks eomma 😘 Jiji masuk tidur dulu. Goodnight
Nite
Jiji menutup aplikasi Line Chat dan turun ke bawah untuk mengemas buku-bukunya. Setelah selesai, dia masuk ke bilik dan terlelap sebaik kepalanya menyentuh bantal empuknya.
•
•
•
•
•
•
•
•
skip
•
•
•
•
•
•
•
•
"Finally, habis jugak kan zaman sekolah kita. Tak sabar nak tunggu cuti akhir tahun. Tapi nanti, mesti aku rindu kau" Shirain memeluk bahu Jiji erat.
"Eleh kau ni. Macam dah tak boleh jumpa lepas ni. Lagipun, kita kan apply dekat universiti yang sama. Mana tahu, ada rezeki kita satu kampus nanti"
"Mm.. Yalah. By the way, eomma aku bagi duit lebih. Apa kata aku belanja kau makan dekat kedai jjajangmyeon ahjusshi Byun tu"
"Sorry, Rain. Aku kena balik awal hari ni sebab Taetae ada dekat rumah eomma mertua aku. Lain kali eh?"
"Tak apa aku faham. Tu, ahjusshi Han kau dah sampai. Pergilah"
"Bye, Rain. Esok datang awal tahu"
"Maaf ahjusshi sebab lambat. Kita terus balik rumah eomma Kim ya ahjusshi?" Jiji menutup pintu MPV sebaik punggungnya berlabuh di tempat duduk penumpang di bahagian belakang. Ahjusshi Han hanya mengangguk.
Ahjusshi Han menekan pedal dan Toyota Alphard tersebut terus meluncur di atas jalan raya. Telefon Jiji berdering menandakan ada panggilan yang masuk.
Eomma Kim💘
Accept Reject
Yeoboseyo eomma. Ada apa call Jiji ni?
Yeoboseyo Jiji-ah. Eomma ada mesyuarat tergempar dekat Gangnam. Tolong tengokkan budak berdua tu ya? Makanan, semua eomma dah siapkan. Tolong hantar bubur dekat bilik Hyemi ya sayang?
Sure. Ada apa-apa lagi?
Mm.. Tu je kot. Kalau ada apa-apa nanti eomma text Jiji nae? Meeting dah nak start. Eomma letak ya. Annyeong.
End call
(Jiji POV)
Sebaik tiba di rumah, aku meletakkan sling bag aku di atas sofa. Rambutku yang hanya separas bahu aku sanggulkan ala hepburn lalu langkah diatur ke dapur.
Bau bubur semerbak di segenap ruangan dapur apabila aku membuka penutup periuk tempered-glass ini. Aku sendiri pun kecur liur. Apa-apa pun, Hyemi eonnie lebih utama.
Aku sendukkan lamb porridge ke dalam mangkuk. Aku capai sebuah mug dan isikan dengan air putih. Aku letakkan kesemuanya ke atas dulang. Ubat demam juga aku ambil dari peti ubat.
Aku membawa dulang dengan berhati-hati dan mendaki tangga untuk ke bilik Hyemi eonnie.
Tombol pintu biliknya aku pulas. Pemandangan yang menerpa kornea aku membuatkan dulang tadi terhempas menyembah lantai. Mug dan mangkuk yang pecah itu remuk sebagaimana hati aku tika ini.
Tuhan, tolong katakan ini hanya mimpi buruk yang akan berlalu saat aku buka mata esok.
Tolong katakan ini hanya ilusi aku sebab aku terlalu takut untuk kehilangan Taehyung.
Tolong katakan ini tak benar.
*annyeong yeorobun! how are you? miss u all so much.. tak lama lagi konflik sebenar akan muncul. tabahkan hati dan sediakan dialog untuk memaki okay? sorry kalau barai. hope korang enjoy*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro