PT. XIX
double update sebab saya tak upd 4 hari.
btw, thanks for k reads and 1k comments 😭♥✊
------
Prak !
Bunyi benda jatuh, Taeyong lekas berdiri, menoleh ke arah di belakangnya.
"Sorry." Minseo tertunduk.
Dia salah, dia dah pecahkan salah satu koleksi gambar dalam frame atas meja itu. Lantas, cepat-cepat gadis itu memungut pecahan kaca frame atas lantai.
Taeyong mendekatinya, dan berteleku dengan Minseo. "It's okay." Tangan Minseo ditariknya dari memungut serpihan kaca itu.
"Eo? Awak tak marah? " Minseo tercakap dengan nada kuat, tak berjaya kawal kelantangan suaranya. Dia keliru, padahal frame gambar yang pecah itu,
Gambar keluarga Taeyong. Minseo saja jalan-jalan sekitar rumah lelaki itu sambil cuci mata tengok gambar keluarga Taeyong. Tak sangka pula ini jadinya.
"Yang pecah tu cuma fra一 " Kata Taeyong terhenti sebaik sahaja dia melihat jari Minseo yang berdarah. Luka kena serpihan kaca.
"Jari awak luka." Tangan Minseo ditariknya mendekatinya, badan gadis itu juga sedikit terhinjut sehingga menghaous jarak mereka. Tapi Taeyong cuma fokuskan pada jari luka itu.
"Ini tak seberapa, luka ke一 "
" 一Ikut saya, rawat dulu luka ni, lepas tu kita makan." Taeyong menarik Minseo untuk berdiri bersamanya.
Gadis itu tak banyak songeh, hanya akur sebab dia lari ke mana pun, dia tetap di rumah Taeyong. Rumah agam Taeyong sudahlah besar.
Ubat luka一 Betadine disapu pada jari Minseo selepas dicuci jarinya itu. Minseo hanya mendiamkan diri perhatikan Taeyong.
Kenapa Taeyong masih mahu berbuat baik dengannya? Padahal jelas sekali Minseo sudah menolak lamaran lelaki itu.
➳❥ tbc
------
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro