E. XV
Minseul masih berkurung dalam biliknya, matahari sudah naik memuncak dia masih belum bersarapan juga. Sebab apa? Sebab Hyunjae ada di rumah hari itu.
Minseul ambil cuti dengan alasan akan berpindah rumah. Padahal, di hanya menyibukkan dirinya dalam bilik dengan skrin warna-warni, coding untuk melupakan pertengkarannya dengan Hyunjae semalam.
Laptopnya ditutup, sudah jam 2 petang. Minseul menekap telinga pada dinding pintu. Sebaik sahaja tiada kedengaran bunyi di ruang tamu. Dia memulas tombol pintu untuk keluar. Lapar.
Fikirnya, Hyunjae sudah keluar. Tapi, sangkaannya meleset. Hyunjae duduk dibalkoni dengan lembaran kertas kerja. Minseul buat-buat lelaki itu tidak wujud sama sekali, dan cuba cover line untuk pergi tandas, padahal niat awalnya hendak ke dapur.
"Makan makanan atas meja tu sebelum basi." Jerit Hyunjae dari balkoni. Kemudian, kelibat Minseul datang semula berjalan ke biliknya dengan tangan kosong. Sangka Hyunjae, gadis itu akan mencuri snack.
Hyunjae berganjak berdiri, dia nak suruh Minseul untuk makan. Kalau sakit nanti, dia juga yang su-
"Hey, bangun!" Bahu gadis itu digoncang kuat, gadis itu sudah jatuh tersungkur atas lantai. Pengsan. Tanpa membuang masa, talian kecemasan dihubungi. Harapnya, tiada apa yang berlaku dengan Minseul.
Jujur, Hyunjae rasa bersalah memarahi gadis itu.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro