Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prompt Romantik - Pengikut Instagram

Pengikut Instagram
#DudukRumah
Wattpad RomantikaMY

_____________________________________

"Hurm, siapa, ya?" Aku duduk termanggu sendiri di ruang tamu. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aku banyak menghabiskan waktu melayari laman sosial. Terutama sekali aplikasi Instagram.

Hari ini aku didatangi seorang pengikut baharu di laman maya. Kedengaran cuma isu biasa. Namun, aku terasa seakan mengenali lelaki ini. Satu jam aku menatal skrin telefon pintar semata-mata mahu mencari identiti si dia.

"Pecah otak fikir!" rungut aku. Semua yang aku dapat tidak membantu. Gambar lelaki separuh wajah itu aku teliti. Siapa? Siapa?

"Hoi!"

Telefon aku hampir terlepas daripada gengaman! Malaun mana ini?

"Berangan saja! Mak panggil!" Lelaki yang bergelar adik itu aku hadiahkan jelingan maut. Tanpa banyak soal, aku bergegas ke dapur. Otak aku masih ligat berfikir tentang lelaki misteri tersebut.

****

Sedar tidak sedar, semakin hari aku semakin tertarik dengan lelaki itu. Oh, ya! Aku juga menggelarkannya Mr. Perfect dalam diam.

Kami semakin rapat dan selesa berbual atas talian. Hampir setiap hari kami pastinya bertanya khabar. Identiti dan latar belakangnya kekal misteri. Begitu juga aku, aku tidak mendedahkan apa-apa latar belakang aku padanya.

Hanya daripada lagaknya dalam berbicara, aku tahu dia sangat sempurna daripada setiap aspek lelaki idaman aku!

Bilik ini yang panas atau aku? Sebab aku rasa, aku sudah jatuh hati dengan Mr. Perfect

****

Kini sudah sebulan hubungan kami terjalin. Kami ingin membawa perkara ini lebih serius. Baru semalam PKP ditamatkan. Hari ini kami berjanji ingin bertemu di sebuah kafe di tengah bandar.

Aku mengeluh, sudah hampir sepuluh minit lewat Mr. Perfect aku! Mana dia?

"Awak Linda kan?" Tiba-tiba aku disapa seorang lelaki. Dia memberikan aku senyum manis.

"Ya, saya." Aku jawab laju. Wajah lelaki ini diteliti. Kacak bercermin mata dan rambutnya diikat kemas. Macam kenal.

"Weyh, lama tak jumpa! Apa khabar?" Suaranya berubah teruja.

"Kejap, Aqram?" Mata aku terbeliak tidak percaya. Dia merupakan kawan baik aku di sekolah menengah. Namun, kami terputus hubungan atas sebab tertentu.

Kami berbual mesra sambil menjamah hidangan. Banyak perkara yang kami ceritakan sehingga aku dan dia meletuskan tawa besar. Orang lain memandang kami pelik.

Heh, kisah pula aku? Kalau dengan Aqram, aku memang tidak kawal ayu. Member sendiri! Tambahan pula kami dahulu memang rapat macam abang dan adik. Ya, dia tua setahun daripada aku.

"Tapi, kau buat apa dekat sini?" soalnya apabila tawa kami reda.

"Hehehe, itulah kau! Aku sebenarnya ada temu janji dengan Mr. Perfect!" jawab aku teruja.

"Uish, samalah aku! Aku juga tunggu Miss Sweet aku."

Kami menyakat sesama sendiri sebelum masing-masing seakan tersedar sesuatu. Mata kami jatuh pada jam tangan sendiri.

"Weyh! Dia terlambat!" ujar kami serentak. Kami berpandangan sesama sendiri.

"Sepatutnya dia sudah sampai sejam yang lalu!" Sekali lagi bagai dilakar takdirnya, kami ucapnya serentak. Aku terus mencapai telefon dan cuba menghubungi si dia. Tindakan yang sama dilakukan Aqram.

Nice to meet you, where you been?
I could show you—

Panggilan masuk daripada Mr. Perfect! Kenapa dia lewat? Apa jadi? Panggilannya aku angkat.

"Helo, awak dekat mana?"

Ayat yang sama meluncur keluar daripada mulut Aqram. Detik seakan terhenti. Kami berpandangan tanpa berkelip.

"Mr. Perfect?"

"Miss Sweet?"

××tamat××


RomantikaMY
#DudukRumah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro