Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TEASER 4


"Saya... nak kenal dengan awak."

"Oh. Okey. Saya Maryam." Gadis itu tersenyum manis. Memang ramah. Langsung tak banyak songeh.

Anas angguk. Dia turut melebarkan senyuman.

"Nama awak siapa?" Maryam bertanya pula.

"Saya... err... Anas." Anas malu-malu nak menjawab. Apatah lagi Maryam sedang menatap wajahnya.

"Oh. Anas. Awak kelas mana?"

Anas tak jadi nak hela nafas. Dia teguk liur sekali. Kemudian berpaling lalu terus melangkah pergi.

Niat di hati Anas, dia memang mahu berkenalan. Maryam baru berpindah ke sekolah mereka ketika di awal tahun. Anas memang sudah lama tertarik dengan Maryam. Dia selalu curi-curi pandang pada Maryam yang memakai uniform sekolah berwarna biru. Tapi ternyata Anas lupa yang dia tak layak pun nak berkenalan dengan gadis tu.

"Anas." Terdengar suara Maryam berteriak, Anas buat tak peduli. Langkah diatur laju terus menuju ke hujung bangunan. Tiba-tiba juga tubuh dia menghilang bagai ditelan dinding.

"Nama dia siapa?" Lelaki yang menarik dia tadi bertanya tak sabar. Wajah itu jelas kelihatan berbunga-bunga.

"Ma... Maryam." Tergagap Anas memberitahu.

"Kan aku dah cakap. Kau tak percaya." Lelaki yang seorang lagi menumbuk kuat bahu temannya.

"Kau bagitahu tak, aku kirim salam?" Mizi kembali bertanya dengan wajah yang cukup ceria.

Anas dongak memandang. Anak matanya spontan bergerak meliar. Kemudian kepala digeleng perlahan.

"Bongok betul! Kenapa tak bagitahu?" Mizi yang berang sudah meluku kepala Anas kuat. Sungguh dia rasa sakit hati. Benda mudah pun payah nak buat.

"Ak... aku tak ingat." Anas menjawab sambil kepala botaknya digosok-gosok. Perit. Nasib tak keluar api.

"Bebal betul kau ni, kan? Aku pesan banyak tu pun kau boleh tak ingat." Mizi merengus marah. Memang dia tak puas hati. Kecik besar aje dia pandang Anas di depan mata.

"Alah. Rileks lah, Zi. Esok boleh kirim salam lagi." Idan mencelah.

Bahu Mizi ditepuk-tepuk sebelum dia peluk dengan sebelah tangan. Bukan dia tak tahu baran temannya tu. Kalau tiba-tiba Mizi naik angin, ditumbuknya Anas dengan buku lima, mahu terkehel rahang.

"Ha'ah. Esok... esok aku bagitahu dia. Cakap... kau kirim salam." Anas kembali bersuara. Terangguk-angguk juga kepala dia demi meyakinkan Mizi.

"Tak payah. Esok aku jumpa dia sendiri." Mizi masih merengus marah.

"Betul ke, Zi? Boleh ke kau nak pergi jumpa Maryam esok? Tak malu ke? Kau tu dahlah banyak rekod dengan cikgu disiplin. Maryam pulak penolong pengawas.

"Alah! Susah-susah aku mandrem dia,"ujar Mizi pantas.

Pantas lagi Anas angkat muka memandang kedua -dua temannya itu. Rancak Mizi dan Idan ketawa. Padahal dia memang terkejut mendengar ayat Mizi tadi.

"Zi... jangan... buat dia macam tu. Maryam... baik." Anas beranikan diri melarang.

Dia takut kalau Mizi betul-betul buat apa yang dirancang. Bukan dia tak kenal Mizi. Bukannya dia suka nak berkawan dengan budak berdua tu.

Kerana terpaksa hatinya merelakan.

"Tengoklah. Kalau dia tak terima aku jadi boyfriend dia, memang aku mandrem dia sampai dia tergila-gilakan aku."Mizi bersuara yakin. Genggaman tangan kanan yang terkepal menumbuk tapak tangan kiri.

Anas telan liur kesat. Dia mula berasa gelisah. Mizi dan Idan pula sudah bertepuk tangan riang. Idan memang selalu menyokong apa yang Mizi akan buat tapi bukan Anas. Dia takkan sesekali biarkan Mizi sakiti Maryam. Apatah lagi dengan cara yang kotor.

Sebab Maryam budak baik.

Sebab dia pun sukakan Maryam.

Dia crush dengan Maryam sampai terlupa yang dia langsung tak layak.


*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro