Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 8 🌺

。゚•┈୨ 12 votes + 10 comments ୧┈•゚。

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

<KIM TAEHYUNG'S POV>

"Hey, hyung! Termenung apa tu?" tengkuk aku ditampar perlahan oleh satu tangan milik Jeon Jungkook.

Jungkook mengambil tempat duduk di sebelah aku. Susu pisang yang dibeli di kantin tadi diletakkan di atas meja. Ada tiga botol susu pisang yang dibeli Jungkook.

Hari-hari minum susu pisang, muka pun macam pisang. Haih, nasib comel je kau, Kook.

"Kau tak makan ke hyung? Hah, Jimin hyung mana?" tanya Jungkook sambil menyedut susu pisang itu menggunakan straw kecil.

Aku hanya menggeleng.

"Kenyang. Jimin tak datang. Jatuh kerusi katanya." jawabku. Tawa Jungkook meletus. Terbahak-bahak lelaki itu mentertawakan Jimin yang sememangnya bermusuh dengan sebuah objek bernama kerusi.

Aku hanya tersenyum nipis. Tak ada mood nak join Jungkook ketawa. Aku tak tahu kenapa hari ni aku merasakan dunia aku sedikit sunyi setelah seminggu aku tiada di sekolah ini.

Aku memandang kawasan sekeliling. Banyak pelajar sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin. Sebenarnya, bukan mereka yang aku nak pandang. Aku tengah cari seseorang.

Tak lama kemudian, seorang gadis yang seusia denganku datang menghampiri. Gaya berjalannya bagaikan seorang model terkenal. Tangan runcing gadis itu sengaja memintal rambut panjangnya berwarna blonde.

Gadis itu ialah Park Hyera, pelajar 4B-2. Dia duduk di sebelahku. Aku mendengus perlahan lalu menjarakkan sedikit tubuhku agar tidak kelihatan terlalu dekat dengannya.

"Tae...hihi." Hyera tersengih manja.

Aku memandang Jungkook. Dia pun turut memandangku. Aku kemudian memandang Hyera di sebelah.

"Kenapa datang sini?" soalku dingin.

"Saja. Why? Tak boleh ke baby datang sini?"

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Memang aku tak suka pun kau datang sini!

Baby kepala hotak dia lah!

Aku sekadar mengangkat bahu. Bukan aku tak tahu, Hyera ingin mengambil perhatianku semula agar kami kembali menjadi pasangan kekasih seperti tahun lepas.

"Tae? Kenapa diam je?" tanya Hyera macam orang bodoh. Sepasang mata Taehyung mencerlung tajam memandang wajahnya.

"Aku tak ada benda nak cakap. Kau boleh pergi tempat lain tak? Aku rimas lah."

Aku menayang wajah menyampah. Kehadiran dirinya betul-betul mengganggu aku dengan Jungkook sedang berehat di sini.

"Semalam baby tak nampak sayang pun. Macam dah lama sayang tak sekolah. Sayang pergi mana?"

Wajah cantik yang aku dambakan dulu ku jeling tajam. Sekarang, tengok wajah dia pun dah rasa meluat. Wajah penipu.

"None of your bussiness." itu saja jawapanku. Untuk apa aku memberitahu dia sedangkan dia bukan siapa-siapa lagi dalam hidupku?

Hyera mengeluh manja. Gadis itu cuba memeluk lenganku tapi aku pantas menarik. Hyera sudah mula memasamkan mukanya.

"Takkan baby masih berdendam kat sayang lagi? I'm sorry. Takkan kita tak boleh kembali macam dulu? I really miss you, my babyboo." Hyera mengeluarkan nada suara manja.

Aku mula naik geli dengan perangai tak sedar diri dia tu. Aku bangkit dari duduk.

"For your information, aku bukan babyboo kau. Tolong sikit eh? Mana lelaki yang kau simpan belakang aku dulu? Pergi lah kat dia. Aku bahagia hidup tanpa kau. Dah lah, Kook. Jom gerak. Sakit mata aku kat sini." aku menyindir Hyera sehinggakan wajah gadis itu merah menahan marah.

Tangan Jungkook ditarik agar lelaki itu bangun. Tapi Jungkook melepaskan tangannya dari pegangan aku.

"Eh, sabar lah hyung. Bagi lah aku ambil susu pisang aku ni. Dah lah mahal. Bukannya hyung nak belanja aku pun."

Jungkook membebel sambil mengambil suus pisang tersebut. Satu dimasukkan ke dalam poket kanannya manakala satu lagi dimasukkan dalam poket kirinya.

"Eleh, setakat susu pisang! Aku boleh bagi kau kilang dia lah! Dah, ppali!"

Aku membawa Jungkook pergi dari kawasan kantin tersebut. Kami berdua berjalan sehingga tiba di tepi padang sekolah. Ada beberapa pondok yang sudah diduduki oleh pelajar lain.

Jungkook menarik tanganku ke salah sebuah pondok. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Susu pisang yang sudah habis dibuang kemudian Jungkook minum pula susu yang baru.

"Hyung, lamanya kau tak sekolah. Tak inform kat aku pun. Biasanya kau mesti inform kat aku." ujar Jungkook.

"Food poisoning je. Selebihnya aku malas nak sekolah."

Jungkook tergelak. Susu pisangnya diletakkan di atas sebuah meja kayu di pondok tersebut.

"Food poisoning? Cuti seminggu? Wah, hyung! Daebak! Aku paling lama dua hari je, hyung." kata Jungkook dengan riak wajah yang penuh bangga.

Aku menayang riak wajah jengkel namun tak lama itu aku ketawa. Kelakar pula bila teringat balik apa yang jadi seminggu lepas.

"Macam aku cakap lah, aku sakit dua hari je. Lagi lima hari aku enjoy."

Jungkook dan aku sama-sama ketawa. Namun, telinga aku menangkap satu suara yang aku mula kenali sewaktu minggu lepas.

"Hoseokkie, suap saya sikit. Nampak macam sedap lah nasi goreng kimchi yang mak awak buat tu. Boleh tak?"

Aku cuba memandang ke belakang. Tapi aku tak pusingkan semua tubuh badanku. Aku hanya memandang dengan menggunakan ekor mata.

Patutlah. Budak perasan tu rupanya.

Aku dapat melihat wajah comelnya sewaktu menunggu makanan daripada lelaki yang aku jumpai sewaktu mereka 'mengganggu' aku mengambil gambar mural sekolah.

"Ah, nae!" balas lelaki itu.

Sudu disuakan ke Seoyun dan akhirnya masuk dalam mulut gadis itu. Pipinya mengembung ketika mengunyah makanan di dalam mulutnya.

'Comel pulak budak tu' puji aku dalam hati.

Perasan yang Seoyun mula memandang aku, terus saja aku pusingkan kepala memandang ke hadapan. Kalau kantoi malu weh!

Jungkook pelik tatkala melihat reaksi wajah lelaki yang menjadi kawan baiknya sejak dari sekolah rendah.

"Hyung kenapa? Macam nampak hantu je."

Jungkook memandang ke belakang untuk melihat apa yang aku nampak. Aku hanya menggeleng perlahan.

"Ani. Tak ada apa-apa lah. Aku nak masuk kelas lah."

Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Waktu rehat lagi berbaki tiga minit saja lagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

Jungkook mengangguk setuju. Kami berdua bangun dan beredar dari situ. Aku sempat pandang Seoyun di belakang. Gadis itu masih khusyuk makan.

Kenapa aku rasa lain macam eh tengok dia dengan namja tu?

Ah! Lupakan lah, Taehyung.

Kemudian, aku terus berjalan menuju ke kelas.

------
TBC

gaesss ♥♥ 952 words untuk chapter 8! maaf sangat sebab lama tak update! kena simptom writer block haa 😿

thanks untuk chapter lepas sebab sumbang vote❤❤ lepas jugak target putri dapat 10 vote hehew. kali ni nak terget 12 vote, baru putri hapdet lagi huhu.

so far? okay ke sampai chapter ni? maaf if tak best :( thanks for the readers yang still baca dari awal sampai chapter ni 😭 terharuuu cangatt ❤

pasal gambar Jin tiber menyelit kat situ, bukan apa. putri rasa lawak tengok Jin in banana. kelakar 😂

hmm gaes, taknak kasi feedback ke pasal citer ni hehe? mana tau ada yang kurang ke ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro