Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

IAN VALENTINA [3]

PART 3.

Kelihatan seorang wanita yang berpakaian serba putih  berusia 40-an sedang berjalan ke arah seorang gadis di sebuah padang luas yang menghijau.

" Valentina.." tegur wanita tersebut sambil tersenyum manis.

Wajah wanita yang berdiri dihadapannya mirip seperti seseorang. Valentina cuba membalas sapaan wanita tersebut tetapi suaranya seperti tersekat di kerongkong. Dia mencuba lagi tetapi tidak berjaya.

Wanita tersebut hanya tersenyum lalu mencapai kedua-dua belah tangan mulus milik Valentina.

" Anak ibu, ibu yakin Valentina seorang yang kuat dan tabah. Bertahan sedikit lagi sahaja, hidup Valentina akan dihiasi dengan pelangi bersama dia. Hujan yang turun tidak henti-henti di dalam hidup Valentina akan berhenti selepas kamu berjumpa dia."

Valentina ralit memandang wajah mirip wanita yang mengaku sebagai ibunya ini. Air mata mula bertakung di tubir mata. Adakah wanita yang berdiri dihadapannya ini adalah ibunya? Sungguh cantik dan memukau. Lembut sahaja wanita itu bertutur membuatkan Valentina termangu sendiri. Tidak mengerti apa yang wanita itu cakapkan.

Siapa 'dia' yang wanita ini maksudkan ? Secara tiba-tiba sahaja, seorang lelaki tinggi lampai dan berusia dalam 50-an datang mencengkam tangan wanita tersebut. Wajah lelaki itu sungguh bengis tetapi Valentina tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas kerana pandangannya semakin kabur.

Valentina cuba menghalang lelaki itu dengan menolak tubuh sasa lelaki tersebut tetapi tidak berjaya kerana dia tidak dapat menyentuh tubuh lelaki tersebut.

Valentina memandang kedua-dua belah tangannya yang menggigil dan melihat lelaki tersebut mengheret wanita itu kasar yang kian menghilang di dalam kabus tebal. Dadanya sesak dan terasa seperti terdapat batu-batu besar menghempap dirinya!

Valentina cuba meminta tolong tetapi tidak berjaya. Suaranya tersekat. Dia cuba menahan kedua-dua belah matanya daripada tertutup sedaya-upaya tapi malangnya dia tidak dapat menahan lagi. Tubuhnya terasa perit dan berat. Perlahan-lahan matanya tertutup.

TUTT TUTT~

" Nurse! Nurse! " seorang lelaki menjerit memanggil jururawat lantang. Butang kecemasan yang terdapat di sebelah katil yang didiami oleh seorang gadis ditekan beberapa kali.

Tidak lama kemudian, beberapa orang jururawat dan seorang doktor bergegas masuk ke dalam wad.

" Encik, sila keluar dahulu. Kami mahu memeriksa keadaan pesakit." ujar seorang jururawat. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan. Terpaksa akur akan arahan jururawat itu.

" Pastikan dia selamat tak kira apa pun jadi !"

Pintu wad ditolak dan dia melangkah keluar. Iphone nya dikeluarkan daripada kocek jeans lalu nombor seseorang di dail.

" Hello, tuan !" serentak dia menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat apabila panggilan dijawab. Mungkin sudah menjadi tabiatnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Alan itu segera pergi ke arah seorang doktor yang keluar daripada wad itu tadi. Iphone nya masih melekap di telinga dan pembesar suara ditekan. Mahu tuannya mendengar apa yang dikatakan oleh doktor tersebut.

" Cik Valentina telah melepasi tahap kritikal dan sekarang dia dalam keadaan stabil. "

" Bila dia akan sedarkan diri?" soal Alan sambil mata tidak lekang melihat seorang gadis yang bernama Valentina yang terlantar sakit itu.

" Mungkin dalam masa terdekat ini. Encik, jangan risau sebab Cik Valentina sudah stabil sepenuhnya. Hanya menunggu untuk dia sedarkan diri dan kami akan lihat keadaan dia lepas dia sedarkan diri." terang doktor yang dikenali sebagai Fabrio panjang lebar.

" Okay, terima kasih." Alan masuk semula ke wad tersebut setelah doktor Fabrio tadi berlalu pergi.

" Awasi dia 24 jam. Esok aku sampai."

TUTT !

Terus panggilan dimatikan oleh tuannya tanpa mendengar balasan daripada Alan. Alan pula hanya sudah biasa dengan sikap dingin tuannya itu. Sudah masak dan langsung tidak ambil hati.

Wajah Valentina yang terlantar sakit itu dipandang lama sebelum dia mengeluh kasar. Jika dia sedar yang gadis di hadapannya ini mahu membunuh diri tempoh hari, pasti dia akan menghalang dan menyelamatkan gadis malang ini. Alan menyentuh tepi bibirnya yang pecah dan wajahnya lebam kebiruan akibat dipukul oleh majikannya.

He's a warrior.

                                      ***

Valentina membuka matanya perlahan-lahan dan menutup kembali matanya apabila lampu terang-benderang menyapa kornea matanya. Matanya dibuka sekali lagi dan jari digerakkan perlahan.

Adakah dia bermimpi atau adakah dia sudah mati ?

Dia melihat sekeliling dan dia kenal tempat ini apabila bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidungnya. Hospital. Adakah dia masih hidup ? Ya, dia pasti kerana tubuhnya terasa hangat dan tekaknya perit. Dia memandang segelas air yang terdapat di atas meja bersebelahan dengan katinya.

Valentina menggagahkan dirinya untuk bangun walaupun seluruh tubuh terasa sakit dan sengal-sengal. Dia mengetap bibirnya sebelum hujung jari sudah mencapai gelas itu. Malangnya, gelas yang mengandungi air itu jatuh berkecai di atas lantai. Valentina mengeluh perlahan. Tekaknya betul-betul terasa perit.

"A..ada sesiapa dekat l..luar ?" tergagap-gagap dia bercakap. Suaranya perlahan mana mungkin orang yang berada di luar akan mendengar suaranya.

Tiba-tiba, pintu wad di buka. Muncul seorang lelaki tinggi lampai dan bertubuh tegap masuk ke dalam bilik wadnya. Valentina memandang lelaki itu tidak berkelip.

" Nak air ?" jejaka bersuara serak basah itu menyoal apabila dia melihat gelas yang berisi air yang berkecai di atas lantai.

Tanpa menunggu jawapan daripada Valentina, lelaki itu membuka pintu kabinet dan sebuah gelas di ambilnya lalu mengisi air ke dalam gelas itu. Pintu kabinet ditutup semula dan berjalan ke arah Valentina. Punggung dilabuhkan di atas katil lalu segelas air dihulurkan.

" Air." ujarnya perlahan tapi masih mampu didengari Valentina.

Perlahan-lahan Valentina ingin mengambil gelas itu dengan tangan yang menggigil.

" Aku bantu." lelaki tersebut cuba membantu gadis dihadapannya meminum air apabila melihat tangan mulus yang menggigil itu.

Gelas itu sudah berada di hadapannya dan Valentina masih kaku. Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya.

"I said I'll help you."

Valentina mengangguk perlahan lalu meminum air dengan rakus sambil gelas itu dipegang oleh lelaki kacak tersebut. Tangan kiri kasar lelaki tersebut diletakkan di bawah dagu Valentina takut jika ada air yang tertumpah menitik. Habis segelas air itu diminum Valentina.

Gelas diletakkan di meja yang berdekatan dan sehelai sapu tangan berwarna hitam dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu mengelap mulut Valentina yang masih mempunyai sisa air begitu juga dengan leher si gadis. Air yang diminum tadi sedikit tumpah lalu mengalir di leher gadis itu. Valentina tergamam dengan perbuatan lelaki yang tidak dikenali tersebut dengan pipi yang memerah. Panas.

"T..terima kasih, encik." ujar Valentina perlahan sambil menunduk tetapi masih didengari lelaki tersebut.

Lelaki tersebut mengangkat dagu runcing gadis itu dengan jari telunjuknya. Mata menawan Valentina bertemu dengan mata hijau kebiruan lelaki itu. Pandangan yang dalam. Mereka terdiam beribu bahasa.

" Kau lapar ?" soal lelaki tersebut. Rambut panjang Valentina yang menutupi separuh wajahnya disangkut di tepi telinga oleh lelaki tersebut. Valentina menelan liur kesat.

Valentina menggeleng perlahan. Siapa lelaki ini ?

" Rehat. Kau masih belum sembuh sepenuhnya."

Bantal ditepuk menyuruh Valentina berbaring. Valentina pula asyik melihat wajah lelaki tersebut. Pelbagai perkara yang bermain di mindanya. Adakah lelaki ini yang menyelamatkan dirinya ? Jika ya, bagaimana diri boleh terselamat ?

" Aku tahu banyak benda kau nak tanya. Kau rehat dulu nanti aku belikan kau makanan."

Tepi kepala Valentina diusap perlahan. Valentina melarikan matanya apabila dirinya seolah-olah kantoi dengan lelaki tersebut. Lelaki di hadapannya ini boleh membaca fikirannya kah ? Walaupun begitu, Valentina menuruti arahan lelaki bermata cantik itu. Ya, mata lelaki itu sungguh cantik. Terdapat dua lapisan warna di anak mata lelaki tersebut. Biru dan hijau.

Lelaki tersebut menyelimutkan gadis itu lalu keluar dari bilik wad meninggalkan Valentina keseorangan. Valentina masih dalam dilema. Lelaki itu seolah-olah mengenali dirinya. Dia melihat sapu tangan kepunyaam lelaki tersebut yang berada di atas meja. Kesan bius yang masih tersisa di dalam tubuhnya membuatkan dirinya letih dan mengantuk. Perlahan-lahan matanya dikatup.
        
                                           ***

Alan menutup pintu wad VIP itu perlahan-lahan tidak mahu Valentina terjaga dan sebuah beg kertas yang mengandungi beberapa pakaian wanita beserta bungkusan makanan yang dibeli di kantin hospital tadi di letakkan di atas meja.

Jam tangan mahal ditilik. Sudah pukul 3.00 petang. Punggung dilabuhkan ke atas sofa. Hari ini tuannya tiada jadi dia yang harus menjaga gadis itu. Sebiji buah epal hijau yang sudah tersedia di atas meja kopi itu diambilnya dan digigit.

"Asal rasa macam ayam pula ni ?" Alan membelek-belek epal hijau itu lalu mengetuk kepalanya perlahan.

"Bodoh betul !" gumamnya perlahan.

Valentina terjaga dari tidurnya. Matanya dikelip-kelip perlahan. Dia melihat seorang lelaki yang sedang 'bergaduh' dengan sebiji epal hijau di tangannya. Siapa pula lelaki ini ? Yang pasti lelaki ini bukan lelaki tadi.

"E..encik." panggilnya perlahan. Alan yang sedang ralit makan buah epalnya itu membulat mata apabila melihat Valentina sudah terjaga dari tidur.

Pantas dia bangun menuju ke arah Valentina.

" Cik okay ? Cik nak apa-apa ke ?" soal Alan tidak beriak.

" Siapa encik ?"

" I'm Alan." sebuah kerusi ditarik lalu duduk di atas kerusi itu. Valentina hanya menganggukan kepalanya perlahan.

" Macam mana encik..err"

" Saya yang selamatkan cik Valentina dari lemas tempoh hari. Sudah 3 hari sebenarnya cik Valentina masuk hospital tidak sedarkan diri." terang Alan yang seperti tahu apa yang ingin ditanya Valentina.

Valentina mengerut dahi. Pelik. Bagaimana Alan ini mengetahui namanya ? Habis siapa jejaka kacak yang membantunya tadi ? Kepalanya mula terasa pening.

" Cik makan dulu, ya? Mesti cik lapar." Alan mengambil bungkusan makanan yang dibelinya tadi lalu meja makan yang sudah terpasang siap di sisi katil itu dipasang. Bungkusan makanan diletakkan di atas meja makan.

"Cik boleh makan sendiri ?"

Valentina mengangguk perlahan lalu tersenyum nipis. Terasa segan dengan Alan tetapi lapar di perut mula menguasai diri.

"Terima kasih." ucap Valentina perlahan sebelum sudu diambil lalu sesudu nasi disuapkan ke dalam mulut.

" Bukan kepada saya." Valentina mengerutkan dahinya mendengar kata-kata daripada Alan. Bukan kepadanya ? Habistu, siapa ?

Lama Valentina merenung Alan bingung. Alan hanya buat tidak tahu lalu menyambung makan epal hijaunya yang tergendala tadi. Dasar hantu buah ! Dalam diam, Alan tersenyum nipis melihat gadis polos yang sedang makan itu. Cantik dan jelita. Sesiapa yang melihat gadis itu pastinya akan jatuh cinta tapi gadis itu sudah dimiliki. Mustahil untuk sesiapa mendekati gadis itu termasuk dirinya sendiri.

                                      ***

Valentina termenung di tepi tingkat memandang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan. Berbeza sungguh kehidupan kanak-kanak mereka berbanding dengan kehidupan kanak-kanaknya. Gelap dan penuh dengan air mata.

Mata meliar memandang bilik wadnya. Mewah dan luas. Takkan biliknya ini bilik VIP ? Katilnya itu pun mampu memuatkan dua orang tidur dan bilik air yang mewah seperti hotel bertaraf lima bintang. Siapa Alan dan siapa jejaka kacak yang membantunya itu ? Dirinya dilanda pelbagai persoalan yang bermain di gawang minda.

TOK TOK!

Muncul Alan di muka pintu. Pintu ditutup dan kaki panjangnya melangkah ke arah Valentina.

"Dah rasa sihat dah diri tu?" soal Alan sambil bersandar  di dinding. Tangannya disilangkan ke dada.

"Dah. Ermm..boleh saya tanya sesuatu ?" lambat-lambat Valentina menuturkan kata-katanya. Baju hospitalnya itu dipintal.

"Sure. What is it ?" Alan menantikan soalan keluar daripada bibir pucat itu. Harap-harap bukan soalan yang membunuh.

"Kenapa awak..selamatkan saya ?"

Ketika dia mahu membunuh diri di sebuah jambatan, dia pasti bahawa tiada sesiapa yang berada di situ kecuali dirinya. Bagaimana si Alan ini boleh selamatkan dirinya sedangkan tiada sesiapa yang berada di jambatan itu ?

"Kebetulan saya ada dekat situ. Saya ternampak cik Valentina terjun ke dalam sungai tu jadi takkan saya nak biar je." Alan menjawab tenang. Sudah menjangka bahawa Valentina akan bertanya tentang itu kepada dirinya jadi dia sudah siap dengan jawapan.

Valentina mengangguk kepalanya perlahan. Melihat Alan menjawab dengan tenang, membuatkan Valentina mempercayai lelaki itu bulat-bulat. Naif sungguh gadis ini.

"Nama saya? M..maksud saya, macam mana awak tahu nama saya ?" Alan meneguk kesat liurnya.

"Ada kawan saya yang kenal cik Valentina."

"Er..Cik Valentina rehat lah. Saya ada kerja. Ouh ya, esok cik Valentina dah boleh discharge." cepat-cepat Alan keluar dari bilik itu sebelum dia akan terkantoi dengan gadis itu.

Fuhh, nyaris-nyaris saja.

                
                               
                                  ------------------

#janganlupavoteandcomment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro