Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Setapak demi setapak aku mengambil langkah. Tidak pasti harus ke arah mana. Yang pasti aku sangat bingung pada saat ini.

"Mana pulak mamat ni. Kata area suruh datang area sini je. Tak ada pun. " Bebelku sambil mata liar melilau kiri kanan mencari keberadaan insan yang dicari.

"Haih susah betul lah cari dia ni." Aku berjalan menuju ke arah lampu isyarat dan menanti simbol pejalan kaki bertukar hijau. Pada masa yang sama, aku mengalihkan pandangan ku ke arah yang bertentangan.

Tanpa semena-mena, mataku tertancap pada seseorang. Aku kenal lelaki itu. Lelaki yang mengejar aku semalam. Kenapa dia ada kat sini. Dia ikut aku ke. Mustahil. Dia tak tahu rupa aku.

Di luar sedar, aku mengangkat kaki.

PONNNNNN!!!!!

Bunyi hon kereta bergema. Belum sempat otak aku mentafsir apa yang sedang terjadi, lenganku tiba-tiba ditarik ke dari belakang. Aku terpusing sebanyak tiga ratus enam puluh darjah. Semuanya berlaku dengan amat pantas. Sedar-sedar sahaja aku sudah tersembam ke dalam pelukan seseorang.

"Nyamann..." Perasaan itu sesaat sempat terlintas di benakku. Dalam keadaan terkejut, aku menengadah muka untuk melihat siapakah gerangan yang menyelamatkan ku.

Oh. My. Allah!!!

Dia ini... Lelaki yang menyelamatkan nyawaku semalam. Kami saling berpandangan. Mulut masing-masing terkatup rapat.

Setelah beberapa minit, aku akhirnya berdehem sedikit sebelum menolak perlahan badannya. Dia mengundurukan diri setapak ke belakang.

Dan sekarang ruang di hadapan mataku terisi sekujur tubuh tegap yang terpacak betul-betul di hadapan mukaku. Bukan lagi dibaluti baju casual seperti semalam tetapi sudah digantikan dengan suit dark blue gelap dan kot musim sejuk berwarna hitam yang labuh hingga ke lutut. Wajahnya pula tampak segak dengan rambut yang telah ditata rapi dengan pomade.

"Ya Allah, handsome sangat nii nak pergi mana.. rawrrrr.. " Aku menggeleng- geleng dengan fikiranku sendiri. Mahu sahaja menampar muka sendiri. Tak kena betul masa nak menggedik kau ni Erista. Aku mengeluh perlahan.

"Young ladyy... "

Saat mendengar intonasi serius dia, air liurku tertelan sendiri. Rasa seakan berpasir.

"Errr.. Ye sa... Saya?" Tergagap-gagap aku menjawab. Cuak betul.

"Kau memang tak pandai jaga diri sendiri eh? Tak serik ke yang kau tu dah hampir arwah semalam? Nak kena langgar pulak harini?" Bertubi-tubi dia menyoal.

Mataku terkelip-kelip. Sukar mempercayai telinga sendiri. Banyak pulak dia bebel. Lintas benakku.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Nasib baik ada aku tahu tak. Kalau tak... " Dia masih lagi setia dengan bebelan macam mak neneknya itu.

Nafasku dihembus kuat. Nasib baik handsome, kalau tak dah lama tumbuk muka tu. Geram betul.

"Ya awak. Saya tahu. Terima kasih sebab selamatkan saya... Sekali lagi. " Ucapku bersahaja.

"Eh?" Dia masih bingung.

"Kenapa nak pelik. Dua kali dah awak selamatkan saya, takkan lah tak cakap terima kasih. Entah kenapa lah dengan saya ni ya. Baru beberapa hari kat sini dah banyak kali hampir mati. Nasib baik ada awak. " Jelasku bersahaja, sedikit geram kerana dia membebel. Biasalah, perempuan mana pernah nak kalah.

"Aku membebel banyak sangat eh? Sorry... Aku cuma risaukan kau... " Seraya mendengar permintaan maafnya dan ayat terakhir itu, pipiku terasa membahang.

"Ya Allah, janganlah macam tu, blushing lah kita macam ni. " Hatinya berkata-kata. Sekali lagi tak kena masa nak menggedik wahai Erista. Tolong behave.

"Oh kejap. Nyaris tak ingat tadi... " Aku menepuk dahi sambil menyeluk poket untuk mengeluarkan sesuatu.

"Nah sapu tangan awak yang saya cakap nak pulangkan hari ini. " Aku menghulurkan sapu tangan miliknya.

Dia hanya memandang kosong pada sapu tangan tersebut.

"Simpanlah. Aku bagi kat kau... Lagipun, bukan setakat sapu tangan saja kau ambil, hati aku pun dah... " Dia memperlahankan suara pada ayat terakhir. Dia mula melangkah pergi.

"Hah apa awak cakap last tu? Saya tak dengar sangat lah. Bising.. " Aku meninggikan sedikit nada suara kerana suasana agak bising. Kaki terkedek-kedek mengejar langkahnya.

"Aku tak cakap apa-apa pun. "

Eh? Aku salah dengar eh? Lantaklah. Dah dia taknak sapu tangan dia, aku simpan je lah. Lawa jugak design dia. Seketika kemudian aku terlintas sesuatu ketika melihat sapu tangan tersebut.

"Awak..." Panggilku.

"Hm?"

"R.H. ni apa maksud dia? Nama awak ke?" Tanyaku ingin tahu.

"Iya. Ryan Haqeem. " Jawabnya ringkas.

"Ohhhhhh.. kita nak pergi mana ni? " Tanyaku sekali lagi.

"Banyak betul soalan kau ni kan. Ikut je lah. " Jawabnya.

.
.


.

Kami berdua melangkah menuju ke restauran terdekat untuk mengisi perut yang lapar setelah hampir seharian menghabiskan masa dan tenaga berjalan-jalan.

Kami berdua mengambil meja ditepi tingkap kerana ingin melihat suasana luar. Suasana kembali hening setelah pelayan restauran tersebut mengambil pesanan kami berdua.

"Wahhhhh... penatnyaaaa tapi best betul ronda-ronda dekat area sini. Tak tahu pulak ada banyak tempat best. Awak macam dah biasa dengan kawasan sini. Awak selalu datang jepun ke? Ada tempat lain yang best lagi tak? Saya nak ikut jugak nanti boleh tak? Saya tak tahu sangat tempat sini. " Aku memecah keheningan. Bertubi-tubi soalan aku lontarkan tanpa sempat dia menjawab.

"Tanya tu tak boleh tanya satu-satu ke? Aku nak jawab mana satu dulu pun aku pening. Bagi aku jawab dulu. " Keluhnya.

"Hehehe maaf. Ter over excited orang cakap. " Aku tersengih sambil menggaru kecil pipiku.

"Aku sebenarnya berdarah kacukan jepun. So, basically, sini pun negara aku. Aku baru je balik sini minggu lepas. " Jelasnya.

"Ouhhh patutlah.. lagi?" Tanyaku.

"Ada tu ada je tempat yang best. Banyak tempat lagi. Tapi buat apa bawak kau. Sekali cukup lah. Lebih-lebih pulak minta nak ikut.. "

"Hmphhhh orang nak ikut je pun. Orang takut sesat sebab tak biasa. Lagipun dah lupa ke? Baru je pagi tadi awak bebel dua kali orang hampir arwah. " Perliku.

"Ye lah. Tapi still tak boleh. Kau tu perempuan, aku ni lelaki. Bukan boleh keluar berduaan sangat jauh-jauh. " Dia membantah.

"Hmmm okayy.. " balasku singkat.

Perbualan kami terhenti ketika pelayan restauran tersebut kembali bersama makanan yang kami pesan. Suasana kembali sunyi saat kami berdua menikmati makanan.

Malam itu, dia kembali menghantar aku pulang ke rumah tumpang yang akan aku inap sepanjang percutian aku di jepun.

.
.
.

So, sorry agak hambar. Harap lepas baca jangan lupa vote tau. Barulah rasa semangat sikit nak sambung tulis cerita ni😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro