Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(E) Eleven

"Jiji, kamu naik kereta dengan kamilah. Boleh kenal-kenal dengan Taetae" cadang Pn. Kim.

'Ya Tuhan! Apalah dosa aku lagi kali ni?' getus hati Jiji. Dia tidak suka dengan Taetae. Baginya, Taetae ni boleh tahan juga mulut laser dia.

"Betul tu Jiji. Pergilah. Eomma tak kisah" sokong Pn. Yoon. Tak guna lagi membantah. Kalau Pn. Yoon kata hitam, hitamlah jawabnya. Jiji melangkah malas ke kereta keluarga Kim. Sebaik melabuhkan punggung disebelah Taetae, Jiji dihadiahkan satu jelingan maut.

'Kau ni budak! Kecik besar kecik besar je aku tengok.. Eii, geram pulak kita ni ha!' omel Jiji seorang diri.

"Jiji okay?" soal Pn. Kim. Terus Jiji mengangkat muka. Memandang 'bakal mertua'nya dengan muka yang sengaja dimaniskan.

"Jiji okay je, Eomma Kim"

"Hey, siapa eomma noona? Tu eomma Taetae! Taetae nanak kongsi! Nanak!" Taetae menyilangkan tangan di dada tanda protes. Mulutnya dimuncungkan sedepa ke depan.

'Ya Tuhan! Tabahkanlah kaki aku sebelum melayang dekat kepala budak ni sampai otak bergolek'

"Aip, siapa ajar Taetae cakap macam tu? Eomma tak ajarkan? Apa eomma selalu pesan?"

"Hormat orang lain" Taetae menundukkan kepala memandang kasutnya. Jiji menggagahkan diri menepuk bahu Taetae.

"Tak apa, noona tak marah Taetae pun. Senyumlah" Jiji menarik lembut pipi Taetae. Padahal, nak balas dendam. Nak je dia tumbuk biar tercabut muka kacak lelaki itu.

Taetae senyum paksa.

(skip)

"Okay, dah sampai!" laung Taetae gembira. Dia terus berlari keluar dari kereta. Dia cuba melintas jalan sendirian. Tiba-tiba saja sebuah motosikal menderu laju ke arahnya. Jiji menarik Taetae ke dalam pelukannya.

Pn. Kim segera mendapatkan anaknya.

"Ya Tuhan! Taetae okay tak, sayang? Ada luka dekat mana-mana tak?" Taetae menggeleng.

Dia bow di hadapan Jiji berkali-kali.

"Tima kasih sebab selamatkan Taetae" dia terus berlalu ke butik sambil dipimpin eommanya.

"Yeobo, nampaknya tak salah pilihan kita kan?" Tn. Kim mengangguk sambil tersenyum bangga. Bangga kerana akan mendapat seorang menantu ibarat malaikat.







*annyeong guys? how are you? utk yg bersekolah tu, author harap persekolahan korang berjalan lancar. enjoy reading. sorry kalau hambar*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 💓😘*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro