E. II
Minseul melepaskan keluhan berat, wajahnya diraup kasar. Ini bukan kali pertama dia mengalami nasib sebegini. Bahkan dari zaman tadika lagi dia selalu dikenakan oleh si nakal Hyunjae.
Waktu di tadika, Minseul terdudukkan bekas chewing gum yang sudah habis dikunyah dan hilang rasanya itu atas bangkunya. Habis seluar sukannya rosak.
Hari ini pula, buku teks yang diletak di laci bawah mejanya terletak dengan chewing gum. Memang tiada pelaku yang lain- Hyunjae si nakal.
Buku teks Inggeris itu diperhati lama. Habislah Minseul kalau diketahui oleh Cikgu pengurus Skim Pinjaman Buku Teks, perlu membayar ganti rugi sebab buku itu belum dibungkusnya lagi.
"LEE HYUNJAE!"
Habis bergegar satu sekolah sampaikan dinding tembok batu pemisah sekolah dengan jalan raya itu bertambah retak disebabkan frekeunsi gegaran jeritan oleh Minseul mengalahkan gempa bumi skala Ritcher angka 5.
Semua pelajar dikelas 5-B2 memerhati Minseul yang berjalan ke adah meja Hyunjae. Orangnya menghilang- atau sengaja menghilangkan diri. Takut akan Minseul sudah berubah jadi singa betina.
Kaki meja tempat Hyunjae ditendang kuat. Patah kaki meja itu. Minseul tertawa jahil. Adalah nanti orang belajar atas lantai. Gumam hati jahatnya.
Pelajar yang memerhati Minseul dipandangnya tajam seorang demu seorang. "Apa pandang-pandang, ada hutang?" Soalnya dengan nada ugutan.
Refleks 18 orang pelajar dikelasnya menunduk kerana takut.
"A- awak cantik sangat, sebab itulah saya pandang."
"Kami janji! Takkan bagitahu Hyunjae awak buat meja dia patah."
"Kami takkan bagitahu Jongkook-ssaem juga."
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro