Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ian Valentina [1]

" Pakcik, takkan ini saja hasil sayur saya? " sedih saja gadis itu bertutur. Wang yang berjumlah 20 Euro itu dipandang sayu.

" Pakcik pun tak boleh nak tolong, Valentina. Sayur kamu itu pun dah layu malah tak segar pula tu. Mana orang mahu beli, Valentina. " Lelaki separuh usia itu hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat sayur-sayuran milik Valentina yang tidak habis dijual.

" Pakcik dah buat keputusan. Kamu tak perlu lagi hantar sayur kamu tu ke kedai pakcik. Kamu cari kedai lain, ya? Rugi pakcik kalau biar berterusan macam ini." sambungnya lagi.

Sebelum ini dia hanya membiarkan Valentina terus menjual sayurnya kerana dia kasihankan gadis itu yang perlu menyara keluarga kecilnya. Valentina hanya tersenyum kelat. Dia pasrah. Tidak mungkin dia akan memaksa orang yang sudah tak mahu.

" Tak apalah, pakcik. Saya faham. Terima kasih segalanya. Saya pulang dahulu. " bakul sayurnya dicapai lalu mengorak langkah pulang. Air matanya yang jatuh diseka laju. Sedih mengenang hidupnya yang malang.

Di mana dia mahu cari kerja lagi. Dirinya perlu menampung adik-adiknya yang masuh bersekolah dan neneknya yang sakit. Duit simpanannya pun hanya cukup untuk makan minum untuk dia sahaja.

BUKKK !

Valentina memegang kepalanya yang sakit akibat dibaling sebotol air yang masih penuh kandungannya. Perit. Dia melihat gerangan sekumpulan manusia yang mengertawakan dirinya.

" Oppss, sorry terkena! Tak nampak kau." mereka menyambut kata-kata gadis berambut blonde itu dengan ketawa sinis.

"Eh kakak kau tengah nangis tu. Pujuk weh alololo." mereka ketawa lagi. Valentina hanya menunduk sepi diperlakukan sebegitu. Sudah biasa dibuli oleh adik sendiri, Sandra.

"Kakak? Eeuww, excuse me! Aku tak ada kakak selekeh macam ini ok. Kotor!" Sandra memandang Valentina penuh jijik dan membaling gula-gula getah yang dimakannya ke arah kakaknya. Dia ketawa sinis.

" Sandra, kenapa datang sini ? Nenek sorang-sorang kat rumah tu."

Valentina langsung tidak memarahi adiknya malah semakin lembut dia bertutur. Dia risau apabila teringatkan neneknya yang terlantar sakit berseorangan di rumah. Adiknya pula sedang bersuka ria bersama rakannya.

" Kau siapa nak halang nak ke mana aku pergi,hah ?! Orang tua tu tak mati pun lagi lah kalau aku tinggalkan dia pun! Kau kan cucu kesayangan orang tua tu, kau ja lah pergi jaga dia sial !" tengking Sandra. Menyampah dengan kakaknya yang berlagak baik ini. Tambah lagi neneknya asyik melebihkan Valentina dari dirinya walhal Valentina bukan cucu kandungnya pun.

" Sandra kenapa cakap macam tu ! Tu nenek kita tau. Jom balik. Dah lewat dah ni. "

Valentina menarik tangan adiknya tetapi Sandra merentap kuat lalu menolak Valentina kuat sehingga jatuh ke tanah. Sandra dan rakannya hanya ketawa mengejek. Mereka suka apa yang ditonton sekarang.

" Kau tak ada hak nak campur urusan aku. Kau jangan ingat disebabkan semua orang sukakan kau, kau boleh tunjuk baik."

Kepala Valentina ditunjal-tunjalnya. Valentina cuba menghalang tangan adiknya tetapi pantas Sandra mencengkam kuat rambut si gadis malang itu. Air mata si gadis mengalir laju menahan sakit.

" Sakit, Sandra. Lepaskan, kakak."

" Sakit ? Hmm kesiannya..Btw,aku ada kejutan untuk kau. Guys! " Sandra tersenyum sinis. Rakannya datang lalu menyimbah air longkang dicampur telur busuk. Dua baldi besar dilempar ke arah Valentina. Mereka ketawa besar.

Valentina menangis teresak-esak. Dirinya sekarang tidak ubah seperti pengemis malah lebih teruk. Kotor dan berbau busuk. Orang ramai yang lalu lalang disitu mulai berkumpul di sekeliling mereka. Mulai berbisik.

" Korang, kalau nak tahu ini lah pelacur yang korang sanjung sangat itu! Berlagak suci dan berpura-pura baik padahal betina ini dah tidur dengan ramai jantan !" mereka semua berbisik tidak percaya dan ada yang mengutuk Valentina.

Sandra mengeluarkan beberapa keping gambar Valentina sedang tidur bersama seorang lelaki daripada beg sandangnya lalu diagihkan kepada orang ramai.

" Sampai hati Sandra buat macam ini kat kakak. Apa salah kakak? Kakak tak buat semua tu!" Valentina meraung dan bangun merampas gambar-gambar tersebut.

" Ini fitnah. Saya tak buat semua ini! Sandra, tolong kakak. Kakak tak buat semua ni! Ini fitnah. Itu bukan kakak !"  nafi Valentina. Orang mulai menjauhi Valentina yang kelihatan seperti orang gila itu.

Sandra memandang puas. Ini baru sedikit. Selepas ini, kejutannya lebih besar. Khas untuk kakaknya, Valentina.

Valentina yang menangis teruk itu kaku melihat dua orang adik kembarnya yang masih kecil dan lelaki yang sangat disayanginya, Arman.

Arman memandang kosong Valentina. Valentina menggeleng kepala perlahan berharap jejaka itu tidak mempercayai gambar itu. Tangan Arman cuba diraihnya tetapi gadis itu ditolak kuat.

" Aku tak sangka kau macam ini, Valentina ! Aku sayang kau! Aku buat macam-macam untuk kau, ini kau balas ! Kau memang jalang, Valentina! "

Dihamburnya marah ke Valentina. Hatinya remuk dan bagai disiat-siat apabila melihat gambar tidur Valentina. Dia kecewa. Sangat kecewa. Tidak disangka gadis kesayangannya itu sebenarnya jalang.

" Itu bukan saya! Saya tak buat semua tu, Arman. Percayakan saya.. Sumpah saya tak buat semua tu. Percayakan saya, Arman.." rayu Valentina sambil memeluk kaki Arman. Dia menangis teresak-esak. Dirinya sekarang tidak ubah seperti orang gila.

" Kakak jahat! Kakak jahat! Kami benci kakak!"

Dua orang adik kembarnya yang berusia 7 tahun, Javelyn dan Joshlyn terus menyorok di belakang Arman. Kakak sulungnya itu kelihatan seperti tidak siuman dan menakutkan.

" Itu bukan kakak, sayang ! Arman.. Tolong percayakan saya. Saya tak buat semua itu." rayu Valentina dalam esakan. Dia memeluk kaki Arman berharap jejaka itu akan mempercayai dirinya.

Malangnya, Arman terus menarik kakinya kasar lalu melempar gambar-gambar tersebut ke arah wajah gadis yang amat dicintainya itu. Hatinya sakit. Terlalu sakit. Dia jijik dengan Valentina.

" Mulai sekarang, kita tiada apa-apa lagi hubungan. Aku tak sanggup ada hubungan dengam betina sundal macam kau! " wajah jejaka itu jelas merah. Dadanya berombak laju. Tubirnya matanya terasa panas. Arman terus berlalu pergi meninggalkan Valentina yang menangis dan meraung namanya.

Valentina menumbuk dadanya berkali-kali. Lelaki yang sentiasa bersamanya telah meninggalkan dirinya. Lelaki itu tidak lagi mempercayai dirinya.

" Sekarang baru kau tahu betapa sakitnya hati apabila ditinggalkan ? Baru kau tahu sakitnya hati dihina ? Ini baru sikit, Valentina. Kau belum kenal aku siapa. Kau nak tahu kenapa aku buat begini ? "

" Sebab aku benci kau. Terlalu benci. Semua orang sayangkan kau termasuk nenek dan Arman. Kau rampas Arman daripada aku. Arman milik aku. Kau ambil kasih sayang nenek dari aku. Sekarang tiada siapa lagi yang akan percaya kau, betina sundal. "

bisik Sandra puas di tepi telinga Valebtina. Hatinya puas. Sangat puas melihat manusia paling dibencinya merana lagi-lagi apabila Arman mengucap kata putus terhadap Valentina. Akhirnya Arman akan menjadi miliknya juga nanti.

Valentina tidak mampu membalas kata-kata Sandra. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Sungguh dia tidak menyangka adiknya tergamak memfitnahnya.

" Lagi satu gambar itu aku edit saja. Anggaplah sebagai hadiah wahai kakak. "

Sandra dan rakanya berlalu pergi meninggalkan dirinya bersendirian. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi. Dia tiada tempat untuk mengadu.

Sekeping gambar yang berada di atas tanah itu diambilnya. Dia menekup wajahnya menangis kembali. Gambar itu dikoyak-koyak sehingga menjadi cebisan.

" Anne.." (ibu)

                  






SOON, VALENTINA..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro