Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PT. XX

------

Makan malam. Hanya Taeyong dan Minseo sahaja, ahjumma dah masuk tidur. Suasana mereka berdua, agak tegang. Minseo sendiri tak tahu nak buka topik perbincangan fasal apa.

"Captain. " Panggil Minseo, lelaki itu hanya menjawabnya dengan berdehem. "Captain tak hantar saya balik?"

"Esok boleh? Esok pagi."

Minseo mengangguk kecil, dia cuba faham. Mesti Taeyong penat. Yalah kan, kali ini Taeyong hanya ada cuti seminggu. Selepas itu, dia akan sibuk semula dengan penerbangan sana-sini.

"Kenapa, captain bawa saya balik sini?" Tanya beranikan diri menyoal Taeyong, dari tadi perkara itu berlegar-legar di mindanya.

Lagi-lagi Minseo bangun sahaja, bajunya dah lain. Namun, Minseo yakin pijama yang tersarung kemas ditubuhnya itu pastinya milik kakak Taeyong.

Semenjak Taeyeon sudah bersuami, dia kadang-kala datang melawat adiknya di rumah agam Taeyong ini, dibawanya bersama anak kecilnya, Daehan.

"Saya tak tahu awak tinggal mana." Tipu Taeyong.

Minseo mengangguk perlahan tanda percaya, "Saya.. tak buat benda pelik tadi?" Ludah perit ditelan, Minseo malu sebenarnya nak tanya soal itu.

Pernah sekali, dia mabuk. Ahjussi penjual soju digerai itu habis dibelasahnya. Gahyeon pun pernah dibelasah olehnya kerana mabuk teruk. Minseo sebenarnya risau kalau-kalau dia ada belasah Taeyong.

"Sebelum saya jawab soalan awak tu." Taeyong menjedakan katanya, "Jawab dulu soalan saya."  Senyuman sinis dihadiahkan pada Minseo.

Oh god, how that he can be so scary at all? 
Getus hati Minseo. Pandangan mata Taeyong agak menakutkan. Gadis itu tertunduk memandang beef stick dalam pinggan.

"Apa?"

"Awak cemburu saya keluar makan pasta dengan Chungha?"

➳❥ tbc

------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro