Prompt Scific - Angkara Wabak
Angkara Wabak
#Duduk Rumah
Wattpad FiksyenSainsMY
_____________________________________
"Covid 19 semakin mengila! Apa yang kerajaan buat? Menyusahkan!"
Aku cuma memekakkan telinga mendengar amarah bercampur makian oleh kakak aku. Sungguh wanita itu buat aku gila!
Masakan tidak? Sebulan terperap di dalam rumah dan dia tidak habis-habis merungut! Cermin mata aku tolak sebelum aku memutarkan bola mata. Kaki terus melangkah pergi dari ruang tamu. Menyampah! Orang hendak tengok berita pun susah.
Dalam perjalanan, aku berfikir. Jika aku dapat sumbangkan idea pastinya hebat! Ada beberapa teori yang aku simpulkan bagi mencari penawar pendemik ini. Heh, budak seperti aku berangan. In your dream!
****
Akhirnya aku disini! Siapa sangka? Impian aku menjadi nyata! Aku kini salah seorang yang bertugas mencari penawar bagi penyakit Covid 19. Ini semua mimpi atau realiti? Aku pada mulanya sedang terlelap, apabila sedar, aku berada dalam makmal canggih ini!
Inilah peluang untuk bersinar! Jangan tidak tahu, aku ialah Doktor Halida, idola aku!
Banyak serum disini yang berguna untuk kajian aku! Bagus betul makmal ini. Sememangnya impian aku untuk menjadi sainstis terkemuka seperti Doktor Halida.
Tok.. Tok..
"Masuk!" arah aku profesional. Entah sejak bila aku sehebat ini. Aura sainstis barangkali!
"Doktor!" Seorang lelaki berkot putih labuh meluru masuk dengan tergesa-gesa. Wajahnya terpancar riak gembira. Aku hairan.
"Ini dia! DNA daripada spesimen 144! Kami berjaya menangkapnya! Kita sudah boleh usahakan anti-dot!"
"Spesimen 144?" Akal aku menerawang mengingati berita minggu lalu. Beberapa kes kematian di sebuah universiti di Malaysia yang melibatkan spesimen 144 daripada Makmal Zhoung, Wuhan, China. Makhluk itu dipercayai merupakan punca pandemik Covid 19! Berita buruk, makhluk itu sudah semakin banyak!
Adakah China memang ingin melancarkan perang dengan dunia?
"Doktor! Mari kita mulakan!"
"Baik!"
****
Tiga minggu sudah berlalu. Aku dan pembantu aku, masih bekerja menyiapkan anti-dot. Berkali gagal!
Ada sekali hampir berjaya, pesakit ujian ke-26 sembuh! Namun, tindak balas negatif berlaku selepas beberapa hari. Penyakitnya kembali dan bertambah teruk! Kewarasannya hilang, menggelupur, sebelum disahkan meninggal dunia.
Kami buntu.
Spesimen semakin membiak di seluruh dunia dan sukar dikawal. Jika anti-dot tidak dihasilkan, kemungkinan pelan terakhir perlu dilaksanakan.
Setiap negara sudah bersedia dengan pengangkutan untuk membawa rakyat 'terpilih' ke planet Proxima B. Jaraknya empat tahun cahaya. Walaupun kajian tentang planet itu masih kabur, namun ia satu-satunya peluang untuk bebas.
Ini yang membuatkan aku sedih. Bukan semua mempunyai 'tiket' ke sana. Apa akan jadi pada yang tinggal dibumi? Inikah pengakhirannya, tuhan?
"Doktor!" Aku berpaling. Seorang ahli kumpulan aku datang tercunggap-cunggap.
"Ujian ke-26! Dia, dia 'hidup' semula!"
Aku terbeliak!
****
Kami memerhati disebalik kaca. Manusia itu sememangnya hidup semula! Dia kelihatan sihat dan cergas.
Ini berita bagus! Kami sudah maklumkan kepada pihak atasan. Kini, kami cuma perlukan beberapa tempoh untuk menguji dan menyiapkan anti-dot!
Namun, maklum balas daripada pihak atasan buatkan kami terkejut. Mereka tidak mahu menunggu lagi. Pelan terakhir akan dilaksanakan tidak kira apa pun yang terjadi! Oleh itu, apa-apa aktiviti kami, risikonya kami tanggung sendiri!
Sedih, ya kami sedih. Tapi kami semua sepakat akan tinggal di bumi. Dengan kudrat yang tersisa, kami akan bawa pulang keamanan di bumi! Kami tidak akan lari!
××tamat××
FiksyenSainsMY
#DudukRumah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro