(E) One
"Taetae, awak okay hari ini?" soal Dr. Han lembut.
"Taetae okay, doktor. Cuma rasa tak bebas. Eomma selalu buat Taetae macam budak-budak. Hmmmm..." Taehyung memuncungkan bibirnya.
"Eomma sayangkan Taetae. Sebab tulah dia buat macam tu. Faham?" Taehyung cuma mengangguk.
"Taetae ikut nurse tu pergi buat check-up" Dr. Han menuding jari ke arah seorang jururawat yang agak cantik.
"Mari, Taetae" jururawat yang bertanda nama 'Yein' itu menarik tangan Taehyung lembut.
•
•
•
•
(skip)
•
•
•
"Berdasarkan pemeriksaan yang kami jalankan, saya dapati bahawa otak Taehyung berfungsi seperti otak orang dewasa yang seumur dengannya. Tapi, entah kenapa kelakuan dan tingkah lakunya seperti kanak-kanak 6 tahun. Mungkin Pn. Kim perlu biarkan dia hidup berdikari dalam persekitaran kehidupan yang sesuai dengan umurnya. Contohnya, kahwin?" terang Dr. Han. Penerangan Dr. Han membuatkan Pn. Kim runsing. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Anaknya yang berfikiran seperti kanak-kanak 6 tahun disuruh berkahwin? Macam mana dia nak jalani kehidupan kalau diri sendiri pun dia tak mampu nak urus? Inikan pula nak jaga anak dara orang.
"Saya harap Pn. Kim pertimbangkan cadangan saya. Mungkin dengan cara tu pemikiran, Taetae akan pulih seperti lelaki-lelaki yang sebaya dengannya"
"Ah, Taetae. Nah, candy untuk awak" Taehyung menyambut huluran Dr. Han dengan senyuman kotaknya.
"Mari, balik Taetae. Terima kasih, doktor" Pn. Kim dan Taetae membongkokkan badan tanda hormat.
•
•
•
•
(skip)
•
•
•
•
"Yeobo, apa kata kita kahwinkan Taetae? Dr. Han kata kalau kita dedahkan dia dengan persekitaran yang sesuai dengan umur dia, dia akan dapat berfikir dengan matang. Ada kemungkinan dia akan sembuh" terang Pn. Kim kepada suaminya.
"Yeobo ikutkan saja. Kalau chagi rasa itu yang terbaik, apa salahnya kita cubakan?"
*Annyeong ^^ Author akan cuba siapakan secepat mungkin 🙆 Enjoy. Abaikan typo.. Sesungguhnya author hanya manusia biasa yang lalai walaupun dah re-edit 😂*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro