Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

E. V

Hari terakhir sesi persekolahan, selepas ini Minseul akan melangkah ke college life.

Sebelum beredar dari kelas, dia nekad untuk mengumpulkan tanda tangan dan sedikit ucapan masa depan untuknya. Sebagai kenangan, yang disematkan dalam sebuah buku nota yang dipeluknya saat ini.

16 daripada 18 sudah siap. Bahkan, sudah 5 lembar kertas dipenuhi dengan wish rakan sekelasnya itu. Selepas ini, mereka akan bertukar status kepada bekas rakan sekelas.

Tinggal satu sahaja lagi, Lee Hyunjae.
Minseul menggeleng-gelengkan kepalanya. Hyunjae tidak perlu, sebab tak penting pun.

Siapa tahu, Hyunjae akan tulis ejekan dalam buku nota Minseul nanti. Minseul sudah masak dengan perangai si nakal itu. Lagipula, mereka berjiran dan tinggal satu lorong taman perumahan.

Minseul meninggalkan sebentar buku nota pastel pink dan pennya itu tas meja sebelum keluar. Ingin ke tandas ditemani oleh Yuqi.

Yuqi membuka bicara sambil mereka berjalan, "Minseul, awak belum minta tanda tangan Hyun- "

" -Ah, dia tak penting pun. Nanti yang dia tulis itu semuanya perkataan yang menyakitkan hati. Baik tak payah." Pintas Minseul sebelum menghilang ke tandas perempuan.

Yuqi menggeleng lemah. Sudah tamat sekolah pun, mereka berdua tiada niat untuk berbaik. Sampai bilalah nak bermusuhan? Mungkin, tunggu hujan emas turun dari langit, barulah Hyunjae dan Minseul akan berbaik.

➳❥ tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro