Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PT : SC. II

(( SPECIAL CHAPTER TWO  ))

this special chapter contains 1200+ words.
enjoy reading ! vomments banyak-ii ya 😢
last update dah ni 😢😭✊

------


[ Minseo POV ]

Nak diceritakan, Taeyong memang dari dulu lagi— zaman sekolah dia memang sukakan aku. Sebab, kami berdua pernah satu kumpulan buat tugasan Lab Report Physics. Mulai dari situlah. Sebab dia jugalah, aku dapat full-mark.

Gahyeon dan Ten pula dah berbaik. Mereka berdua dalam perancangan nak berkahwin. Ten akhirnya sedar, sebab Sora yang dia percayakan itu larikan diri ke New York bersama lelaki lebih kaya dari Ten. Perempuan pisau cukur !

"Yong..." Panggilku.

Hari ini Taeyong masih cuti. Disebabkan aku malas nak masak. Kami memutuskan untuk makan diluar.

"Yong. Kita makan dekat subway sana!" Aku tunjuk ke arah subway di seberang jalan. Tempat kami selalu makan diluar.

"Okay, sayang." Taeyong akur.

Sampai sahaja di sana, aku rasa macam nak balik. Tak jadi nak makan disini sebab ramai orang, "Yong, saya taknak makan kat sini." Rengekku.

Taeyong nampaknya pasrah tapi dia akur. "Awak nak dekat mana? Nak makan apa? Saya ikut awak ni."

"Hmm.. Dekat Fok Yuen, nak makan Hawaiian French Toast hehe."

Maka, kami berdua menaiki kereta dan pergi ke restaurant Fok Yuen. Restoran itu terkenal dengan masakan ala-ala barat

"Yong.." panggilku.

Taeyong menoleh, kami dah sampai dekat restoran itu. Tiba-tiba pulak aku rasa taknak makan disini. Rasa rindu makanan dekat subway tadi.

"Apa sayang?"

"Egg yolk and octopus on toasted and coarse salt. Saya nak makan tu.." Dengan pout eyes aku cuba merayu, bukan apa. Sebab makanan yang aku nak makan ni, ada dekat subway itu.

Keluhan berat dilepaskan,
"Serious?" Tanya Taeyong.

Aku mengangguk, "I want it badly.."

"Tak nak french toast dah?" Tanya Taeyong.

"Hm, nak jugak !"

"Awak ni dari tadi kita pusing-pusing. Saya lapar ni! Saya makan awak baru tau!"

"Okay okay kita pergi makan." Aku mengalah, Taeyong nampaknya dah hilang sabar. "Tapi, saya nak makan dekat subway tadi."

"Saya makan awak baru tau!" Taeyong mengulang kembali ugutannya tadi.

"LEE TAEYONG !"

------

Malam, aku terjaga dari tidur. Jam dinding di bilik diperhati, jam 1 malam. Sepertinya, sudah setiap malam jam 1 aku akan terjaga. Entah sebabnya apa?

Lingkaran tangan Taeyong pada pinggang cuba dilonggarkan perlahan, agar dia tidak terjaga. Berjaya ! Selepas itu, aku menuju ke ruang tamu di tingkat bawah rumah agam.

Tv dihidupkan, rancangan dokumentari bersiaran. Layankan sahajalah. Aku gagahkan diri untuk menuju ke dapur, ambil snack dan air perahan buah dari dalam perti ais.

Selesai sahaja, aku menuju semula ke ruang tamu. Snack bringles dan biskut dimakan. Sambil berfikir— pagi tadi aku meragam dengan Taeyong. Nasib sahaja dia tetap sabar dan mahu melayan karenahku.

"Sayang."

Taeyong ambil tempat duduk disebelahku, seraya berbaring atas pahaku. "Kenapa awak terjaga?" Tanyaku.

"Macam mana saya tak terjaga, kalau bantal peluk saya menghilang." Jawab Taeyong, lalu kembali pejam mata berbaring atas pahaku.

Itulah Taeyong, setiap malam dia akan buat aku macam bantal peluknya. Tak akan dilepas sampai waktu pagi. Sebab aku menghilanglah, dia terjaga.

"Yong.." Panggilku. Rambutnya dielus lembut. Aku tahu, Taeyong buat-buat tidur.

Dia hanya menjawab dengan berdehem.

"Saya minya maaf, pagi tadi saya banyak meragam dekat awak."

"Memang dah tanggungjawab saya layan awak." Taeyong memeluk perutku, dia comel benar dengan posisi sebegini. "Awak kan isteri saya, saya suami awak. You're my priority, dear."

Aku berdiam diri kelu tanpa jawapan membuatkan Taeyong bangun dari posisinya tadi dan duduk menghadapku. Snack bringles dalam genggamanku dirampas olehnya.

"Awak dah makan banyak?"

"Sikit."

"Saya perhati, awak selalu terjaga waktu macam ni. Kenapa?" Taeyong ikut makan bringles itu. "Lapar?" Tanyanya, sambil usap perlahan perutku.

Aku menjongketkan bahuku, "Mungkin." Jawabku, walau sebenarnya aku tak pasti sebab aku selalu terjaga waktu jam 1 malam.

"Saya mengantuk. Kita naik tidur jom?" Ajak Taeyong. Awalnya aku hendak menolak, tapi kesiankan Taeyong yang mungkin agak letih melayan aku meragam seharian. Kami pun naik ke atas, masuk bilik dengan beriringan.

Jadi, aku putuskan untuk cuba tidur walau sebenarnya agak susah untuk aku dibuai mimpi.

"Yong, " panggilku. "Kalau awak mengantuk, tidurlah dulu."

Taeyong menarik aku ke dalam pelukannya, rambutku dielusnya lembut. "Saya tidurkan awak dulu ya."

Tak lama kemudian, sentuhan terakhir terasa sebelum aku tertidur semula ialah, kucupan lembut didahi oleh Taeyong.

------

Bangun awal pagi, Taeyong ada kerja mendadak. Dia pergi kerja awal pagi dan belum sarapan. Aku menyuruhnya untuk tidak pergi sebab pagi tadi badannya naik panas. 38.8°C suhu di termometer.

Taeyong demam sebab penat layan aku meragam.

Tetapi, dia tetap gagahkan diri untuk kerja. Ditambah lagi, sebelum keluar tadi dia sempat muntah-muntah. Aku juga hairan sebenarnya.

Berangkat sahaja dia ke tempat kerja, laci almari dalam tandas aku buka. Pregnanct test dicapai. Taeyong sepertinya mengalami morning sickness. Kadang, suami yang mengalami morning sickness bukan isteri. Sebagai perempuan dan isteri, kenalah peka !

Selesai sahaja, aku beranikan diri untuk lihat keputusan pada pregnancy test itu.

Dua garis biru.
Tiada.
Negatif.

------

Disebabkan aku nekad dan beranikan diri, pergi hospital sendirian. Untuk check kehamilan. Bukan tak terima hakikat, tetapi aku yakin yang aku mengandung.

"Cik Kim. Im sorry to say this.. but," Doktor Euna Kim, menjedakan katanya.

"Yes doctor, why ? " Tanyaku.

"It must be hard for you. Awak mesti buat keputusan sebaiknya... Nak simpan baby tu atau gugurkan sahaja. Saya faham. Tapi, saya sarankan awak cari dulu ayah baby dalam kandungan cik tu."

Aku agak terkedu, sukar untuk memahami setiap bait kata doktor Euna.  "Ma- maksud.. doktor?"

"Awak kandungkan anak luar nikah."

"HA!" Aku terkejut bukan main kepalang.

"Saya minta maaf— " Doktor Euna rasa bersalah.

"Tapi doktor, saya dah ada suami." Aku memintas katanya. Doktor Euna melepaskan keluhan lega.

"Aigoo, maaflah. Im truly sorry. " Doktor Euna salah tingkah, "Awak nampak muda, sebab tulah saya sangka awak belum kahwin."

"Ah ada-adalah doktor ni."

"Tapi, saya check guna pregnancy test pulak negatif. Kenapa?" Tanyaku. Hairan juga aku.

"Kadang macam tu, sama ada faktor suhu, tempat, atau pregnancy test tu sendiri yang rosak. Congrats, awak mengandung dah 3 minggu. Memang, dalam 3 minggu ibu tak sedar kehamilannya."

"Oh, faham-faham." Aku mengangguk. "Btw doktor, saya bukan cik Kim. Saya puan Lee."

------

"Yong.." Badan Taeyong digoncang perlahan, dia rasanya macam taknak bangun. Tahulah dia demam. Tapi, aku ada berita gembira nak sampaikan padanya.

"Sayang, saya tak larat nak bangun." Taeyong merengek. Alahai, sisi manja dia terdedah.

"Papa kena bangun sebab baby nak dengar suara papa dia." Kali ini aku pula merengek.

Taeyong lekas-lekas bangun dari perbaringan. "Sayang, saya tak salah dengar kan? Itu suara awak kan?" Kedua pipiku dipegang olehnya.

"Yalah, takkan suara lalat. Malam-malam mana ada lalat."

"Baby? "

Aku mengangguk, seraya tangan Taeyong ditarik dan letak pada perut kempisku. Taeyong pula terus letak telinga atas perutku, seakan-akan berinteraksi dengan anaknya dalam kandunganku.

"Yong. Sebab tulah awak sakit hari ni, itu morning sickness." Aku cuba mencapai wajahnya, dan pipinya basah. Taeyong menangis.

Lekas-lekas aku menarik wajahnya.  "You crying? " Tanyaku. Dan memang betul, wajah Taeyong berlinangan air mata. Buatkan aku turut sendu.

"No honey, im happy." Jawab Taeyong seraya menarik aku ke dalam pelukannya. 

"Walaupun selama 9 bulan saya kena alami morning sickness ni, saya sanggup. Kita jaga sama-sama our kinder joy."

Kinder joy, gelaran diberi. Anak ini akan membawa kebahagiaan dalam keluarga kecil kami yang bakal terbina.

[ End POV ]

------

sorry if tak best
apapun, enjoy reading 🙋
thanks sebab singgah di fanfic ni.

tysm kepada yang support saya,
rajin vomments  even fanfic
ni agak hambar dan cringy.

jenguklah fanfic nct saya yang lain
1) Sir Mark - Mark.                               
2) Captain Jaehyun -Jaehyun.       
3) Annoying Boyfriend - Doyoung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro