Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prompt Fantasi - Terperangkap Dalam Buku

Terperangkap Dalam Buku
(Fantasi)
#DudukRumah
Wattpad FantasiMy

—————————————————

"Urgh.."

Mata aku dibuka. Keadaan terasa janggal apabila tersedar yang aku berada di dalam kawasan sempit dan gelap. Keadaan diriku kini sedang terbaring.

Aku cuba mengingat kembali apa yang terjadi. "Ah, buku pelik itu!" kata aku. Kejadian dimana aku sebenarnya ingin membaca sebuah buku pelik dan berhabuk. Sebaik sahaja aku buka, cahaya yang menyilaukan keluar dan aku terus berada di sini!

Belum sempat aku ingin bertindak, tiba-tiba penutup dihadapan di buka. Sepasang mata amber merenung aku tajam. Air liur diteguk dalam getaran jantung yang menggila.

'Kacaknya!' Kepala aku tepuk. Sempat lagi...

"Kau kenapa? Keluar. Jangan hendak lari!" arah lelaki itu tegas. Aku cuma patuh.

"Oh my, you gotta be kidding me!" Mata aku terbeliak! Masakan tidak, aku baru sedar yang aku berada dalam keranda yang seakan cerita vampire kesukaan aku!

Pap!

Kepala aku diketuk. "Kenapa? Mabuk? Kurang darah?"

Soalan terakhirnya buatkan darah aku berderau.

"Siapa... kau ini?"

"Hendak buat helah lagilah itu! Kali ini kau tak akan terlepas."

Aku terus diheret keluar dari bilik suram yang menempatkan keranda tadi. Entah kemana aku dibawa, sedar-sedar aku sudah terpacak dihadapan dua orang perempuan dan tiga orang lelaki. Kesemua mereka memandang aku dengan wajah bak singa lapar. Taring tajam mereka menambahkan kecut aku.

"Ap—" soal aku.

Pap!

Kepala aku diketuk untuk kali kedua!

"Apa pula helah kau kali ini, Avora?" Salah seorang daripada mereka menyoal aku garang.

"Erk, apa maksud..."

Pap!

Kali ketiga.

"Sudah, cepat buat kerja! Sebab kau sudah membahayakan misi, pengetua denda kita berenam bersihkan seluruh banglo akademi ini!" Perempuan berambut blonde itu menjengilkan matanya kearah aku.

"Tempat.. ini?"

Pap!

Kali keempat sudah..

"Ya, lah. Selama ini kau tak tahu kau duduk mana?" Seorang lagi perempuan yang rupa parasnya cantik memperli aku.

Sebatang mop dicampak kepada aku.

"Enough, Davira, Alecia. Get back to work. You, Avora, stop acting stupid. Lepas semua selesai, aku belasah kau cukup-cukup." Lelaki amber tadi sudah bergerak bersama sehelai kain dan sebaldi air.

Kini, semua sudah menjalankan denda yang didakwa berpunca daripada aku.

"Apa jadi sebenarnya?..."

****

"Penatnya..." keluh aku diikuti yang lain. Semua sudah terkulai di ruang tamu bersaiz king itu. Ada ke ruang tamu saiz king?

Tiba-tiba aku terasa pening dan apabila sedar, aku sedang berhadapan dengan seorang gadis cantik berambut merah sama warna dengan matanya. Dia tersenyum nakal.

"Penat?" soalnya.

Saat itu, aku sedar. Wajahnya sama dengan wajah badan asing yang aku huni ini!

"Kau Avora, kan? Ambil badan kau! Apa kau buat sampai kena denda sebegitu? Dan kenapa suruh aku ganti?" marah aku.

"Hahaha, maaf, Emila. Sebenarnya aku gunakan jampi larangan iaitu menukar jiwa." Dia menyambung, "Aku lari masa buat misi dan tidur dalam keranda. Bosan asyik berperang sahaja."

"Itu ke yang 'membahayakan misi' sangat?.."

"Hehehe, apa pun, thanks! Sebagai balasan, kau boleh panggil aku apabila kau perlukan bantuan. Bye!"

"Eh, kej—"

****

"Aik, sudah dekat rumah? Ajaib.."

****

"Hai, korang!"

"Avora! Kau! Kitorang tahu kau gunakan jampi larangan!"

"Mari sini aku hisap darah kau sampai kering macam ikan kering!"

"Arghhh! Maaf!"

Terus berlaku pertandingan lari pecut di laman banglo besar itu.

××tamat××

FantasiMY
#DudukRumah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro