PT : SC. I
(( SPECIAL CHAPTER ONE ))
------
[ Taeyong POV ]
Aku dan Minseo honeymoon ke Jepun. Dalam dua minggu sahaja, sebab aku akan kembali sibuk dengan pekerjaanku. Itulah nasib Minseo, dapat suami pilot.
"Yong, kita jadi jalan kan?" Tanya Minseo, dia sedang mengemas pakaian, packing barang semula sebab kami akan pulang esok pagi.
Aku sedang sibuk menguruskan 'something ' dengan laptop. Minseo diabaikan. Itu yang buatkan dia marah, ini dah masuk hari ketiga aku abaikan dia. Bukan sengaja.
"Yong..." Bahuku digoncang perlahan olehnya, bukan tak mahu menyahut tapi diri ini sibuk.
"Saya nak pergi tengok bunga api dekat Hanabi Shrine tu." Minseo sudah mencebik manja dengan merayu. Aku terpaksa mengalah, waktu malam sebegini— jam 8.
"Okay, mari kita pergi sana." Rambutnya diusap perlahan, Minseo sudah tersenyum girang.
Seraya dua kimono diambil dan aku pakai salah satunya. Satu lagi dah tersarung pada tubuh Minseo. Aku lihat, rambutnya dihurai.
"Rambut awak tu?" Tanyaku.
"Kenapa? Okay lah ni." Dia cuba betulkan rambutnya dengan memandang ke arah cermin. Memang kemas cuma.
Aku mengambil pengikat rambut atas meja dan ikat rambut Minseo, dia tak banyak songeh. Hanya akur.
"Let's go, Mrs. Lee !"
------
"Yong.."
"Yong, saya nak bunyikan gong tu."
Panggilan Minseo diabaikan, sementara menunggu acara bunga api dilepaskan. Kami berjalan-jalan disekitar Hanabi Shrine ini. Agak ramai pengunjung— ramai couple.
Aku terus-terus dengan handphone, panggilan dengan Doyoung.
"Tak tak. Dalam inggeris lagi bagus."
"Ha okaylah macam tu."
"Janganlah melampau sangat."
"Okay, aku letak fon dulu."
"Awak ni habis laptop, handphone, laptop, handphone! Saya awak tak layan !" Minseo merajuk kecil. Seraya berjalan menuruni tangga.
Aku mengejarnya dan bawa kembali ke arah gong itu. "Im sorry, okay? "
"Hm.."
"Kita pergi gong tu, mari." Aku tarik tangannya, berjalan bersama. "Lepastu, kita makan steamboat !" Tawarku.
Minseo akhirnya akur, dia kalau merajuk bukan lama. Senang nak pujuk— gunakan sahaja makanan. Dia akan kalah.
------
"Yong.. bangun !" Panggil Minseo, dia dah bersiap untuk pulang. Aku menggeliat kecil dari tidurku. "Nanti kita terlepas flight." Bahuku digoncang olehnya.
"Ekhem— Biarlah terlepas..." Kataku dengan suara serak baru bangun tidur.
"Mana bo— "
Badannya ditarik jatuh atas katil, tapatnya disebelahku. Seraya pinggangnya dipeluk. Seluruh wajahnya dikucup lembut sampaikan Minseo meronta-ronta minta dilepaskan.
"Yong ! Saya dah mandi lah !" Marah Minseo.
Aku tidak memperdulikannya, sebaliknya tubuh Minseo dipeluk erat supaya dia tidak larikan diri. "Kita balik naik jet peribadi." Kataku.
"APA !"
"Kenapa?"
"SAYA ADA ACROPHOBIA! "
------
"Huwaa !"
"Landing ! Yong landing ! "
"Yong ! Saya takut !"
Minseo menjerit ketakutan, perjalanan pulang semula ke ibu negara menaiki jet peribadi lepas dari honeymoon ke Jepun. Hanya kami berdua sahaja di dalam jet itu. Aku yang mengemudinya.
Minseo sudah terjerit ketakutan. Dulu, pasang angan-angan hendak terbang bersama orang yang dia sayang. Tapi, sekarang tengoklah— takut dengan ketinggian. Acrophobia.
"Yong ! Bila nak sampai ni huwaa." Minseo sudah merengek, lenganku dipeluk erat olehnya. Setakat pandang awan-awan di langit pun dia takut.
"Sabar sayang, sekejap lagi." Jawabku pendek, agak terhibur dengan perangai Minseo.
Rupanya, selama ini Minseo itu takut ketinggian. Salah satu fakta Minseo yang aku tak pernah tahu sejak dulu.
Dalam 30 minit perjalanan, tibanya di ibu negara. Aku sengaja tidak mendaratkan jet itu di tempat sepatutnya. Malah membawa Minseo pusing-pusing.
Minseo beranikan diri untuk melihat ke bawah, "Yong, bukan sepatutnya kita turun dekat sana?" Ditunjuknya kawasan lapangan di belakang.
Aku sekadar menghadiahkan senyum ke arah si isteri, Minseo hairan.
Seketika kemudian, sebuah pesawat jet peribadi satu lagi datang dan terbang ke arah depan jet peribadi kami. Sambil membawa bendera yang bertulis, ❛❛ Forever You'll Be Mine, Lee Minseo.❜❜
"Tae..Taeyong?" Reaksi Minseo agak terkejut, matanya tak terlepas dari pandang pesawat dihadapan kami. Kemudian memandang aku.
"Awak yang buat semua ni?"
Aku mengangguk, tak lama kemudian. Jet peribadi mendarat di lapangan luas. Aku keluar bersama Minseo.
"Maaf, tiga hari saya sibuk dengan laptop, dan handphone. Sebab saya rancang semua ni dengan Doyoung." Jelas ku, seraya Minseo memeluk erat tubuhku. Pelukan berbalas.
"Tak sangka saya, ada pilot romantik macam awak ni."
Doyoung yang baru turun dari pesawat yang aku sewa tadi memandang ke arah kami, aku melambaik tangan dan mengecode dia untuk pergi jauh dari kami. Kacau daun !
"So, wanna fly with me around the world ?" Tanyaku, dalam fikiran aku dah rancang akan bawa Minseo terbang jelajah dunia.
Dan tak sangka, Minseo mengangguk.
"Yes, but.. " Minseo menjedakan katanya, "Saya taknak naik jet lagi, saya takut tau!"
"Okay, Mrs. Lee !"
[ End POV ]
------
enjoy reading, maaf kalau tak best :^)
unlock next special chapter :: 20 votes + 20 comments + 3k readers HOHOHO
next special chapter will be long and contains many words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro