Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

E. XIII

Hyunjae berjalan menuju ke arah tandas. Sedia maklum, tandas hanya ada satu sahaja di apartment itu. Hyunjae rusuh, hari ini dia perlu menghadiri sebutan semula kes anak guamannya.

Minseul baru keluar dari biliknya, ingin ke tandas juga untuk ke pejabat hari ini. Namun, Hyunjae sudah masuk terlebih dahulu. Minseul teringat akan sesuatu. Wajahnya merona merah.

Minseul berlegar-legar di ruang tamu. Berjalan ke hulu ke hilir, dalam hatinya dia agak risau. Risau dimarah oleh Hyunjae lagi. Sebenarnya, Minseul boleh sahaja melawan namun dia tahankan saja. Takut disepak keluar dari apartment Hyunjae.

Tak lama kemudian, Hyunjae keluar dengan baju sleeveless, tuala kecil digantung di bahu, rambut beracak yang sedikit basah. Seksi dan seksa. Menyeksakan sesiapa yang memandangnya saat ini.

Minseul membatu di tempat di tempat dia berdiri. Pandangan bertemu dengan mata Hyunjae. Lelaki itu berjalan melintasinya bagaikan tiada apa yang berlaku.

Minseul menghela nafasnya lega.
Dia tak nampaklah tu, nasib baik.

"Ambil barang kau dalam tandas tu." Dari dalam bilik, Hyunjae menjerit kecil.

Minseul menekup wajahnya. Bolehnya dia lupa akan benda penting itu- underwearnya direndam dalam besen, dia lupa nak ambil.

Mahu sahaja dia nyah dari bumi ini daripada bertemu dengan Hyunjae disebabkan perasaan malu atas kecuaiannya sendiri itu. Tapi, malang. Mereka kini tinggal di bawah bumbung yang sama.

➳❥ tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro