TEASER 5
Bunyi hon kereta yang ditekan mengejutkan Anas dari imbauan masa silam. Sebuah kereta diberhentikan tak jauh dari dia yang tegak berdiri di sebelah motosikal. Terus Anas meneropong. Siapa pula yang datang di petang hari menjelang maghrib ni? Tapi Anas rasa dia macam pernah tengok kereta tu.
Muncul seorang wanita dari pintu sebelah pemandu, biji mata Anas sudah bulat memandang. Langsung dia tak menyangka. Kalut juga dia mencari topeng muka tadi untuk kembali disarung. Namun terlambat.
"Anas?"
Kaku pergerakan Anas. Tapi dia tak berpaling walaupun namanya sedia meluncur dari ulas bibir wanita itu. Tiba-tiba boleh muncul dekat situ, dah kenapa?
Anas meraba-raba poket seluar. Mencari sesuatu yang mungkin menjadi asbab kenapa Maryam boleh muncul.
"Awak Anas, kan?" Suara Maryam semakin jelas menandakan wanita itu sudah ada dekat. Anas tunduk menyembunyikan muka.
"Anas Maliq bin Abdul Halim." Maryam menyebut nama penuh lelaki itu lancar.
Dada Anas terasa sesak. Dia tiba-tiba tak boleh nak bernafas. Anas berasa terharu kerana Maryam masih boleh ingat siapa dia.
Maryam boleh sebut nama penuh dia siap dengan bin? Itu dia tak hairan.
"Anas, saya ni. Maryam. Awak ingat tak?"
Anas hela nafas dalam. Terasa sebak. Ikutkan rasa, dia mahu angguk kemudian berpusing memandang. Tapi ada sebab yang menghalang. Sudahnya Anas buka langkah besar menuju ke tangga rumah. Terus dia naik ke atas langsung tak berkalih. Tetap tak peduli. Bagaikan seorang lelaki dayus.
Tak. Dia tak dayus.
Betul apa yang dia buat. Maryam tu isteri orang.
"Anas!" Tinggi nada suara Maryam kedengaran memanggil.
Anas tak endahkan. Dia terus masuk ke dalam rumah. Mujur tak ditutup pintu sekali. Pandangan anak-anak saudaranya yang sedang menonton televisyen langsung tak dihiraukan. Anas menonong turun ke dapur sana pula.
Nak masuk ke bilik, dah tentunya dia kotor. Baju kerja yang yang dia pakai sudah kotor. Berbau masam. Tangan dia kotor, kaki dia kotor. Tubuh juga kotor.
Jiwa apatah lagi. Turut kotor.
Dia tak layak nak memandang Maryam.
"Assalamualaikum." Maryam di kaki tangga tak putus asa. Salam dilaungkan tapi orang lain pula yang muncul.
"Waalaikumussalam." Anak sulung Azaki keluar ke beranda.
Maryam telan liur.
"Dik, ayah ada?" Terpaksa juga dia bertanya.
"Ayah takde. Pergi hospital."
Maryam angguk.
"Dik, ini... duit upah mesin rumput. Err... tadi..."
"Oh! Pok Su tak ingat ambik?"
Maryam angguk saja. Tangan menghulurkan sampul raya lama berisi duit upah potong rumput. Ditemui atas meja kayu di tengah halaman rumah kakaknya tadi. Sangka Maryam sudah kosong. Rupa-rupanya masih ada isi. Terus dia datang ke situ dengan niat menghantar.
Niat Maryam juga mahu mengenali adik ipar Abang Azaki. Lelaki yang dia rasa macam pernah kenal walaupun belum nampak muka. Rupanya dia memang kenal. Mereka pernah kenal di antara satu sama lain suatu masa dahulu.
Atau Anas sudah lupa tentang dia? Sebab tu Anas terus lari naik ke rumah?
Anas masih tak berubah. Masih serupa dulu yang suka melarikan diri. Suka mengakui salah yang bukan kesalahan berbanding mempertahankan diri.
*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*
_F R O M_M E_W I T H_L O V E_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro