Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PT. XVI

double update sebelum ramadhan ♥✊

------

Balik dari kerja, Minseo menyempat lagi singgah di gerai kecil tepi jalan. Tempat biasa dia dan Gahyeon minum soju kalau waktu sejuk sebegini.

Fikirannya melayang. Fikir pasal tadi. Taeyong yang nampak mesra dengan perempuan itu, siap makan bersama dan mereka nampak rapat.

Tak mungkinlah itu kakaknya Taeyong, Taeyeon. Sebab wajah perempuan itu nampak lebih muda dari Taeyong.  Mungkin sahaja, junior atau pramugari, sudahlah cantik.

"Ahjussi, satu botol lagi !"

Minseo yang dah mabuk sepenuhnya. Padahal, baru setengah botol dia habiskan, kadar toleransinya dengan alkohol agak rendah.

"Haish, tak payahlah Minseo. Kamu dah mabuk ni. Ahjussi panggil Gahyeon ambil kamu ya." Tawar Ahjussi Ji Sukjin, pemilik gerai itu.

Ahjussi Ji Sukjin dah kenal sangat dengan mereka berdua ni. Pelanggan setialah katakan.

Minseo ambil satu botol dalam genggaman Ahjussi Sukjin dan berjalan keluar gerai. "Saya balik dulu ya ahjussi."

"Kamu belum bayar一 " Kata ahjussi sukjin terhenti kerana dia terkejut dengan hentakan kuat atas meja di depannya.

"Biar saya yang bayarkan untuk dia, ahjussi."

➳❥ tbc

------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro