PT. XXVI
------
"Gahyeon, aku minta maaf. " Minseo kesal. Dia bukan sengaja menampar Ten tadi. "Aku bukan nak masuk campur urusan kamu dua." Lanjutnya lagi.
Gahyeon kelihatan pasrah, dia sebenarnya bukan marahkan Minseo. Cuma, dia takut dan risau akan Minseo dimarahi oleh ommanya. Pasti, Gahyeon dapat agak yang Ten akan mengadu domba kepada ommanya.
"Tak apalah Minseo. Aku tahu, kau kesiankan aku." Keluhnya, Gahyeon tahu. Selama hampir setahun dia bertunang dengan Ten. Hatinya terus-terus disakiti dan, Minseo tempat dia mengadu.
"Kalau imeo nak marah. Marahlah aku, aku yang salah."
------
Pagi itu, Minseo dah sihat dan mula bekerja seperti biasa. Pintu cafe dibuka dan Captain Taeyong masuk.
Bahu Minseo disenggol oleh Haechan dari sisi, "Your Captain is coming~ "
"Ish, apalah kau Haechan." Minseo menjauh, menyampah dengan perangai Haechan yang bercakap dengan nada aegyo.
Doppio special blend. Minseo membawa doppio itu ke meja Captain Taeyong, lelaki itu nampaknya sibuk dengan handphonenya, sampaikan tak sedar kehadiran Minseo.
"Captain. "
"Oh, Minseo." Tegurnya, "Doppio itu, take away saja." Pesannya, Minseo pun kembali semula ke dapur. Bungkus air itu.
Keluhan berat dilepaskan, dia sebenarnya ingin melihat Taeyong dekat dengannya. Tapi, tak apalah. Dia faham, Taeyong sibuk. Yalah kan, orang kerja pilot.
Sekejap kemudian, Doppio tadi diberi pada Taeyong. Tanpa sebarang tutur kata, lelaki itu pergi meninggalkannya Minseo.
Kelibat Taeyong yang semakin jauh itu diperhati lama,
ada apa dengan Captain Taeyong? Getus hati Minseo. Minseo berharap, Taeyong akan memandang semula ke belakang. Namun, hampa.
"Captain, dont go~" Usik Haechan lagi, dia sedang mengelap meja sambil mengusik Minseo. Kerana geram, Minseo mengejar Haechan sampai ke dapur. Telinga Haechan perlu ditarik sebab sibuk dengan hal orang.
➳❥ tbc
------
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro