(E) Eight
Warning! Chapter yg tepu, tak menarik dan boring menanti anda di bawah.
®©
"Jiji terima lamaran Eomma Kim" segaris senyuman nipis dilemparkan kepada keluarga Kim. Pn. Kim terus memeluk Jiji erat.
"Thanks, dear. I know you won't dissapoint me" Pn. Kim mengucup sekilas ubun-ubun bakal menantunya.
"But, macam mana kalau Jiji gagal?" kata Jiji dengan suara yang mengendur.
"Tak apalah, sayang. Kita cuba perlahan-lahan. Kalau tak berhasil juga, Jiji berhak tentukan kehidupan Jiji. Tengoklah, setakat mana kekuatan jodoh korang. Kalau dah ketentuan Tuhan, siapa kita nak pertikai kan?" kata-kata Pn. Kim sedikit sebanyak mententeramkan hati Jiji.
"Kalau macam tu, Pn. Kim bolehlah bagitahu anak puan pasal hal ni" ujar Pn. Yoon yang sedari tadi membatukan diri.
"Tak payah ber 'puan' lah. Panggil je Ahryeong. Kitakan nak jadi besan? Hmmm.. Tulah. Rasanya saya kena bagitahu dia. Taklah nanti dia terkejut sangat. Nanti kita pergi dress fitting baju pengantin sama-sama ya?" kata Pn. Kim lantas mencuit dagu runcing bakal menantunya.
Jiji cuma mengangguk saja. Walaupun hatinya meronta mengatakan tidak, tapi mulut dah terlanjur kata ya.
'Tapi, tak salahkan kalau aku cuba nak membantu? Status mak jenz pada usia muda tak teruk sangat kan?' otaknya mula memproses ramalan masa depannya. Kata-kata itu hanya untuk sedapkan hatinya semata-mata.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, hujung bulan ni kita terus langsungkan majlis. Benda baik, elok dipercepatkan. Tak gitu, Seojung?" pertanyaan Pn. Kim hanya dibalas dengan anggukan oleh Pn. Yoon.
"Kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dulu" pamit Tn. Kim. Jiji dan Pn. Yoon mengiringi mereka hingga ke pintu utama.
(Jisung POV)
Adoi, lama betul diorang ni bincang. Sakit dada aku asyik meniarap dekat tepi tangga ni semata-mata nak pasang telinga.
Tak sabarnya nak dapat adik ipar sekali dgn pakej anak buah 10 orang. Nanti aku tempah dekat Jiji.
Aku bangun dari tempat persembunyian aku dan terus memeluk Jiji.
(End POV)
Jisung berlari dan terus memeluk Jiji. Jiji yang lemas itu mengetuk kepala Jisung.
"Woi, kau nak aku mati ke hah?" lenting Jiji. Jisung hanya tersengih menampakkan gigi yang tak berapa nak tersusun itu.
"Congrats. Tak sabar nak timang anak buah" Jisung berangan sambil mendukung patung Hello Kittynya.
"Woi, sampai ke situ pula. Aku ni just nak tolong budak tu je. Kalau ada rezeki, jodoh kami panjang, adalah"
"Tapi, tak salahkan kalau sambil menyelam minum air. Aku yakin dia mesti ada nafsu. Ala! Kau goda jelah dia" Jisung cuba memberi cadangan minta kaki daripada Jiji.
Jiji menghadiahkan ketukan 'manja' di dahi jendul milik Jisung.
"Kalau kau nak anak sangat, apa kata kalau kau kahwin? Kau buatlah dengan bini kau. Sampai rabak pun tak ada siapa kisah. Buat anak ramai-ramai lepastu buat satu team bola sepak kebangsaan" kata-kata Jiji sungguh menusuk ke dalam jiwa sanubari Jisung.
"Tak apa. Aku akan buktikan dekat kau yg aku ni lelaki sejati. Kita bet! Siapa dapat anak dulu, dia menang. Amacam? Ada berani?" cabar Jisung.
"Deal! Siapa takut?" Jisung dan Jiji shake hand.
"Eomma, carikan Sung calon isteri. Sung nak kahwin juga"
Jiji cuma menggelengkan kepala melihat telatah kembar yang tua 15 minit darinya.
*sorry, sebab chap ni watak Taetae korang tak keluar. author rehatkan watak dia. sian dia kena berlakon jd autism 😂😂😂*
*sorry kalau tak best dan hambar. lepas ni, akan ada banyak kejutan utk korang. jumpa lg utk next chap*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro