Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PT. XXII

saya nak habiskan fanfic ni cepat, dan plan nak buat fanfic :

+ haechan - annoying boyfriend  (uni stud life)
kisah si haechan yang annoying dan jatuh cinta dengan perempuan kasar.

+ doyoung - dr. kim (medical)
kisah dr. doyoung, doktor pakar ortopedik yang merawat pesakitnya, gadis kurang upaya fizikal.

[ mana satu korang nak dipub dulu ? ]

------

Malam itu, di ruang tamu. Minseo menekan-nekan punat remote tv. Filem action, Rampant yang sedang tayang itu langsung tak menarik perhatiannya.

Pandangan mata Minseo jatuh pada Taeyong yang tertidur pulas di sofa belah kanan Minseo. Terdetik rasa kesian dalam hati Minseo.

Taeyong sanggup temankan dirinya walaupun lelaki itu mengantuk dan sekarang dah tertidur di ruang tamu. Minseo berganjak berdiri dan menuju ke bilik tempat dia tidur tadi.

Selimut lembut atas katil diambilnya dan turun semula ke ruang tamu. Dipakaikannya selimut itu pada Taeyong tanpa lelaki itu sedar akannya.

Minseo ambil keputusan begitu sebab dia sendiri tak tahu di mana bilik tidur Taeyong. Nak minta tolong ahjumma, hari dah larut malam. Sudah jam 12 malam.

Bip !

Tv dimatikan, Minseo masuk ke atas dalam bilik tidur. Dia akan cuba untuk tidur walaupun sekejap. Meninggalkan Taeyong di bawah. Sekurang-kurangnya lelaki itu tak tidur dalam kesejukan.

------

[ Taeyong POV ]

Aku terjaga daripada tidurku. Jam 2. Bangun sahaja, lihat disisi Minseo dah tiada. Namun, selimut lembut tersarung kemas ditubuhku.

Tanpa aku sedar, senyuman terukir dibibir. Setahu aku, selimut ini milik kakak Taeyeon, dalam biliknya yang sekarang dihuni oleh Minseo. Mungkin, ini kerja Minseo. Kesian juga Minseo denganku rupanya.

Langkah kaki diatur mendaki tangga ke tingkat atas. Bilik Minseo dituji, tidak berkunci. Dari luar aku lihat dia dah tertidur dengan berselimutkan cadar katil.

How cute this creature are. Getus hatiku, dia tidur dengan keadaan comel benar. Macam bentuk udang, atau mungkin kesejukan. Yalah, kan cadar katil itu nipis.

Cadar katil itu aku tarik dan simpannya di tepi, selimut lembut yang aku bawa tadi dipakaikan menutup tubuhnya. Minseo langsung tak sedar akan kehadiranku.

" Sweet dream. " Rambutnya yang jatuh menutupi dahi disangkutkan dihujung telinganya. Selimut diangkat menutupi tubuhnya sehingga paras dada.

Aku keluar dari situ, dan pintu perlahan-lahan ditutup agar tidak menghasilkan sebarang bunyi, nanti Minseo akan terjaga pulak.

Dengan perasaan yang berbunga-bunga, aku baring atas katilku. Sukar untuk aku melelapkan mata semula. Perlakuan Minseo itu cuba dibayangkan.

Kalau ikutkan bisikan setan, sudah pasti aku tidur disebelahnya tadi. Tapi, aku lebih memilih untuk memikatnya dengan cara baik. Takut nanti, Minseo akan takut padaku dan elak diri.  Sungguh aku tak mahu perkara seperti berlaku.

[ End POV ]

➳❥ tbc

------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro