CHAPTER 6 🌺
。゚•┈୨ 9 votes + 5 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Seoyun masih berdiri di tepi kawasan liar sekolah untuk menunggu bodyguard handsome datang menjemputnya. Sebelum dia pulang semalam, Taehyung ada berpesan pada Seoyun dan dua orang bodyguardnya itu untuk mengambil Seoyun dan menghantar semula gadis itu pulang.
Seoyun memastikan kereta eommanya betul-betul sudah pergi jauh dari sekolah tersebut. Kalau tak, kantoi lah nanti. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahunya membuatkan Seoyun terjerit kecil.
Dia memusing ke belakang dan terlihat Hoseok tersenyum manis. Seoyun mengurut dadanya perlahan.
"Awak ni kenapa? Nak saya mati awal ke?"
Hoseok yang berada di sebelah dijeling tajam. Lelaki itu hanya tersengih. Sesekali Hoseok membetulkan rambutnya.
"Sorry. Kenapa awak tak masuk lagi?" soal Hoseok. Matanya memandang ke arah pintu pagar yang diawasi oleh dua pengawas lelaki.
"Saya tak ada kat sini selama seminggu." beritahu Seoyun.
Hoseok mengerutkan keningnya. Wajah selamba Seoyun dipandang tak berkelip.
"W-Wae? Awak nak pergi mana?"
Seoyun mengeluh perlahan. Dia berpeluk tubuh.
"Photographer biadap tu lah! Food poisoning sampai duduk seminggu dalam wad. Lepas tu, dia boleh pulak suruh saya jaga dia kat sana. Kalau tak dia report kat parents saya. Melebih je dia tu." ujar Seoyun. Bebola matanya digulingkan ke atas.
Setelah mendengar jawapan daripada Seoyun, Hoseok tergelak besar. Gadis itu memandang Hoseok bagaikan mahu menelan lelaki itu.
"Itu lah. Siapa suruh letak air paip and bagi kat dia? Saya cakap awak tak nak ikut. Tengok, siapa susah sekarang ni? Awak jugak tahu. Dah lah tak dapat belajar, kena pulak jaga dia."
Lagi terbakar Seoyun mendengar kata-kata Hoseok itu. Lelaki itu seolah-olah memenangkan Taehyung pula. Support member pun susah!
Tawa Hoseok mula reda kerana wajah Seoyun bertambah lagi masam mencuka. Tak sangka pula apa yang dia fikir kelmarin betul-betul terjadi.
"Hmm, tapi nanti bosan lah saya. Saya nak lepak dengan siapa?" nada suara Hoseok bertukar sayu.
Seoyun memandang wajah lelaki itu. Ayat yang dituturkan Hoseok sedikit meruntun sekeping hatinya. Di sini lelaki itu tidak punya kawan lain selain dirinya.
Macam mana lelaki itu pada waktu rehat nanti? Alaaa.
Sinar mata mendung Hoseok ditatap oleh Seoyun. Tangan gadis itu memegang kedua-dua belah pipi Hoseok. Seoyun membuat mimik muka comel.
"Janganlah macam ni. Saya risau. Nanti awak try lah berkenalan dengan student lain. Mana tahu ada yang nak berkawan dengan awak ke?" cadang Seoyun.
Hoseok mengeluh panjang. Bibirnya sedikit muncung.
"Siapa je nak berkawan dengan saya? Awak je yang sudi jadi kawan saya kat sini."
Seoyun mula berasa kasihan pada Hoseok. Dia tahu lelaki itu pemalu, sama macam dirinya. Tapi, Hoseok lagi teruk. Orang lain tak nak kawan dengan lelaki itu.
Entah dimana silapnya sampai Hoseok langsung tidak punya kawan lain. Nak kata Hoseok terlalu buruk, langsung tidak. Hoseok dari segi fizikal memang perfect. Dengan sikap dia yang suka menghiburkan orang. Takkan lah tak ada yang mahu berkawan dengannya?
Tiba-tiba, ada seorang lelaki memakai suit berdehem sedikit kuat yang membuatkan Hoseok dan Seoyun tersedar dengan kehadirannya.
Lelaki itu adalah Choi Soobin, si bodyguard berlesung pipit.
"Cik Seoyun, kami dah sampai. Jom? Nanti tuan muda marah pula kalau lambat." ujar Soobin dengan penuh sopan.
Seoyun mengangguk kecil. Dia memandang Hoseok dan memberikan satu senyuman manis buatnya.
"Saya pergi dulu. Jaga diri. Nanti kalau saya call awak, angkat eh? Saya nak tanya pasal homework." pinta Seoyun.
Hoseok mengangguk lemah. Seoyun meletakkan kedua jari telunjuknya pada hujung bibir Hoseok dan menarik ke pipi agar lelaki itu tersenyum.
"Smile?"
Akhirnya, Hoseok tersenyum. Tapi dia hanya memberikan senyuman nipis buat Seoyun.
"Okay. Awak pun jaga diri." kata Hoseok.
Seoyun mengangguk kelegaan. Mereka melambaikan tangan sebelum berpisah di situ. Seoyun mengikuti Soobin ke kereta mewah berwarna hitam yang diparkir di tepi jalan manakala Hoseok pula sudah berjalan masuk ke dalam sekolah.
Sebaik saja masuk ke dalam kereta, Heuningkai yang ditugaskan sebagai pemandu terus membawa mereka ke hospital di mana Taehyung ditempatkan.
"Err, Cik Seoyun. Lelaki tadi tu namjachingu Cik Seoyun ke?" tanya Soobin.
Seoyun pantas menggeleng.
"Ani. Dia bestfriend saya. Kawan je tak lebih pun."
Soobin mengangguk faham. Heuningkai terus memandu menuju ke hospital tersebut tanpa sepatah kata dan suara.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Soobin menghantar Seoyun sehingga tiba dihadapan pintu wad Kim Taehyung. Selepas itu, Soobin meminta diri untuk turun semula ke bawah.
Seoyun membuka pintu perlahan-lahan dan mula melangkah masuk ke dalam wad tersebut. Udara sejuk yang dikeluarkan melalui aircond yang ada di dalam wad tersebut menampar wajahnya perlahan.
Sebaik saja dia tiba, ada seorang wanita sedang duduk membelakanginya sambil berbual dengan Taehyung.
Taehyung melambaikan tangannya selepas ternampak wajah Seoyun. Wanita itu pula terus berpaling kebelakang untuk melihat siapa yang ada di belakangnya.
Seoyun pantas mengukirkan senyuman buat mereka berdua. Wanita itu pun turut melakukan hal yang sama.
Dari mata Seoyun, wanita itu mesti ibu kepada Taehyung. Dari segi pakaiannya sudah jelas bahawa wanita itu berasal dari golongan elit.
"Kamu siapa, si cantik?" sapa wanita itu.
Dia mula berjalan menghampiri Seoyun. Rambut panjang Seoyun yang tidak berikat dibelainya perlahan.
Baru saja Seoyun ingin memperkenalkan dirinya, Taehyung terlebih dahulu bersuara.
"Mama, tu yeojachingu Tae." kata Taehyung selamba dan diselangi dengan senyuman nakal pada wajah kacaknya.
Wanita itu memandang anaknya dengan pandangan seakan tidak percaya. Kemudian, dia kembali memandang Seoyun yang sudah menunduk malu di hadapannya.
"Aww, kamu malu ke si cantik? Janganlah malu." katanya dengan manja.
Dibawanya Seoyun ke dalam pelukan. Bibirnya mengucup kedua belah pipi mulus Seoyun. Gadis itu hanya tersenyum malu.
"Ni mama Tae, Puan Kim. Nama kamu siapa, si cantik?" tanya Puan Kim kepada Seoyun.
"Saya Choi Seoyun."
Puan Kim tersenyum lagi. Seoyun dipeluknya sekejap. Puan Kim memandang Taehyung yang masih tersenyum ke arah mereka berdua.
"Terima kasih sangat, Seoyun sebab sudi jenguk anak mama kat sini." ucapnya sambil ketawa kecil.
Hampir saja Seoyun tergelak. Dia sudi jenguk Taehyung di sini? Eh, kalau boleh dia langsung tak nak ambil tahu pasal lelaki itu. Dia nak terperuk ke, terkurung ke, suka hati dia lah.
Tangan Puan Kim mengelus lembut wajah cantik Choi Seoyun.
"Cantiknya kamu, sayang. Pandai Tae carikan bakal menantu untuk mama, hiks."
Tawa yang meletus daripada Taehyung membuatkan Seoyun ingin saja melemparkan bakul buah yang berada berdekatan dengannya kepada Taehyung.
"A-Aunty, saya kawan dia je. Bukan yeojachingu dia." Seoyun memberitahu perkara sebenar agar Puan Kim tidak salah faham.
Puan Kim memandangnya pelik.
"Mama, dia memang macam tu. Malu. Kalau dia tak mengaku, tak apa. Nanti one day dia akan jadi isteri Tae pulak."
Seoyun ingin memberitahu hal sebenar tapi si Taetarik ni pulak putar belitkan keadaan. Haih tak guna punya namja!
Puan Kim tergelak. Kepalanya digelengkan perlahan melihat tingkah dua anak muda di hadapannya ini.
"Tae, mama pergi dulu. Nanti lambat. Si cantik, mama harap dapat jumpa kamu lagi." kata Puan Kim lalu mengucup lembut dahi Seoyun.
Tindakan wanita itu membuatkan Seoyun terkejut tapi ada terselit perasaan terharu kerana dipuji sebagai 'Si Cantik'.
Wanita itu melambai-lambaikan tangannya dan tersenyum sebelum dia keluar dari wad Taehyung. Sebaik saja Puan Kim keluar, Seoyun sudah mengetap bibirnya geram.
Dia membaling beg yang hanya mempunyai beberapa buah buku kepada Taehyung. Dia belasah namja itu cukup-cukup.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Seoyun, aku lapar." adu Taehyung sambil bibirnya dimuncungkan.
Seoyun yang sedang belajar hanya menjeling lelaki yang beraksi dengan penuh kegedikan di hadapannya itu.
"Perut awak tu ada jin ke? Bubur dah dua mangkuk awak telan. Kalau nak makan, pergi turun bawah sendiri. Tak nampak ke saya tengah study ni?" kata Seoyun tanpa sedikitpun memandang ke wajah Taehyung.
Menyibuk betul dia tu. Belum cacat lagi, perangai macam dah cacat satu badan.
Taehyung mencebik lalu menjengukkan sedikit kepalanya untuk melihat subjek apa yang sedang Seoyun pelajari.
Seoyun mencapai handphonenya dan mula mencari nombor telefon Hoseok. Dia tidak faham bagaimana latihan yang Hoseok maklumkan padanya tadi.
Dia bangun dan menuju ke arah tingkap.
"Hoseok?"
"Ya? Ada apa?" suara Hoseok kedengaran di hujung corong telefon.
"Saya tak faham latihan tu macam mana. Boleh awak ajarkan saya?"
"Boleh, tapi waktu dah balik nanti tau? Benda ni rumit sikit kalau discuss dalam phone. Kalau tak pun petang ni saya datang rumah awak? Boleh?" cadang Hoseok.
Seoyun terus mengangguk laju. Lagi best kalau dia ada teman belajar.
"Boleh, boleh. Nanti saya share alamat rumah saya."
"Okay!"
"Erm, Hoseok?"
Seoyun memanggil lelaki itu. Hoseok hanya menjawab dengan deheman kecil.
"Awak rehat dengan siapa tadi?" soal Seoyun dengan lembut. Gadis itu dapat mendengar keluhan kawan baiknya dalam telefon.
"Macam biasa. Seorang diri." Hoseok tergelak kecil bagi menyembunyikan rasa sedihnya.
Seoyun turut mengeluh.
"Hmm, nanti kita rehat sama-sama. Eung? Saya letak dulu. Bye."
"Eung. Bye."
Seoyun mematikan telefonnya. Pusing saja ke belakang, hampir tercabut jantung Seoyun tatkala memandang wajah Taehyung yang sangat dekat dengan wajahnya.
Tangan Seoyun menolak dada Taehyung agar lelaki itu menjauhinya.
"Call boyfriend kau ke?" tanya Taehyung, sinis.
"Iya. Kenapa?" balas Seoyun dengan sinis juga.
Taehyung tersenyum mengejek. Dia duduk semula di atas katilnya. Seoyun kembali memegang pen dan cuba memahami latihan susah yang diberi oleh Cikgu Lucas.
Cikgu tu harap je handsome, tapi dengki. Semua nak bagi latihan susah. Bila exam, soalan pun lagi susah. Macam orang tak pernah belajar je.
"Kenapa tak suruh aku ajar je?"
Seoyun memandang Taehyung dari ekor matanya saja. Kemudian, dia kembali fokus pada latihan tersebut.
"Dah bisu ke? Jawab lah!"
"Kalau saya tanya pun, awak tahu ke? Halamak!"
Menyemak betul! Taetarik tu macam buat-buat buta je yang orang tengah fokus kat latihan ni.
"Eh, aku belajar benda ni dulu dari kau. Aku tahulah. Aku ni bukan setakat handsome je, aku jejaka hot yang pandai. Kau lupa ke aku duduk kelas pertama? Huh? Jangan samakan aku dengan kau. Kau tu ye lah, duduk kelas nombor dua. Mesti corot kan paper math kau?" dalam Taehyung memuji dirinya sendiri, sempat lagi dia mengutuk Seoyun depan-depan.
Hati Seoyun sudah membara dengan kata-kata Taehyung. Kalau dia naga, dah lama lelaki di depannya ini kena sembur dengan api.
"Kalau pandai pun tapi perangai macam budak kelas bawah, tak ada guna jugak. Sebodoh-bodoh saya ni pun, saya jugak yang kena jaga awak kat sini tau? Kenapa tak panggil je classmate awak yang pandai tu?"
Hilang sudah mood Seoyun mahu belajar. Rasa nak hempuk je si Taehyung ni. Dia ingin menyimpan semua bukunya di dalam beg tapi Taehyung pantas menahan tangannya.
"Cepat, aku ajar." katanya dengan tegas.
Seoyun menggeleng laju.
"Oh, degil eh? Okay, pilih. Nak aku cium ke nak aku ajar? Hah, pilih."
Kalau lama-lama dia duduk di sini dengan lelaki ini, boleh terkena penyakit darah tinggi kerana darah selalu naik asyik rasa nak marah je.
Seoyun kembali mengeluarkan semula buku tersebut dan meletakkan di hadapan Taehyung.
"Good girl! Ingatkan nak kiss aku tadi."
Seoyun terus membaling pencil case miliknya ke arah dada lelaki itu. Taehyung hanya tergelak dan dia mula mengajar Seoyun bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang dihadapinya sejak dari tadi.
"Hmm, tak sangka pulak mamat photographer biadap ni pandai math, heh!" bisik Seoyun dalam hati.
Tak mahu memuji lelaki itu depan-depan. Nanti dia kembang sebaldi.
------
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro