Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(E) Fifteen

"Pindah?" jerit Taetae. Terkejut dengan keputusan yang tak pernah dia jangka. Hyemi tersenyum kemenangan.

"Taetae tak nak pindah. Nak duduk dengan eomma juga! Jebalyo!" Taehyung menayangkan muka menagih simpati sambil memeluk lengan Pn. Kim.

"Kamu dah ada isteri, Taetae. Kamu kena belajar hidup berdikari. Nanti eomma akan selalu jenguk kamu dengan Jiji. Jangan risau, okay?" Pn. Kim mengusap kepala anaknya lembut. Taehyung masih mengekalkan muka masam mencukanya.

"Hyemi, kamu ikut diorang pindah. Kamu kena jaga Taetae masa Jiji pergi sekolah. Lepas Jiji balik, kamu boleh luangkan masa privasi kamu. Kamu boleh duduk rumah kamu sendiri. Appa dah beli dua unit penthouse dekat Gangnam. Satu kamu punya, satu lagi Jiji dengan Taetae punya" Tn. Kim menyuarakan arahan yang tak mungkin disambut baik oleh Hyemi. Mata Jiji pula bersinar-sinar apabila Tn. Kim menyebut penthouse.

"Appa! Apa ni? Appa bolehkan upah orang? Kenapa nak susahkan Hyemi pula ni? Hyemi tengah apply kerja sekarang ni. Kalau Hyemi dapat dalam masa terdekat ni, Hyemi akan masuk kerja" Hyemi menyilangkan tangan ke dada. Hatinya menyumpah seranah kerana perlu menjaga 'adik kesayangan'nya.

"Tak payah kerja lagi buat masa ni. Appa yakin Taetae akan sembuh. Lepas Taetae sembuh, kamu bebas buat apa saja. Kalau pasal duit, appa boleh tanggung kamu. Kamu nak tambah satu lagi gold card pun appa tak kisah"

"Tap---"

"Keputusan appa muktamad. No objection. Kalau kamu masih nak teruskan hubungan dengan Gyu, listen to me" Tn. Kim memintas dan membidas Hyemi. Terus sahaja dia melangkah ke bilik kerjanya. Jiji hanya mampu membatukan diri. Tidak berani untuk menyuarakan apa-apa. Hanya mampu melihat dan menadah telinga mendengar pertelingkahan anak beranak ini.

"Hyemi, eomma minta tolong dengan kamu ni. Kali ni saja. Sebelum ni pun, kami tak pernah minta apa-apa. Kali ni boleh ya?" Pn. Kim cuba mendekati Hyemi dengan cara yang lebih lembut. Satu keluhan berat dilepaskan dari bibir mulusnya.

"Tengoklah macam mana nanti. Bagi Hyemi masa untuk fikir" terus kakinya dihayun ke biliknya, tempat dia melepaskan geram.

!!!

!!!

!!!

Tiga tumbukan padu dihadiahkan kepada punching bag miliknya. Sedikit sebanyak meredakan kemarahannya. Di punching bag itu tertampal wajah Taehyung.

"Janganlah tumbuk punching bag tu. Sian dia" kata Taetae dalam pelat kanak-kanaknya.

"Tch--" Hyemi melabuhkan punggung di atas sofa di tepi tingkap.

"--kalau ikutkan hati, nak je aku tumbuk-tumbuk muka kau sampai berderai. Baru puas hati aku" Hyemi bercakap membelakangkan Taehyung.

"Kalau noona nak teruskan hubungan dengan Gyu hyung, noona kena ikut Taetae. Kalau tak, pufff! Gyu hyung hilang dari hidup noona. Hihihi" Taehyung ketawa mengekek sebelum keluar dari bilik Hyemi. Hyemi mengepal penumbuknya erat. Mukanya merah padam menahan amarah.

(Jiji POV)

Kenapalah Hyemi eonnie tu tak suka sangat dengan si Taetae? Apa salah budak tu sampai dilayan sebegitu rupa? Aish, tak faham aku!

Drtt..

Drtt..

Private number? Siapa pula ni?

Angkat ke tak?

Angkat ke tak?


































Angkat jelah. Mana tahu ada benda penting.

"Yeoboseyo" senyap. Tak ada pula orang yang jawab. Tapi talian masih bersambung.

"Yeoboseyo? Nuguya?" senyap lagi. Nak prank aku ke apa ni? April fool dah lepas, babe.

"Hello! Saya tak ada masa ya nak layan prank call aw--"

"Saya rindu awak"

Tut!! Tut!! Tut!!

Talian diputuskan. Seram sejuk pula rasanya. Tapi, macam pernah dengar suara dia. Mungkin perasaan aku je tu. Or maybe dia silap dail nombor. Husnudzon.














*ayo ladies and gentlemen! how are you? how about this? watak baru sedang menunjukkan diri. 😏 vote and comment juseyo. enjoy reading. author nak bagitahu siap2, ff ni memang akan ada banyak konflik. sediakan baldi kat sebelah masa membaca, ya 😉 abaikan segala typo bengong*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro