Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 2

"Caramel Macchiato satu. Cold ya, and tak nak letak wapping cream,"usia membuat pesanan, Nayla menoleh pada aku di belakangnya. Siku aku dicuit. Aku masih lagi bingun membaca menu menu air yang dipapar pada papan menu. Terlalu banyak pilihan sampai rambang mata aku nak pilih ikut selera aku sebab semuanya nampak sedap.

"Order cepat. Aku belanja as I promised to you. Btw, thanks tau for your help tadi. Kau selamatkan kitorang bestie,"Nayla peluk aku di depan kaunter. Penjaga kaunter tu  berdehem sambil menggulingkan biji mata ke atas. Tau la jeles kau tu single.

"Cik, cepat sikit. Ramai lagi yang nak order kat belakang awak tu,"ujarnya, menjeling Nayla sekilas. Nayla beralih ke sebelah aku untuk berikan ruang di hadapannya bagi aku membuat pesanan pada si barista yang sedang menunggu. Bibir si barista itu pantas tersenyum sebaik melihat aku. Atau dia tengah usya Taehyung kat belakang aku ni.

"Nak order apa Encik?"

"Iced signature Chocolate + 2 pump caremel syrup+ 2 pump Hazel nut syrup+ chocolate whipped cream + chocolate drizzle upside down,"fuhh semput nak sebut.

"Size?"

"Venti,"

"Nama?"

Aku curi dengar Nayla bercakap dengan Taehyung di belakang aku.

"Tae nak order air apa?"soal Nayla.

"Tak nak kot. Mahal sangat la. Next time je la. Lagipun duit aku cukup cukup untuk aku belanja Jung Kook je ni,"

Serius ke? Dia buat aku rasa bersalah dohh!

"Lol. Tak payah risau. Aku belanja kau sekali. Macam tak biasa pulak kau ni,"

"Tak payah bazir duit kau Nayla. Tae kau share drink dengan aku ehh. Hmmm duit kau tu simpan, next time je lah kau belanja aku. Hari ni aku nak kikis Nayla dulu,"celah aku.

"Lancau. Aku tau la kau sayang Tae lebih dari aku. Dengan Tae buka main ehh kau baik hati....."Nayla cucuk pinggang aku dengan jarinya.

"Hahhaha next time kira expired date la!"

"No. Kau still berhutang dengan aku!"

"Encik nak tulis nama apa kat cup ni,"barista tu ulang soalan yang sama entah kali ke berapa.

"Name? Hmmm TaeKook,"balas aku, sambil menjeling pandang Taehyung yang kini berada di sebelah aku.

"TaeKook? Such a sweet couple name, "bisik Taehyung di telinga aku. Aku tergamam sekejap, dalam hati tengah berbunga bunga.

"5000 won,"

"You total sekali dengan pesanan I tadi eh. Betul Tae kau tak nak order ni?"soal Nayla. Taehyung angguk.

"Semua 10000 won ya,"

Nayla serahkan kad kreditnya.

*    *    *     *

Aku, Nayla dan Taehyung. Kitorang kawan rapat. Aku kenal diorang berdua start dari form 1. Masa tu Nayla dah memang berkawan dengan Taehyung. So, kitorang bergabung jadi trio yang gempak kat sekolah. Bila dah jadi sahabat, kami tak kesah bercerita tentang hal pribadi.

Yang paling membuatkan aku terkesan adalah cerita tentang latar belakang Taehyung. Taehyung ni anak yatim piatu. Family dia maut dalam nahas kemalangan. So, family Nayla (sepupu Taehyung) yang merupakan keluarga terdekat Taehyung ambil Taehyung sebagai anak angkat mereka. Keluarga Nayla memang kaya raya dan Nayla adalah anak tunggal. Nayla dan Taehyung dibesarkan sama sama sejak kecil lagi. Sebab tu lah Nayla anggap Taehyung ni sebagai abang kandungnya sendiri.

Sekarang dah masuk 5 tahun persahabatan kitorang. Masih kukuh dan takan sekali pon goyah. Memang aku sayang gila diorang berdua. Diorang happy pills aku. Cukup ada Nayla dan Taehyung dalam hidup aku....dah lengkap aku rasa.

"Guys, this is the last year we are as students. Lepas habis sekolah apa plan korang? Adakah kita bertiga akan separate each other and bawak haluan masing masing?"soalan Nayla menimbulkan rasa sentimental. Aku jugak ada terfikir, adakah selamanya kami bertiga boleh hidup bersama sebagai sahabat. Tapi masing masing bakal menempuhi kehidupan sendiri lepas ni. Berkahwin, berkeluarga, punya anak anak....semua hakikat itu dapat memisahkan persahabatan ini. Aku takut kalau itu terjadi. Kalau boleh aku nak stay dengan diorang je sampai bila bila.

"Tak boleh ke kita bertiga hidup sama sama?"soal aku. Aku jadi sebak, serius aku tak dapat bayangkan kalau Nayla dan Taehyung tiba tiba lenyap dalam hidup aku. Apa erti persahabatan yang kami bina...kalau akhirnya kami berpisah. Apa gunanya memori yang kami cipta kalau akhirnya kami saling melupakan.

"Kau gila ke? Takan kita nak threesome?"celah Taehyung dengan gelak tawa. Dia ni memang tak pernah serius. Spoil mood aku je beruk ni.

"Bodoh! Aku tak maksudkan macam tu la gila. Otak kau ni kotor sangat!"aku hempuk kepala Taehyung. Dia mengadu sakit, menghimpit di sebelah Nayla minta Nayla gosokkan kepalanya. Ngada ngada betul. Dengan Nayla bukan main nak bermanja.

"Aku dengan Taehyung memang takan boleh berpisah. My dad dah tetapkan syarat yang Tae akan jaga aku sampai bila bila untill one day aku berkahwin..."

Bukan Taehyung kan? Kau takan kawin dengan dia kan Nayla? Dan ternyata kalau mereka berdua end up sebagai suami isteri suatu hari nanti, aku macam mana sedangkan aku dah lama simpan perasaan pada sesorang tu.

"Tae jugak yang akan tentukan namja yang bakal jadi husband aku sesuai tak dengan aku. Dia boleh jaga aku macam Tae jaga aku ke tak? Yang penting, time tu Tae dah bebas dari aku,"Nayla mengerling Taehyung. Aku tahu Nayla rasa bersalah kerana bebankan Taehyung selama ni.

"Hmm untungla kau ada Taehyung yang boleh jaga kau...."jujur aku iri hati dengan Nayla. Taehyung pernah cakap, kerana dia terhutang terlalu banyak budi dengan keluarga Nayla, dia janji dengan Tuan Jung akan jaga Nayla seperti nyawanya sendiri.

"Lahhh, takan kau nak Tae jaga kau jugak. Kalau macam tu kau kena la kahwin dengan Taehyung kan,"Nayla jongket sebelah keningnya ke arah aku.

Taehyung yang tengah sedut air terus tersedak dengan gurauan bodoh Nayla.

"Stupid Nayla!"

"Why? Hah? Sebab kau lelaki and Tae lelaki.....why tak boleh ke korang bercinta, berkahwin hah? Bagus apa idea ni, boleh kita jadi satu family kan. Kau pon su....."

Aku pijak kaki Nayla dari bawah meja. "Stop Nayla. Jangan mengarut!"halang aku sebab Nayla nyaris tersasul sesuatu yang akan memalukan aku pada Taehyung.

"Ok...gurau je! Dont take it serious,"Nayla senyap senyap tendang kaki aku balik. Mimik mukanya  tengah menganjing aku.

"Hahahaha dont listen to Nayla Kook,"Taehyung gelak bersahaja. Dia bukan jenis ada perasaan pon. "I just choose the only one that can go along with my life. Someone yang boleh bahagiakan aku, jaga aku  sampai aku tua sekalipun, yang sanggup tatap muka aku setiap saat tanpa jemu....paling penting dia tak pernah berhenti cintai aku. Yeah, aku nak orang yang macam tu untuk jadi pasangan hidup aku,"ujar Taehyung dengan wajahnya mengarah kepada Nayla dan bukannya aku.

"Ceh poyo!"Aku tunduk seketika. Aku sedar, aku takan dapat memenuhi ciri ciri itu. Kalau aku cuba, peluang tetap juga bukan untuk aku. Ya, aku dah penat mengejar seseorang yang tak mungkin aku gapai.

"Apa apa pun kita tak tahu apa yang jadi pada future kita bertiga. Mungkin ada yang stay, mungkin ada yang pergi. Pilihan apa pun yang bakal kita buat....cuma kita perlu pegang satu janji ni......"Taehyung angkat jari kelingkingnya. Aku dan Nayla saling berpandangan sebelum ikut mengangkat jari yang sama.

"Janji yang kita takan melupakan antara satu sama lain. Kalau kita berpisah pun, kita akan berusaha cari each other until one day kita bertiga bertemu semula. Kept this promise. Yakso!"kami satukan jari kami bersama. Nayla lap air matanya yang tiba tiba menitis. Aku tahan sebak. Taehyung rangkul bahu aku dan Nayla bersama.

*    *    *    *

Balik rumah, aku tersengih sendiri ketika membelek gambar gambar yang kitorang ambil di cafe starbucks tadi. 1000 keping gambar sekali pun aku tak jemu tengok lama lama asalkan ada muka Nayla dan Taehyung. Aku pilih beberapa keping gambar yang kelihatan elok untuk diupload di instagram aku. Ig Nayla dan Taehyung turut aku tag pada post tersebut.

Vtaeeee: ada budk tu dia nangis la tdi😭😭😁
nnayla_:🙄🙄🙄
Vtaeeee: meh i lap air mata u tu😆
nnayla_: auchh my oppa so sweett

Nayla saling membalas komen Taehyung di post aku. Alah, biarkan je lah diorang tu. Memang semua post aku diorang akan komen. Tak lama kemudian, aku dapat notifikasi dm dari seseorang.

its_eunna: Jung Kook, macam biasa...tolong aku plz.

*    *    *    *

Lepas tamat waktu sekolah, aku suruh Nayla dan Taehyung balik dahulu. Aku dah janji nak jumpa someone. Orang yang dm aku semalam ajak jumpa kat kantin sekolah.

"Bwo?!!"

"Semua effort aku tak menjadi. Aku dah banyak kali bagi dia surat cinta, bunga dan chocolate. Tapi sekali pon dia tak pernah notice aku suka kat dia,"rungut Eun-Na sambil menghentakkan kakinya. Geram.

Eun-Na ni antara crush yang fanatik kat Taehyung. Aku pernah kenalkan dia dengan Taehyung. Tapi Taehyung macam tak berminat dengan Eun-Na. Tak aku nafikan Eun-Na ni cantik, body seksi. Entah, aku pon tak tahu taste Taehyung sejenis yeoja yang macam mana.

"Kenapa susah sangat dia nak terima aku. Kau sure ke Taehyung tu single,"

"Hello hello....selama lima tahun aku berkawan dengan dia, memang tak pernah sekali pon dia mention nama yeoja lain,"

"Habis tu kenapa dia tak bagi aku peluang?"

Kau ingat kau sorang je tunggu peluang tu? Aku ni, dah lima tahun sia sia.

Aku melepaskan keluhan. Kenapa Eun-Na ni susah sangat nak faham. Aku pun pernah ada dalam situasi yang sama dengan Eun-Na tapi tak perlu la jadi terlalu desprate pada seseorang yang takan mungkin terima cinta kau.

"Tae tu hati kering. Lambat lagi dia nak fall in love dengan someone. Datang la perempuan mana pun, senang senang je dia reject. So, kau jangan simpan harapan lebih lebih pada dia. Buang masa kau je!"nasihat aku.

"Chakaman?"Eun-Na tarik beg aku ketika aku ingin berlalu pergi.

"Apa lagi?"

"Please.....kali ni je,"

"Aku tak berani la! Kang dia mengamuk marah aku,"

"Ok aku bagi duit upah. Amacam tiga kali ganda dari sebelum ni,"

"Ni bukan soal duit...."

"Kalau dia reject aku jugak, fine aku takan mintak tolong kat kau lagi,"

"Hmmm apa pulak kali ni?"kalau aku mampu, aku tolong. Walaupun pada masa yang sama, aku yang terluka dalam diam.

"Kau rancang satu date untuk aku dengan Tae like kitorang pergi tengok wayang ke. Hujung minggu ni. Kau tipu la Taehyung cakap kau yang akan pergi, but senyap senyap aku yang gantikan kau,"

Kesian pulak aku tengok Eun-Na merayu. "Ok, kali ni je tau," kerana aku tak nak Eun-Na gagal mengejar cintanya seperti yang pernah aku alami....aku setuju untuk tolong dia.

*    *    *    *

"Fuhhh letihnya!"Taehyung berbaring di lantai court bola keranjang. Dia meraup wajahnya yang berpeluh. Titisan peluh menitik dari hujung rambutnya. Umbu kepala disisir sebelum sebelah tangannya itu  diletakkan di atas dahi untuk menghadang cahaya petang yang memancar terang.

Aku pulas tudung botol dan serahkan botol air mineral kepada Taehyung. Dia lekas bangun, menyambut botol dari tangan aku dan tenguk air sehingga habis. Lalu dia melabuhkan punggung di bangku sebelah aku. Sengaja dia menggosokkan rambutnya supaya air peluhnya merecik pada aku.

"Kotorlah!"aku tolak dia sedikit jauh ke hujung bangku.

"Nayla mana?"soalnya.

"Tu kat sana tengah layan peminat,"aku tunjuk kepada sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menggerumuni Nayla.

"Ohh berani ehh diorang dekat dekat dengan adik aku. Jap aku nak pergi halau diorang,"

"Tae!"aku paut lengan Taehyung ketika dia cuba bangun dari bangku. "Tak payahlah over protective sangat.  Diorang cuma mintak nak bergambar dengan Nayla je tu. Diorang pun dah tahu la kalau diorang berani sentuh Nayla, kau orang yang akan patahkan tangan diorang,"

"Bro kau je kawan lelaki yang aku izinkan untuk berkawan rapat dengan Nayla. Lelaki lelaki lain semua bangsat, yang cuma tahu nak ambik kesempatan terhadap Nayla,  yang layan Nayla sebagai mainan nafsu,"

Aku tahu Taehyung maksudkan dengan kejadian beberapa tahun yang lepas. Ketika form 2, Nayla pernah terlibat dengan kes pencabulan. Seorang pelajar senior yang merupakan boyfriend Nayla melakukan perbuatan itu pada Nayla. Mulanya Nayla tidak memberitahu Taehyung kerana dia diugut video yang memalukannya akan disebarkan kepada pelajar lain. Perkara tersebut terbongkar sebab aku dan Taehyung yang gigih cari tahu kebenarannya. Memang teruk kitorang belasah pelajar senior tu sampai kami kena gantung sekolah selama beberapa minggu. Pelajar senior tu pulak kena buang sekolah terus.

"Aku yakin Nayla lebih berhati hati lepas kejadian tu. Tak payahlah kau risau," pujukan aku membuatkan Taehyung duduk semula.

"Aigoo panaslah..."Taehyung tanggalkan singlet yang dipakainya. Dia gumpal singlet tu untuk mengesat peluh di seluruh tubuhnya. Mata aku tidak berkelip menggamit segenap tubuh Taehyung yang memiliki bentuk sempurna. Bahunya lebar. Otot ototnya berketul. Seperti tubuh model lelaki tak berbaju yang aku selalu lihat di majalah fesyen.

Taehyung berpaling ke arah aku ketika aku masih leka memerhatikannya. "Asal kau tengok tengok aku? Aku seksi ke? Kau suka ehh tengok aku tak pakai baju,"dia tegakkan tubuhnya, bengkokkan sebelah lengannya yang sasa.

Aku segera menundukkan pandangan ke bawah. "Sorry sikit, aku tak taste pon kat kau la,"nafi aku dengan gelengan pura pura.

"Hahhahahah betul ni kau tak suka aku? Tapi aku....."dia meraih tangan aku, diletakkan pada dadanya yang bidang. Jari aku terketar ketar bersentuhan dengan kulitnya yang lembut. "Kook, sebenarnya aku suka kat kau,"

Lepas dia cakap macam tu, aku berani angkat wajah aku pandang dia balik. Mata kami saling menatap. "Kau sukkk.....akkk,"aku tak salah dengar kan apa dia cakap tadi. Ni bukan mimpi kan???

"Ya, aku suka kau.....suka sebagai kawan. Tu je! Hahahhahahah!"dia gelak melihat reaksi aku yang terkedu.

Shit, aku kena prank lagi.

"Ohhh!"pantas aku tarik tangan aku semula.

"Alolololo muka kau merah la. Melting ehh,"Taehyung cubit pipi aku pula. Aku cuba tahan wajah aku ni dari meletup. Geram je aku nak lari keluar dari court.

"Gelilah bodohhh!...."tangannya aku tepis kasar. Aku tak suka Taehyung  bodohkan aku dengan cara macam ni.

Taehyung tepuk paha aku perlahan. "Kook, kita kan dah janji akan jadi kawan sampai bila bila. Jadi....kau tak boleh simpan perasaan lain pada aku sebab aku lagi selesa kita macam ni. Kita kawan....kau faham kan?"kata kata Taehyung sepahit hempedu yang perlu aku telan, yang membawa aku berpijak semula pada hakikat itu. Lelaki dengan lelaki cuma boleh jadi kawan.

Kenapa aku terlalu berharap pada dia. Kenapa aku boleh simpan perasaan ni pada kawan rapat aku sendiri. Seksanya, kenapa bukan orang lain yang ada di hati aku, kenapa dia.....wae???

Aku geleng sambil cuba untuk senyum. Aku tepuk tangannya di atas paha aku. "Tak payah risau. Benda macam tu takan jadi la,". Aku perlu terima hakikat. Bertepuk sebelah tangan takan pernah berbunyi. Dan perasaan ini cukup sekadar aku simpan dalam hati dan cuba melenyapkannya perlahan lahan.

"Kau free tak hujung minggu ni?"soal aku cuba mengalihkan topik yang terasa canggung ini.

"Kenapa?"

"Jom gi tengok wayang. Ada citer best baru keluar. Aku belanja,"

"Lain macam je baik kau ni. Ada apa apa ke ni?"Taehyung smirk.

"Thow...aku nak belanja pon takan salah,"

"Kita dua je ke? Nayla?"

"Tak yah la ajak dia boleh tak? " damn, Nayla tak boleh rosakkan plan aku ni.

"Asal? Ke kau saja nak berdua-duaan dengan aku,"

"Bukan la. Kalau ajak Nayla, dia cuma layan citer romance je. Yang kita nak tengok ni citer hantu. Nayla kan takut hantu, kau nak ke dia kena serangan jantung dalam panggung wayang,"aku berusaha cari alasan supaya Taehyung setuju dan Nayla takan terlibat sama.

Lama jugak dia fikir sebelum dia mengangguk setuju. "Boleh boleh! Lepas wayang tu, boleh kita dating berdua kan. Sepatutnya aku spend lebih banyak masa dengan kau....,"

"????"kami saling merenung lama. Sesaat yang bagaikan dunia berhenti berputar. Tiba tiba Taehyung memeluk kemas tubuh aku. Dia terus tolak aku berbaring di atas bangku. Sebiji bola menghentam laju pada belakang tubuh Taehyung yang sempat melindungi kepala aku.

"Kau ok tak Kook? Ada sakit kat mana?"dia kerling aku yang meringkuk di bawah tubuhnya. Wajahnya kelihatan cemas.

"Aku ok,"jawab aku yang memaut pada lengannya.

"Siap berpeluk lagi ye! Lain macam korang buat projek dalam court"entah bila Nayla boleh muncul berdiri di sebelah bangku, sambil  memerhatikan kami. Taehyung lepaskan tubuh aku. Aku lekas berdiri, buat buat bodoh je.

"Kat sini ramai orang boleh nampak. Cari lah tempat yang ada privasi sikit. Hhahaha!"usik Nayla.

"Dah dah jom balik dah lewat ni,"Taehyung tarik Nayla berjalan keluar dari court.

"Kook, Tae cakap dia nak peluk kau lagi esok,"sempat Nayla jerit dari jauh pada aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro