Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PT. XXI

double update lagi hehe, saya nak habiskan fanfic ni dan mulakan fanfic haechan pulak.
btw, ada exol disini? saya ada pub fanfic abe dyo
jenguklah ya :)

------

"Awak cemburu saya keluar makan pasta dengan Chungha?" Soal Taeyong membuatkan gadis itu malu.

Sekali sekala beef steak dalam pinggan dicucuk-cucuk. Cover malu. Bagi Minseo, mungkin dia ada cakap benda yang bukan-bukan sewaktu dia mabuk teruk.

"No." Minseo gagahkan diri untuk menuturkan kata. Walau hakikat yang sebenarnya dia cemburu. Namun, dia memilih untuk sembunyikan reaksi.

"Oh." Jawab Taeyong pula. Dia mengalah. Namun, senyuman terukir diwajahnya jelas tanda bahawa dia sudah menang. Plan dengan Doyoung itu berjaya, harapnya lama-kelamaan hati Minseo akan berpaut padanya.

------

"Hoam~" Taeyong menguap kecil. Dia sebenarnya mengantuk, tapi dia memilih untuk temankan Minseo. Bawa gadis itu keliling rumahnya.

Minseo tak dapat tidur. Dia ada sikap yang tak mudah terlelap jika berada di tempat baru. Taeyong pun membawanya keliling disekitar mini golf dibelakang rumah itu.

"Ini yang captain kata mini golf ? " Seakan tidak percaya dirinya. Mini golf itu luas dan sepatutnya dah jadi stadium bola sepak. Tindakan refleks, mulut Minseo ternganga.

Menggunakan belakang tangan, Taeyong menolak dagu gadis itu untuk menutup mulut Minseo yang ternganga.

Minseo garu kepala yang tak gatal.
Dia teruja sebenarnya, "Sorry."

"Captain mengantuk?" Tanya Minseo. Dia lihat mata Taeyong dah kuyu. Kesianlah pulak dengan pilot satu orang ni.

"Tak." Jawab Taeyong ringkas, menipu.
Padahal, dia mengantuk benar.

"Saya nak nonton tv, boleh?"

"Okay, jom." Demi Minseo, Taeyong sanggup korban masa tidurnya.

➳❥ tbc

------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro