E. IX
Minseul marah sekali. Ditolaknya dada lelaki itu, Hyunjae terundur tidak mahu melawan dan hanya melayan Minseul yang membebel dan mencarut.
Hyunjae sudah tidak tahan. Dipegangnya kedua bahu si pendek itu, refleks Minseul berhenti dari memukul Hyunjae. Kedua mata mereka saling bertentangan.
"Teruskan marah, Saya suka dengar awak membebel."
Minseul terdiam, dan bergumam dalam hati kecilnya.
Ini orang gila apa? Suka kena marah, kena bebel, kena carut? Dia ni salah makan ubat atau salah ambil suntik?
" Sebab ini hari terakhir saya di sini."
------
[ After a few years. ]
Hyunjae selamat tiba di Incheon International Airport. Pengajiannya di Norway dalam jurusan undang-undang telah tamat. Dia sudah bergelar pendakwa raya. Hari esok, dia akan mula bekerja di Firma Guaman Aeryeonjeong.
Dia melangkah masuk ke dalam Audi A6 Hitam yang sedia diparkir. Puan Lee menunggu anaknya pulang ke tanah air. Segara dipeluk wanita baya umur itu, melepas rindu. Pelukan juga berbalas.
"Esok, Hyunjae dah mula kerja kan?"
Hyunjae mengangguk.
"Hari ni, kita bersihkan apartment baru tu." Ajak ommanya, dan kereta memecut laju ke rumah mereka.
------
Rumah jiran sebelah diperhati Hyunjae lama. Banyak berubah tidak seperti sebelum ini. Adiknya, si Minseul- Minwoo juga dah besar.
"Minseul tak ada kat rumah mereka. Dia dah pindah ke Seoul, sebab kerja kat sana."
"Hari dah nak mendunglah, omma."
"..."
Mengingatkan nama Minseul, membuatkan dia ingat semula gadis yang telah menghancurkan hatinya tahun lalu.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro