Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(N) Fifty-eight

"Oh Tuhan, kacaknya dia!"

"Dia macam idola K-Pop kegemaran aku!"

"Cemburunya aku dengan bontot dia!"

Makin panas telinga Jiji mendengarkan komen-komen beberapa orang gadis remaja yang sibuk memerhati bentuk tubuh badan Taehyung. Mahu sahaja dia menghumbankan ketiga-tiga gadis itu ke tingkat bawah gedung membeli-belah itu.

Selendang panjang yang sedia terlilit di lehernya itu dilonggarkan lalu dibentangkan.

"Taehyung, sini kejap" lelaki yang telah berada jauh di hadapan itu kembali berlari anak mendapatkan isterinya. Tanpa celoteh panjang, selendang panjang itu diikat pada pinggang jejaka itu. Bahagian belakang dikemaskan sedikit supaya menutupi bahagian punggung lelaki itu.

Jiji tersenyum puas melihat hasil tangannya. Kalau dia masih bekerja di Huskies Fashionnaire, pasti fesyen ini sudah diketengahkan.

"Kenapa ni? Awak nak saya buat pertunjukan fesyen ke di sini?" Taehyung yang masih bingung itu banyak pula bertanya. Jari telunjuknya diletakkan pada bibir sendiri supaya lelaki itu berhenti bertanya.

"Kalau awak pakai seluar ni lagi, saya takkan teragak-agak untuk bakar almari baju awak"

"Awak cemburu ke sayang? Hah? Hmm? Saya boleh hidu aura posesif dekat sini" Taehyung menjongketkan keningnya berulang kali sehingga Jiji salah tingkah di situ.

"Awak ingat saya suka ke orang pandang bontot awak. Saya tak suka eh. Lepas tu komen macam-macam pasal bentuk badan awak. Rimas tahu tak. Bingit telinga ni" Jiji dengan bersungguh-sungguh cuba berselindung di sebalik alasan untuk menutupi rasa cemburunya.

"Cakap jelah sayang cemburu" bahu Jiji dirempuh lembut sebelum lelaki itu berlari anak ke hadapan.

"Nasib baik aku mengandung. Kalau tak, tak cukup tanah kau nak lari"

🐧🐧🐧

"Awak betul ke nak saya turun sama-sama dengan awak? Awak betul-betul dah bersedia dengan reaksi eomma awak"

"Kita takkan pernah bersedia, Taehyung. Sama ada awak suka atau tidak, hari ini pasti berlaku. Cuma cepat atau lambat yang membezakannya. Dah, jom turun" Jiji melangkah ke pintu utama terlebih dahulu diikuti Taehyung. Jantungnya berdegup kencang seperti baru sahaja selesai acara larian 100 meter.

Kelibat Seojung dapat dilihat dengan samar-samar dari pintu. Wanita separuh abad itu berjalan ke arah mereka dari dapur. Wajah yang mulanya dihiasi senyum nipis kini berubah 180 darjah menjadi riak benci dan dendam.

"Kamu buat apa dekat sini? Yoon Jihae, kenapa kamu bawa balik lelaki ni ke rumah?" jarinya lurus menuding ke arah Taehyung yang hanya diam tak bersuara.

"Seojung! Saya tak pernah ajar awak untuk bersikap biadap dengan tetamu" Sungkyung, bapa Jihae, menyampuk dari halaman rumah. Lelaki yang kemas berbaju Polo Club itu menyapa mereka bertiga.

"Awak selalu macam tu! Selalu sebelahkan orang luar. Dia ni dah buat macam-macam pada anak kita pun, awak masih nak pertahankan dia? Jihae! Kenapa kamu bawa dia ke sini?!" bentak Seojung lagi. Terhincut bahu Jiji dibuatnya. Wanita itu hanya diam kerana gerun dengan wajah bengis ibunya.

"Seojung! Masuk rumah sekarang" Seojung memberi tatapan maut pada Sungkyung sebelum meninggalkan mereka bertiga. Sengaja Seojung menghidangkan makanan dengan kasar sebagai tanda protes.

"Baru nampak muka saya, dia dah mengamuk. Macam mana nak bagitahu pasal anak tu?" bahu Taehyung ditepuk perlahan oleh Jiji.

"Tak apa. Kita kena bagitahu juga"

"Apa yang kamu berdua bisikkan tu? Jomlah masuk. Eomma masak makanan yang istimewa. Macam tahu-tahu je ada tetamu nak datang" Sungkyung memeluk bahu menantunya sebelum berjalan ke meja makan. Seojung hanya memerhati kelakuan suaminya itu dengan riak wajah menyampah.

"Duduklah, Taehyung. Jangan segan-segan. Kamu pun bukan orang asing dalam rumah ni" Taehyung duduk di kerusi yang terletak di sebelah Jiji.

"Seojung. Mari kita makan sama-sama" ajak Sungkyung lembut. Dia pula telah melabuhkan punggung di kerusi utama meja makan itu seperti adegan klisé filem-filem Inggeris.

"Tak nak. Saya dah kenyang"

"Yoon Seojung. Duduk" Seojung hanya akur apabila suaminya mula memanggil dirinya dengan nama penuh.

"Jihae, sendukkan nasi untuk semua orang" Jiji mula bangun dan mencedokkan nasi ke dalam mangkuk setiap orang. Apabila tiba giliran ibunya, Jiji menyendukkan nasi dengan berhati-hati.

"Cukup" tidak sampai separuh mangkuk nasi itu disendukkan oleh Jiji, Seojung sudah menyuruh Jiji berhenti. Jiji hanya akur sebelum duduk dan menikmati hidangan. Nikmati? Tentulah tidak. Suasana yang terlalu senyap itu membuatkan Jiji tertekan. Ini bukan tradisi keluarganya. Kebiasaannya, Seojunglah yang paling banyak bercerita. Sama ada berkaitan jiran mereka atau drama terbaharu lakonan Park Seojoon.

"Jadi, dah berapa lama kamu balik?" Sungkyung membuka bicara setelah lama berdiam diri. Taehyung meneguk sedikit air sebelum menjawab pertanyaan itu.

"Baru saja, appa. Dalam dua hari lepas. Appa tak ke pejabat ke hari ni?"

"Tak. Appa sedang menunggu abang sepupu kamu, Seokjin. Katanya appa kamu ada kirimkan fail untuk kolaborasi projek terbaru"

"Awak tak pernah beritahu saya pun yang awak masih bekerjasama dengan keluarga Kim"

"Kalau saya bagitahu pun, apa bezanya. Awak bukan nak ambil tahu hal syarikat pun" bidas Sungkyung. Seojung hanya menghembuskan nafas kasar.

S

K

I

P

"Kamu dah sihat ke, Taehyung? Macam mana dengan proses rawatan kamu di sana" teh beri goji itu disisip perlahan oleh Sungkyung. Cermin mata yang tersarung pada batang hidungnya dibetulkan sedikit supaya penglihatannya jelas.

"Semuanya baik-baik saja, appa. Doktor dah sahkan yang Taehyung bebas dari masalah sister complex tu. Taehyung lega sangat, akhirnya Taehyung sembuh. Dari mana appa tahu tentang penyakit Taehyung?"

"Appa selalu berjumpa dengan Seonho dan Ahryeong. Mereka yang banyak bercerita tentang kamu. Tapi, mereka kesal kerana eomma masih belum maafkan kamu dan keluarga kamu. Luka di hati perempuan ni lebih mendalam berbanding lelaki" Sungkyung ketawa kecil sebelum cawan tehnya diletakkan semula di atas meja.

Kelibat Seojung yang baru menyertai mereka di ruang tamu menunjukkan masa yang tepat untuk mengungkap segalanya. Taehyung mengumpul seluruh keberanian yang dia miliki sebelum menyusun bait bicaranya.

"Sebenarnya, Taehyung ada tujuan datang ke sini" Taehyung memerhati Jiji dari hujung matanya. Jelas sekali wanita itu gugup untuk berhadapan dengan ibunya, Seojung.

"Taehyung nak perbaharui ikrar pernikahan Taehyung dengan Jiji" Jiji yang sedari tadi menundukkan kepala kini termanggu kehairanan.

"Taehyung, bukan ini yang kita rancangkan"

"Taehyung nak perbaharui ikrar pernikahan dengan Jiji sebab Jiji mengandung anak kedua Taehyung" Sungkyung hanya tersenyum dan memberi restunya. Lain pula dengan Seojung. Dia tampak tenang apabila mendengar berita itu. Tapi, percayalah. Di sebalik ketenangan itu, tersembunyi gunungan kemarahan yang boleh meletus bila-bila masa saja.

"Jadi, kamu nak perbaharui ikrar  di mana? Mahkamah Sivil Seoul?" Taehyung mengangguk mengiyakan soalan bapa mertuanya. Pandangannya terarah pada ibu mertuanya yang diam tidak berkutik.

"Eomma, Taehyung tahu Taehyung pernah lukakan perasaan eomma. Taehyung pernah sakiti anak eomma yang eomma jaga sepenuh hati dan kudrat. Tapi, Taehyung janji. Taehyung akan bahagiakan Jiji untuk kali kedua" ketawa sarkastik terbit dari bibir nipis itu.

"Saya pernah dengar janji yang sama. Janji yang eomma appa kamu berikan pada kami. Ya, kami dikelabui janji tu sehingga kami lepaskan anak kami ke neraka yang kamu cipta. Jadi, apa alasan kamu untuk yakinkan saya yang kamu mampu bahagiakan anak saya selepas apa yang kamu pernah lakukan?" Seojung terus bangkit dan beredar ke tingkat atas yang menempatkan bilik tidurnya.

Taehyung menarik nafas yang dalam kemudian menghembuskannya. Dia lega kerana sudah berterus-terang tapi dia masih gusar tentang penerimaan ibu mertuanya terhadap dirinya.

"Tak apa, Taehyung. Lambat-laun, eomma akan terima kamu juga" kata-kata semangat itu dilontarkan kepada menantunya. Taehyung tersenyum lega apabila Sungkyung menyokong tindakannya.

Sementara itu, Seokjin yang berada di luar dengan beberapa dokumen di tangannya tersenyum pahit. Dia telah mendengar segalanya dan sepatutnya dia biarkan adik sepupunya itu bahagia bersama Jiji. Dokumen itu diletakkan di atas meja kopi di halaman rumah agam milik keluarga Yoon sebelum beredar.




















































































*Ha! Siapa cakap Seokjin jahat, sila mengaku hoho. Dia baiklah. Dia hanya Seokjin baik yang tersakiti ehek*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro