E. I
Whimoon Middle School.
"Bagi balik!"
"Tak nak, selagi awak tak cakap yang saya ni kacak."
Minseul bercekak pinggang, Hyunjae pula melipat kedua tangan di dadanya sambil buku nota dikepit di ketiaknya.
Ee pengotor, bau ketiaklah buku nota sains aku. Ratap hati Minseul. Setiap hari ada sahaja Hyunjae datang menganggunya.
"Tapi, awak tak kacak langsung. Dahlah hidung pesek, muka pun tak siap- Aww sakitlah!" Minseul berkata jujur.
Hyunjae yang merengus geram menarik rambut tocang berkuncir dua gadis kecil itu. Minseul memukul-mukul lengan Hyunjae dan tocangnya dilepaskan juga.
"Eleh sendiri hidung pesek, hingus lap dekat lengan baju." Ejek Hyunjae. Cerita zaman tadika diungkit balik.
Minseul bertambah berang, "Bagi balik buku nota sains saya tu! Sebelum saya- " Katanya dipintas.
Oleh Hyunjae. " -Awak takkan dapat kejar sayalah lembik." Dan berlari keliling garden sekolah.
Minseul betul-betul naik berang, dikejarnya Hyunjae sampai dapat. Dan sempat mencapai kolar baju budak lelaki nakal itu.
Langkahnya mengundur. Menarik Hyunjae yang tersejat nafas sebab ditarik kolar baju seragamnya. Boleh mati anak orang dibuatnya oleh Minseul ni.
Dush!
Kaki keduanya masuk dalam longkang. Habis kasut sekolah putih itu berubah warna menjadi hitam bercampur lumpur kebiruan. Dan, berbau longkang.
"KAMU BERDUA BALIK RUMAH !" Jerit Jongkook-ssaem, president sekolah itu sambil meraup wajahnya kasar. Ada sahaja yang ditelagahkan oleh dua kanak-kanak ini.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro