PT. XXVIII
(( LAST EPISODE ))
------
"Kau tunggu sini." Arah Doyoung pada Minseo. Gadis itu duduk dibangku besi setia menunggu.
"Aku masuk dalam dulu, tengok kalau Taeyong masih ada." Lanjutnya lagi, Doyoung kemudian masuk ke dalam bilik pejabat.
Tak lama kemudian, Taeyong keluar.
"Minseo." Panggilnya, membuatkan Minseo menoleh ke arah dibekakangnya. "Awak— " kata-kata Taeyong terhenti sebaik sahaja,
Minseo memeluk tubuh Taeyong. "Saya minta maaf. Saya menyesal tolak lamaran Captain hari itu. Saya taknak capt— "
Bahu gadis itu dipegangnya, wajah Minseo yang menangis itu dipandangnya. Jadi sendu perasaan Taeyong tengok kesayangan dia menangis. Lagi-lagi sebabnya Taeyong sendiri tak tahu.
"Saya apa?" Tanya Taeyong. "Janganlah nangis macam ni." Butir jernih air mata yang jatuh berguguran dipipi Minseo disapu lembut olehnya dengan ibu jari.
"Saya tak nak captain tinggalkan saya. Saya suka dekat awak, captain Taeyong."
"Saya memang akan pergi, sekejap lagi flight. " ujar Taeyong, riak wajah dan senyuman cuba disembunyikan. Seakan, tak percaya dengan kata-kata Minseo tadi.
Minseo kembali memeluknya.
"Captain akan tinggal dekat LA ?"
"Tak. Cuma penerbangan ke sana, 2 hari." Jawab Taeyong ringkas, seraya tersenyum.
Minseo melepaskan pelukan. "Jadi, awak tak jadi tinggal dekat LA? "
"Siapa yang bagitahu awak saya tinggal dekat LA? " Tanya Taeyong lagi. Jadi, dia mula faham. Doyoung menipu Minseo tanpa pengetahuannya.
Doyoung plan is success.
Getus hati Doyoung dari jauh memerhatikan mereka.
"Doyoung penipu !" Marah Minseo. Sungguh, dia malu. Dia dah nangis, dan peluk Taeyong. Lagi-lagi, dia dah terlanjur cakap.
Taeyong ketawa. Minseo pula cemberut.
"I'll be back in 2 days." Taeyong berganjak hendak pergi. Sekejap lagi, dia ada flight ke Los Angeles. "Tunggu saya dua hari, saya akan lamar awak balik."
Minseo mengangguk perlahan, sembunyi wajah malunya dengan menunduk.
"Awak cuma perlu tunggu saya 2 hari, boleh?" Tanya Taeyong. "Saya dah tunggu awak 12 tahun tau !" Rambut Minseo disapunya perlahan.
"12 tahun?" Minseo hairan. Dia tidak pernah tahu Taeyong menyimpan perasaannya selama itu. Minseo inginkan penjelasan lebih tetapi, Taeyong mula berlari meninggalkannya.
"Captain. Awak hutang cerita dekat saya !"
Dari jauh, ke lapangan sebelum kelibat Taeyong memasuki kapal terbang, lelaki itu sempat melambai ke arah Minseo.
Dulu, Taeyong yang menunggunya 12 tahun.
Sekarang, Minseo perlu menunggu Taeyong 2 hari.
➳❥ the end
------
yeah ! finally, dalam jangka masa pendek fanfic ni dah tamat :)
jangan buang dulu dari library anda, ada lagi 2 special chapter tau.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro