E. XVI
"Doktor, keadaan dia macam mana sekarang?" Tanya Hyunjae. Dia kini berada di hospital turut bersama Minseul yang pengsan tadi.
"Dia alami gastric," Terang Doktor Juyeon. "Tolong jaga pola makannya, jangan skip makan, atau makan lambat." Terangnya lagi.
Bahu Hyunjae ditepuk oleh Doktor Juyeon perlahan. "Itupun, kalau awak sayangkan girlfriend awaklah."
Hyunjae terdiam. Doktor lelaki ini sudah salah faham. Malas nak berdalih panjang, Hyunjae sekadar mengiyakan. "Ah- baiklah, saya faham. Terima kasih doktor." Kedua tangan mereka berjabat.
"Sekarang awak dah boleh lawat dia."
Hyunjae memutar bola matanya kesal. Kalau boleh, dia tinggal sahaja Minseul dalam wad. Tapi rasa bersalah menyelubungi dirinya. Hyunjaelah yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi dengan Minseul sekarang.
------
Minseul memutarkan badannya, menghadap ke sisi lain. Tidak mahu melihat muka Hyunjae. Dia sakit hati dan cukup terasa dengan kata-kata Hyunjae malam itu.
Buat masa sekarang, dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu. Walau dia tahu, Hyunjaelah yang membawanya ke hospital ini.
"Hei.." Panggil Hyunjae. "Aku bawa makanan."
Refleks Minseul duduk bersandar atas kepala katil. Dengar sahaja perkataan makanan, dia nombor satu. Hyunjae membawa bubur yang dibelinya di bawah tadi. Namun, Minseul kembali memutar badannya membelakangi Hyunjae.
Dahi ditepuk, salah apa lagi Hyunjae kali ini?
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro