TEASER 3
"Nas, abang tanya ni kau kenal ke siapa Maryam tu?" Azaki kembali ulang soalan menyedari adik iparnya itu sempat mengelamun.
Anas angkat muka. Geleng kepala.
"Err... tak... tak bang," jawab Anas sebelum dia atur langkah yang tergendala tadi. Terus masuk ke dalam bilik tidur yang ditumpanginya.
"Dah tu macam mana kau tahu Maryam bini orang? Umur dia baru 20 tahun kut." Azaki sengaja menduga.
"Bang... Maryam... 30 tahun," tukas Anas kuat.
Azaki sudah tarik sengih. "Mana kau tahu umur Maryam dan 30 tahun?" Dia lebih lagi kuatkan suara dan bertanya. Sambil buat nada terkejut.
"Bang... kata... nak pergi hospital." Anas sambung ayat sebelum geleng kepala sambil mulut ditampar-tampar perlahan.
Dah kenapa mulut dia laju pula nak menjawab kali tu? Selalunya payah.
"Iyelah. Abang nak pergilah ni."
Anas hela nafas lega. Punggung dihenyak ke birai katil bujang. Tapi jantungnya memang sedang bergetaran gaya baru lepas berzumba demi menurunkan berat badan.
"Abang bagitahu Maryam, petang karang kau pergi sana sambung mesin sampai siap." Azaki tiba-tiba terjenguk di muka pintu bilik dan memberitahu.
Anas terperanjat. Kedua kakinya sudah naik ke katil.
Azaki berdecit perlahan sambil geleng kepala. Kemudian berlalu.
"Jaga Icha ni. Abang nak pergi spital. Lepas tu pergi ambil along dengan angah dekat sekolah terus."
"Bang..." Anas kembali muncul di muka pintu bilik. Menjenguk dari sebalik langsir. Sempat juga dia memandang ke arah anak saudaranya yang sedang berjoget-joget riang.
"Kalau boleh kau tolong masakkan nasi. Lauk nanti abang beli dekat kedai mak janda." Azaki menyambung ayat walaupun Anas yang memanggil. Dari riak muka dan gaya macam ada benda lagi yang nak ditanya oleh adik iparnya itu.
"Bang..."
"Hah! Kenapa?" Azaki yang tegak berdiri di depan pintu rumah berkalih memandang. Tak sempat juga dia nak melangkah turun ke beranda.
"Abang... bagitahu..." Jeda.
"Bagitahu apa?' jerkah Azaki kuat. Lambat betul nak menunggu ayat tu habis.
Anas nyaris tersedak liur.
"Me... mesin."
"Mesin apa?"
Anas garu kepala.
"Itulah. Ada makanan elok-elok, datang dari sumber yang halal, nak jugak melantak benda yang bukan-bukan. Sekarang tengok..." Azaki gantung ayat. Giliran dia mengeluh.
"Abang mintak maaf. Abang tahu kau dah berubah." Segera dia menyambung ayat.
Azaki memang tak ada niat nak mengata. Cuma sekali sekala akan terlepas cakap juga. Bukti dia turut kesal dengan apa yang dah Anas lakukan sebelum ini.
Anas masih tertunduk di muka pintu bilik. Dalam diam menggentel hujung langsir.
"Ingat janji kau dengan abang, Nas. Kalau kau dah rosakkan nama baik Mak Jemah pun, jangan kau sambung perangai nak rosakkan nama baik sendiri. Ingat, Anas bin Malik tu nama sahabat Nabi s.a.w.. Nama yang baik-baik, bukan sembarangan. Jadi kau pun kena jadi baik, barulah kau tak dianggap menghina nama tu. Kalau kau nak jadi jahat selamanya, baik kau tukar nama dalam IC. Letak John ke. Jonny. Jonathan. Tara pam pam..." Siap dengan lagu sudah. Azaki sambung langkah turun ke beranda rumah.
Anas tetap tertunduk dengan muka sedih. Gaya budak tadika dimarahi cikgu selepas terkencing di dalam seluar.
*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*
_F R O M_M E_W I T H_L O V E_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro