E. III
Daewon Foreign Language High School.
Minseul duduk ditangga berdepan padang sekolah bersama rakannya - Yuqi, Somi, dan Dino. Mereka mengulang kaji pelajaran yang kurang difahami.
Cikgu Haha yang menerangkan sewaktu kelas tadi langsung tidak dapat ditangkap oleh mereka, kecuali Minseul. Fizik itu bagaikan 'makanan' baginya.
"Yang ini, kena kira guna persamaan Einstein dulu." Terang Minseul. Bab radioaktif. "E=Mc²"
"Macam mana nak buat ni, haish saya kurang fahamlah." Dino menggaru-garu kepalanya. Lagi-lagi jawapan yang diperolehnya adalah perpuluhan dan panjang. Bertambah pening dia.
"Oh yang ini pula, guna konsep pelakuran nuklear- "
"Oi ke tepi!" Jerit suara dari kejauhan, berempat sahabat itu menoleh. Bola sepak yang meluru tepat ke arah mereka. Paling tepatnya, sasaran tepat ke Minseul.
Somi, Yuqi, dan Dino sudah melarikan diri. Mereka lupa, Minseul yang terduduk di tangga tadi. Minseul memejamkan matanya menahan muka dengan kedua lengannya.
Biarlah badan kena bola, asal jangan muka. Gumam hatinya, itulah prinsip Minseul. Yang penting, bukan mukanya yang calar. Nanti tiada yang mahu dengannya.
Hyunjae yang berdiri bersandar di tiang dinding tembok itu berlari cepat dan menangkap bola sepak itu. Dengan satu tangan sahaja bola itu sudah berada dalam tangannya.
"Bodoh! Siapa yang tendang bola ni tadi?"
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro