Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

IAN VALENTINA [7]


Sudah seminggu Valentina berada di rumah agam milik Hydrian dan seminggu itu juga dia terkurung di dalam biliknya. Kaki kanannya pun sudah beransur pulih tetapi masih terasa sengal-sengal. Hari ini sudah masuk hari ketiga Hydrian tidak datang ke biliknya. Ke mana lelaki itu pergi ?

" Kenapa dengan kau ni, Valentina." Valentina mengetuk perlahan kepalanya. Mahu mengusir bayangan Hydrian di fikirannya. Makin diusir makin datang. Hydrian betul-betul memberi impak yang besar terhadap dirinya. Bibirnya disentuh. Masih terasa hangat kucupan Hydrian. Ciuman pertamanya.

Dia teringatkan Arman. Sahabat baiknya dari kecil tetapi disebabkan satu kejadian persahabatan mereka terputus begitu sahaja. Ya, Arman mempunyai perasaan terhadapnya dan disebabkan Valentina banyak terhutang budi dengan Arman, dia menerima Arman sebagai teman lelakinya walaupun dia langsung tidak mencintai lelaki itu. Dia berasa serba salah untuk menolak Arman.

" Fikir apa tu ?"

Satu suara milik seorang perempuam mengejutkan dirinya yang termenung jauh itu. Valentina menoleh ke belakang.

Mia.

" Fikirkan Hydrian ke ?" usik Mia lalu mengambil tempat di sebelah Valentina.

" Eh tak tak !" cepat-cepat Valentina menafikan kata-kata Mia.

" Mana ada. Saya tak rindukan dia pun."

" Saya tak cakap awak rindukan dia." Mia sudah tersenyum nakal. Ketawa yang hampir meletus cuba ditahan. Tetapi melihat wajah Valentina yang memerah menahan malu itu membuatkan Mia ketawa terbahak-bahak.

" Why you are so cute, Valentina ?" Mia mengelap hujung matanya yang sedikit berair itu. Perutnya ditekan. Sakit perut mengetawakan Valentina.

Valentina pula makin segan dengan Mia yang mengetawakan dirinya itu. Macam mana dia boleh terlepas cakap macam tu sedangkan Mia adalah teman wanita Hydrian.

" Saya minta maaf." Valentina mula rasa bersalah. Sungguh dia tidak rindukan Hydrian. Mia cuma salah faham.

" Hey, relaks ! No need to sorry." Mia masih tidak tahu bahawa Valentina yang sebenarnya salah faham hubungannya dengan Hydrian.

" Saya tak nak awak sa-"

" Jom keluar ?!" ajak Mia teruja. Melihat Valentina yang asyik terkurung di dalam bilik membuatkan dia berasa kasihan terhadap Valentina.

" Keluar pergi mana ?"

" Keluar dari bilik ni lah. Kesian I tengok you terkurung je dalam bilik." mendengar kata-kata Mia membuatkan Valentina sedikit teruja. Tetapi teruja itu tidak lama selepas dia teringatkan amaran Hydrian.

" Kau ingkar arahan aku, aku rogol dan sembelih kau!"

Valentina menolak ajakan Mia. Dia takut dan dia tak mahu lelaki itu mengamuk lagi. Cukup lah dengan kejadian tempoh hari yang masih segar dalam ingatannya.

" Saya tak nak. S..saya t..takut." Valentina menggeleng takut dan menunduk. Mia pula sudah mengutuk Hydrian   di dalam hatinya. Apa yang lelaki itu buat sehingga gadis ini begitu takut ?

"Takut apa ? Hydrian ? Tak perlu risau lah. Saya dah mesej dia dan dia benarkan." Mia cuba menyakinkan Valentina.

" T..tapi.. Macam mana ka-"

" No excuse! Jom." Mia menarik tangan Valentina menyuruh gadis itu bangun. Valentina hanya menurut walaupun dia terpaksa. Takut benar dia dengan Hydrian.

"Mia, saya takut." Valentina cuba menarik kembali tangannya daripada pegangan Mia.

"It's okay. Hydrian dah bagi kebenaran. Dah jom !" Mia membantu Valentina berjalan keluar dari bilik.

Mia membawa Valentina ke bahagian belakang rumah agam Hydrian. Pintu dibuka dan Valentina melopong tidak percaya dengan pemandangan di depan matanya. Gunung-ganang yang menghijau dan padang rumput kehijauan yang luas serta taman kecil yang dipenuhi dengan bunga tulip yang tumbuh mekar tidak jauh daripada mereka. Terdapat juga sebatang anak sungai yang jernih airnya.

Sungguh cantik dan menenangkan.

Mia hanya tersenyum melihat Valentina yang kelihatan sangat teruja itu. Valentina berjalan terhincut-hincut menuju ke taman bunga tulip. Dia sangat sukakan bunga.

"Cantiknya bunga ni awak !" kata Valentina teruja. Seminggu dia tidak menjejakkan kaki ke tanah membuatkan adrenaline di dalam tubuh mengalir teruja. Kedua-dua belah tangannya didepa. Menghirup udara segar.

Mia hanya mengangguk kecil. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya lalu beberapa keping gambar Valentina yang tersenyum manis itu diambil. Gambar gadis itu dihantar kepada seseorang.

TING !

From Ian : Who give you the permission bitch ?!

Mia membaca dengan jengkel mesej yang dihantar oleh seorang lelaki bernama Ian.

"Valentina sini !" Mia menepuk kerusi panjang yang tersedia di bawah pokok pine menyuruh Valentina duduk di sebelahnya.

" Cantiknya. Saya tak pernah tahu tempat cantik sebegini wujud." puji Valentina. Matanya terlalu asyik melihat pemandangan di sekeliling. Sungguh memukau pandangannya.

"Sebab dia tahu citarasa awak." balas Mia perlahan sambil tersenyum. Valentina mengerutkan dahinya apabila dia tidak mendengar kata-kata Mia. Mia hanya menggeleng kepalanya. Masing-masing mendiamkan diri. Melayan perasaan sendiri.

"Valentina umur berapa ?" soal Mia mencecah kesunyian mereka.

"Saya umur 23 tahun. Awak ?"

"I'm 26, your big sister." Mia mengibas rambut panjangnya ke belakang.

"But don't call me kakak. I geli dan terasa tua." ujar Mia . Cermin make-up di bawa keluarnya lalu wajahnya dibelek.

"Awak cantik." puji Valentina ikhlas. Sememangnya Mia seorang yang cantik dan pandai bergaya. Terasa dirinya kerdil sahaja jika dibandingkan dengan Mia.

"I know i'm pretty. No need to tell." lipstick berwarna nude digoles sedikit ke bibirnya lalu dikemam. Valentina ketawa kecil mendengar jawapan dari Mia.

"Terima kasih, Mia."

"For what ?" lipstick disimpan ke dalam begnya. Dia memandang Valentina menunggu jawapan.

"Sebab sudi berkawan dengan saya." Valentina tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit yang dalam di pipi kanannya itu.

"What are you talking about ? Since when I setuju berkawan dengan you ?" Mia sengaja menayang riak wajah jijik terhadap Valentina. Mahu melihat reaksi gadis itu.

Valentina hanya menunduk setelah mendengar jawapan dari Mia. Ya, dia lupa dia siapa. Dia hanya lah seorang gadis malang dan tidak mempunyai kehidupan  seperti orang lain. Inikan pula dia berharap si Mia itu mahu menjadi kawannya.

"Saya minta maaf." perlahan tetapi masih didengari Mia. Sayu saja suara Valentina. Mia yang hanya niat untuk bergurau itu berasa serba salah. Ya, dia tahu Valentina mengalami kemurungan yang agak serius dan selalu berasa rendah diri. Dia selalu tidak yakin dengan diri sendiri dan mudah menangis.

"I'm just joking, Valentina. Don't take it serious." kepala yang tidak gatal digaru. Valentina hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak, saya faham. Saya sedar saya siapa. Awak tidak perlu berasa bersalah." kata Valentina sambil tersenyum nipis. Dia tidak mahu meminta belas kasihan Mia.

"You buat I rasa bersalah. I'm sorry, I cuma gurau jer. Of course, I want to be your friend. Kalau tak, I tak akan melawat you and bawa you datang sini. Am I right ?" Mia cuba meyakinkan Valentina. Sungguh dia mahu berkawan dengan Valentina. Tangan mulus Valentina dicapainya.

"Betul awak mahu berkawan dengan saya ?" soal Valentina sedikit gembira. Mia mengangguk laju lalu memeluk tubuh kurus Valentina.

"Terima kasih, Mia. Saya gembira sangat awak mahu berkawan dengan saya. Terima kasih." pelukan Mia dibalasnya. Sungguh dia terharu dan gembira apabila Mia mahu berkawan dengannya. Nanti ada lah juga teman berbual.

"Sama-sama. Sudah jangan sedih-sedih. I gurau je tadi." Valentina mengangguk faham.

"Haihh kenapa pula ni ? Muram pulak muka tu." soal Mia   apabila melihat wajah Valentina yang kembali muram itu.

"Saya.. Rindukan nenek saya." Valentina berkata sayu. Air matanya mula bertakung apabila memikirkan tentang nenek. Pasti neneknya itu mencari dirinya.

"Nenek.. Nenek saya sakit." Mia memandang Valentina yang menunduk itu dengan penuh kasihan. Tapi di dalam hatinya, dia tidak habis mengumpat si Hydrian. Ini semua salah lelaki itu. Perbuatan tidak mengena cara.

"Pasti dia cari saya.. Kenapa H..hydrian c..culik saya ?" Valentina mula menangis teresak-esak. Sumpah dia terlalu rindu dan risaukan neneknya. Bagaimana dengan keadaan neneknya ? Adakah dia sudah sihat ?

"Shhh jangan menangis." tubuh Valentina dibawa ke dalam pelukannya. Belakang gadis itu diusap seperti seorang emak menenangkan anaknya yang menangis. Dia tahu sebab Hydrian menculik Valentina tetapi dia tidak tahu apa rancangan Hydrian yang seterusnya. Ini semua demi keselamatan Valentina.

"Kenapa hidup saya macam ni ? Saya dibuang keluarga dan dituduh membunuh nenek saya sendiri. Kenapa saya ? Kenapa hidup saya begitu malang ?" makin kuat tangisan Valentina sehingga terhinjut-hinjut bahunya.

Mia tidak menjawab malah hanya setia mendengar luahan perit gadis itu. Ya, dia tahu segala sejarah hidup Valentina yang penuh dengan duka lara. Tiada ibu bapa, tidak berpelajaran dan dibuang keluarga. Jika Hydrian menemui Valentina lebih awal pasti semua ini tidak akan terjadi. Ya, Hydrian terpaksa menculik Valentina kerana satu rahsia. Valentina yang sebenarnya bukan seperti ini.

"S..saya minta maaf." ucap Valentina setelah lama menangis di dalam pelukan Mia. Terasa sedikit lega apabila dia dapat meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya selama ini.

Mia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Rambut Ventina diusap. Dia sudah menganggap gadis ini sebagai adiknya sendiri sedangkan dia pun hanyalah anak tunggal.

"Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Valentina. Jangan salahkan takdir. Takdir yang membawa you bertemu dengan Hydrian. Pasti ada sebab kenapa dia culik you macam ini ? Hydrian ada sebab tersendiri nanti you akan tahu perkara sebenarnya. Hidup you yang sebenar bukan seperti sekarang. Trust me, Valentina." bingung Valentina cuba memproses kata-kata Mia.

Perkara sebenar ? Jadi dia diculik bukan kerana hobi suka-suka Hydrian ? Naif Valentina berfikir. Mudah sungguh gadis ini tertipu.

"Perkara se-"

"Jom masuk ! Sejuk niiiii." kata Mia meleret sambil memeluk tubuhnya yang agak menggigil itu padahal cuaca pada ketika itu elok sahaja.

"Jom masuk ! Sejuk niiiii." kata Mia meleret sambil memeluk tubuhnya yang agak menggigil itu padahal cuaca pada ketika itu elok sahaja. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Valentina bangun dari duduk dan terhincut-hincut mengejar Mia yang semakin menghilang itu. Tiba sahaja di muka pintu, Valentina mula berasa keliru. Terdapat dua lorong. Kiri atau kanan ? Sungguh dia lupa jalan yang dia lalui tadi bersama Mia. Kepala yang tidak gatal digaru. Kakinya melangkah ke lorong sebelah kanan.

"Mia ! Mia !" sepi. Bulu romanya mula meriding. Dia mula mahu menangis. Lorong ini sungguh sepi dan sunyi. Hanya dia seorang sahaja yang berada di lorong itu ketika ini.

Sudah banyak kali dia menjerit memanggil Mia tetapi tiada sahutan. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah pintu yang sudah buruk berada tidak jauh darinya. Mungkin itu pintu masuk ke dalam rumah. Dia berjalan terhincut-hincut menuju ke pintu tersebut sebelum dia terdengar suara orang sedang bercakap. Valentina terasa sedikit lega. Bermakna dia memasuki lorong yang betul.

Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu, tiba-tiba mulutnya ditekup dan tubuhnya dipeluk kasar dari belakang. Valentina yang terkejut itu meronta-ronta dan cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Tubuhnya ditolak kasar ke dinding. Air mata sudah mengalir ke pipi. Tubuh menggigil ketakutan. Matanya dipejam rapat.

" Open your eyes !" suara garau milik seorang lelaki menyapa gegendang telinga Valentina.

Suara ini...

"Aku cakap buka mata kau, Valentina !" suara Hydrian sudah berubah menjadi keras. Giginya diketap.

Dia sendiri tidak tahu bagaimana Valentina boleh sampai ke sini dan nasib baik dia sempat menahan Valentina daripada masuk ke bilik tersebut. Jika tidak, habis terbongkar semua perbuatannya.

Perlahan-lahan Valentina membuka matanya walaupun takut-takut. Takut lelaki itu mengamuk. Wajah garang Hydrian menyapa matanya. Mati dia kali ini.

" Kau buat apa dekat sini ?!" soalnya dengan suara di celah-celah gigi. Matanya tajam mencerlung Valentina.
Valentina diam terkutik. Dia sungguh takut dan gerun apabila melihat wajah ketat milik Hydrian. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia sungguh lemah apabila berhadapan dengan jejaka kacak ini.

Hydrian meraup wajahnya kasar. Melihat gadis genit ini menangis sedikit sebanyak membuatkan dia terasa sedikit bersalah. Suka sangat menangis.

"Stop crying."

Valentina masih lagi menangis tanpa menghiraukan kata-kata Hydrian. Hydrian mula hilang sabar tetapi ditahannya. Kedua-dua belah tangan Hydrian diletakkan di sisi kepala Valentina. Mengepung gadis itu.

"I said stop crying !" kata Hydrian dengan suara dicelah gigi. Giginya diketap rapat.

Mendengar suara Hydrian yang berbaur arahan tegas itu terus membuatkan Valentina berhenti menangis. Hydrian tersenyum sinis. Dagu gadis itu dicengkam dan membuatkan mata berair Valentina bertembung dengan sepasang mata cantik milik Hydrian.

"Kau buat apa kat sini ?" soal Hydrian tenang. Air mata yang masih tersisa di wajah cantik Valentina dilap dengan menggunakan ibu jarinya.

"S..saya..saya minta maaf." ujar Valentina perlahan. Dia cuba melarikan anak matanya dari bertembung dengan mata tajam Hydrian tetapi Hydrian melarang.

"Look at me! Aku tak nak dengar kata maaf daripada kau. Aku tanya apa kau buat kat sini ?" lembut tapi tegas.

" Saya sesat. S..saya tak tahu j..jalan keluar." perlahan saja gadis itu bertutur tapi masih mampu didengari Hydrian.

"Siapa benarkan kau keluar dari bilik kau ?" nada suara Hydrian mula berubah menjadi garang. Cuba menakutkan gadis dihadapannya.

Valentina mengetap bibirnya. Jika dia memberitahu Hydrian yang Mia mengajaknya keluar pasti wanita itu akan dimarahi.

"S..saya. Saya yang pujuk M..mia bawa saya k..keluar. Saya minta m..maaf." Valentina menunduk melihat lantai. Dia tidak mahu Mia dimarahi dan dia akan kehilangan sahabatnya. Baik Hydrian memarahi dirinya saja.

Hydrian tersenyum sinis mendengar jawapan Valentina walhal dia sudah tahu perkara sebenar. Masih mempertahankan orang lain walaupun diri sendiri tidak bersalah. Gadis ini terlalu..baik.

Rahang Valentina dicengkam kasar. Terdongak Valentina sehingga dia terpaksa menjijit kakinya. Hydrian meneguk liur kasar apabila melihat wajah Valentina yang seakan-akan bersinar itu. Matanya turun melihat bibir merah merekah yang sedikit terbuka itu.

Shit !

"Kau buat aku tak tahan, sweetie." kata Hydrian dengan suara yang tertahan-tahan. Valentina hanya terkebil-kebil.

Terus sahaja bibir mungil Valentina diciumnya. Valentina hanya kaku dan terkejut. Matanya berkedip laju. Otaknya ligat memproses apa yang telah berlaku. Kedua-dua belah tangan kecilnya cuba menolak dada bidang Hydrian tetapi Hydrian cekap menahan tangan Valentina ke dinding. Hydrian melepaskan ciumannya.

"Kiss me back."

Hydrian menyambung kembali ciumannya tetapi kini lebih lembut. Kedua-dua belah tangan Valentina yang ditahan di dinding tadi kini melingkar di leher Hydrian. Perlahan-lahan mata Valentina tertutup khayal dengan ciuman lembut yang diberikan oleh Hydrian. Hydrian tersenyum sinis. Hydrian menukar posisi kepalanya ke kanan dan ciuman mereka bertukar lebih agresif. Menyedari Valentina sudah tidak cukup nafas, Hydrian melepaskan ciumannya.

Valentina tercungap-cungap mencari nafas. Wajahnya merah seperti tomato terbakar. Gila. Macam mana dia boleh khayal dengan ciuman jejaka misteri ini ? Sekarang dia langsung tidak dapat melihat wajah Hydrian. Malu.

"You are so good, baby." nakal Hydrian mengusik Valentina lalu mengucup pipi gebu Valentina. Mahu saja dia merasmikan gadis ini menjadi miliknya sekarang juga tetapi rancangannya masih jauh.

Gadis ini hanya milik dia. No one can touch her except me.

--------------------------

Valentina menampar pipinya berkali-kali apabila dia masih tidak dapat melupakan ciuman Hydrian petang tadi. Seakan-akan masih terasa lembut dan panas lagi ciuman di bibirnya. Bibir merahnya dipegang serta-merta darah menyerbu ke muka. Merah.

Ya, ciuman pertamanya. Jejaka itu sudah mengambil ciuman pertamanya yang disimpan untuk si suami nanti. Walaupun dia pernah bercinta dengan Arman tetapi dia tidak pernah membiarkan lelaki itu menyentuhnya lagi-lagi mencium bibir. Dadanya dipegang. Jantungnya berdegup kencang. Dia sendiri tidak mengetahui mengapa jantungnya selalu saja berdegup kencang bagai nak tercabut dari kantung apabila bersemuka dengan jejaka bernama Hydrian itu.

"Stop it, Valentina."

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Cuba menenangkan jantungnya itu. Kalau hari-hari macam ini boleh mati dia terkena serangan jantung. Bantal ditepuk lalu dia membaringkan tubuhnya ke katil.

Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya, tiba-tiba dia terasa pinggangnya dipeluk seseorang dari belakang. Baru sahaja dia ingin menjerit terkejut, satu suara garau berbisik ke telinganya.

"It's me, sweetie." bisik Hydrian lalu mencium belakang telinga Valentina. Jelas terasa tubuh Valentina yang menggigil itu.

"A..apa awak buat ni ?"

"Just sleep, Valentina."

Hydrian makin mengeratkan pelukannya. Tubuh Valentina yang tidur secara mengiring itu ditariknya rapat ke tubuh sasanya. Valentina jelas terasa kehangatan tubuh jejaka itu.

"T..tapi aw-"

"Kau cakap lagi aku potong lidah kau."

Terus terdiam Valentina. Mengantuk yang menghantui diri terus membuatkan Valentina tidak hirau lagi dengan Hydrian. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.





Selamat malam, Valentina.














~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Hari Raya Aidil Adha to all my muslim readers and my followers !❤

Raya tu raya juga but jaga diri and jaga keselamatan. Always patuhi SOP and pakai mask. Much love !❤🐥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro