Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

E. VI

Hyunjae masuk semula ke kelasnya, selepas merayap sebentar ke kelas yang lain. Matanya tertumpu atas meja Minseul.

Gadis kecil itu tiada di situ, hanya ada buku nota pink nya atas meja. Tanpa membuang masa, Hyunjae berganjak ke arah meja Minseul dan mengambil buku nota pink itu.

Diisinya dalam beg sekolahnya, dan berjalan keluar kelas. Melarikan buku orang - atau dalam erti kata lain, mencuri buku Minseul yang terkandung kenangan terakhir dengan sekelasnya.

Hyunjae tetap nakal. Sama dengan Minseul yang tiada niat hendak berbaik dengannya. Meduanya sama ego, ego melangit. Selagi tiada satu dari mereka tampil mengalah, selagi itulah mereka tetap bermusuhan.

Tapi, sampai bila?

------

Minseul menangis, sedih sebab buku kenangan terakhirnya itu hilang. Nak tuduh Hyunjae, tapi tiada buktinya. Lagipun, Hyunjae sudah pulang awal dari Minseul selepas majlis tadi.

Minseul berjalan kaki, pulang bersendirian tanpa teman. Dengan perasaan sedih mahu sahaja air matanya gugur tetapi, dia malu dengan kereta yang lalu lalang.

Mata yang menakung butiran jernih itu disapu lembut, tapi tetap sahaja kakinya melangkah. Tanpa sedar, sebuah kereta memecut laju.

Hampir sahaja Minseul terlanggar, namun badannya ditolak ke dinding tembok taman perumahan.

"Bodoh! Jalan pakai mata!"

➳❥ tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro