CHAPTER 5 🌺
。゚•┈୨ 8 votes + 6 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Kalau nak tahu berapa nilai panjang segi tiga ini, kamu perlu menggunakan kaedah Teorem Phytaghoras. Lihat balik untuk yang sebelum ni. Kalau kamu tak gunakan kaedah tu, sampai bila-bila pun kamu takkan dapat jawapan." terang Cikgu Lucas.
Cikgu muda itu melukis beberapa segi tiga untuk dijadikan latihan kepada pelajar-pelajarnya. Mereka semua tekun melukis segi tiga yang sudah dilukis oleh Cikgu Lucas pada papan putih.
Begitu juga Hoseok. Tapi, tidak bagi Seoyun. Gadis itu melukis benda lain selain apa yang Cikgu Lucas lukis di depan.
Hoseok menjenguk kerja yang dilakukan oleh tablematenya itu.
"Yah, Seoyun-ah! Awak buat apa?" bisik Hoseok perlahan di telinga Seoyun.
Seoyun tidak menjawab. Dia masih leka melukis gambar pokok pada buku tulis Matematik. Gambar segi tiga itu habis diubah menjadi gambar kartun.
"Macam mana kalau Cikgu Lucas datang sini? Nanti awak kena marah."
Seoyun menggeleng.
"Saya pasti Cikgu Lucas takkan datang sini. Cikgu malas nak jalan. Tempat kita jauh kot." Seoyun tidak mahu kalah.
Hoseok mengalah. Bahunya diangkat dan dia kembali menyambung semua kerjanya.
"Selamat pagi, cikgu."
Semua pelajar memandang dua orang lelaki yang datang secara tiba-tiba di muka pintu kelas dengan memakai suit seperti CEO dalam drama tu.
Cikgu Lucas terus bangun dan menghampiri dua lelaki tersebut. Mereka bersalam sesama sendiri.
"Selamat pagi. Ada apa ya, encik?" tanya Cikgu Lucas dengan penuh sopan.
"Maaf jika kami mengganggu sesi pengajaran cikgu. Kami berdua adalah bodyguard kepada Tuan Muda Kim Taehyung. Dia meminta kami berdua bawa seorang pelajar bernama Choi Seoyun ke hospital kerana tuan muda mengalami keracunan makanan."
Salah seorang daripada dua lelaki itu menyatakan tujuan mereka datang ke sini. Pelajar 3B-1 mula berbisik dengan tablemate masing-masing. Hoseok tidak dapat mendengar dengan jelas apa yanh dikatakan lelaki tadi. Jadi, dia hanya melihat saja dari tempatnya.
Seoyun pula macam biasa. Tak pernah kisah apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.
Mulut Cikgu Lucas membulat. Kepalanya dianggukkan perlahan.
"Choi Seoyun!"
Cikgu Lucas memanggil nama Seoyun dengan sedikit kuat agar pemilik nama itu terdengar. Seoyun terus mengangkat kepala sebaik saja namanya dipanggil oleh guru muda itu.
"Ikut mereka berdua. Taehyung nak jumpa kamu di hospital." kata lelaki tersebut.
Seoyun mengerutkan keningnya. Lantas, dua orang lelaki bersuit tersebut datang menghampiri Seoyun. Salah seorang dari mereka hendak mengambil beg Seoyun tapi gadis itu pantas menghalang.
"Ish, tak boleh sabar ke encik ni?" Seoyun mendengus geram. Lelaki yang berdiri di sebelahnya dijeling tajam.
Seoyun menyimpan semua buku ke dalam beg dan mula bangun dari tempat duduknya. Kerusi dimasukkan ke bawah meja dengan kasar.
'Menyampah betul lah mamat tak guna tu!' Seoyun memaki Taehyung dalam hati.
"Cik jangan risau, nanti kami akan hantar cik pulang." kata lelaki tersebut.
Seoyun hanya membalas dengan jelingan. Dia mengikuti langkah dua orang lelaki tersebut dari belakang tanpa memandang rakan sekelasnya yang sedang memandang dirinya tak berkelip.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
SEOUL NATIONAL UNIVERSITY HOSPITAL
Kedua lelaki tadi mengiringi Seoyun masuk ke dalam hospital tersebut. Kalau dah nama hospital, mana pernah lengang kan? Setiap hari meriah dengan orang sakit.
Seoyun dibawa ke wad persendirian yang didiami oleh Taehyung. Ternyata jejaka itu duduk di dalam wad VVIP yang disediakan di hospital tersebut.
Mereka bertiga tiba di hadapan pintu wad yang tertulis nama Kim Taehyung pada pintu tersebut. Salah seorang bodyguard itu memberi isyarat agar temannya yang seorang lagi menunggu di luar bersama Seoyun sementara dia masuk terlebih dahulu.
"Siapa nama encik?"
Ingin menghilangkan kesunyian menyelubungi mereka, Seoyun menegur lelaki yang masih berdiri tegak di sebelahnya.
"Saya Choi Soobin."
Lelaki yang dikenali sebagai Choi Soobin itu memperkenalkan dirinya dan tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit yang dalam pada pipinya.
"Oh, wow. Tak sangka marga kita sama. Saya Choi Seoyun, awak Choi Soobin." Seoyun tersengih.
"Erm, yang kat dalam tu siapa namanya?"
"Oh, itu Kai Kamal Heuning. Panggil dia Heuningkai." jawab Soobin.
Seoyun menayang riak wajah kagum. Serious rare gila nama salah satu jejaka tadi.
Soobin ketawa kecil dengan riak kagum yang ditunjukkan Seoyun. Heuningkai yang masuk ke dalam bilik tadi keluar.
"Cik Seoyun, tuan muda suruh cik masuk." arahnya dengan lembut.
Seoyun mengamati wajah lelaki di hadapannya. Berdasarkan penglihatan matanya, dia merasakan bahawa Heuningkai bukan orang Korea.
Seoyun mengangguk perlahan.
"Encik berdua tak nak masuk ke?"
Heuningkai dan Soobin serentak menggelengkan kepala.
"Tuan muda suruh cik je yang masuk." kata Heuningkai.
Seoyun mengangguk akur. Pintu wad mula dikuak. Dia berjalan masuk ke dalam wad tersebut.
Seoyun melihat Taehyung sedang menonton TV sambil memakan buah epal yang telah dipotong dengan penuh tenang.
Tersedar dengan kehadiran Seoyun, mata Taehyung beralih memandang wajah gadis yang sudah mula cemberut memandangnya. Taehyung memberikan senyuman box smile miliknya buat Seoyun.
"Duduk." arahnya.
Seoyun mengangkat kening.
"Tak reti nak duduk dah ke? Ke nak aku angkat kau?" suara garau Taehyung menyindir Seoyun.
Seoyun menghentakkan kakinya. Dia menghenyakkan punggung pada sofa yang terletak bersebelahan dengan katil Taehyung.
Lelaki itu menghulurkannya sebiji epal untuk Seoyun tapi gadis itu hanya membalas dengan jelingan tajam. Taehyung menarik semula epal itu dan memakannya.
"Kau bagi aku minum apa hah sampai aku keracunan makanan?" tanya Taehyung yang masih mengunyah epal dalam mulutnya.
Seoyun mengangkat bahu. Berpura-pura tidak tahu apa yang terjadi.
"Disebabkan kau yang buat aku macam ni, kau kena datang sini selama seminggu untuk jaga aku. Arasseo?"
Seoyun membulatkan matanya. Taehyung pula hanya menayang senyuman yang mengejek.
"Apahal pulak saya kena jaga awak? Habis tu, takkan lah saya nak ponteng seminggu?" Seoyun tidak dapat menerima tentang 'hukuman' yang dijatuhkan oleh Taehyung.
"It's your bussiness, not mine. Kau pandai-pandailah settle hal tu sendiri. Apa yang aku tahu, kau kena datang sini jaga aku mengikut waktu sekolah." dengan selamba Taehyung menjawab.
Melebih betul mamat ni!
"Food poisoning je pun, takkan lah sampai seminggu masuk wad? Lagipun, apa bukti awak nak tuduh saya yang buat awak kena food poisoning tu? Awak tahu ke tak dosa memfitnah? Hah?" bertubi-tubi Seoyun menembak Taehyung dengan soalan.
Taehyung mengeluh. Dia bangun sedikit dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Seoyun. Gadis itu dapat merasakan nafas hangat Taehyung yang menampar lembut wajahnya.
"Sekacak-kacak aku, tak pernah lagi aku memfitnah orang. Kau...mesti letak air paip dalam botol mineral tu kan?" tebak Taehyung. Mata bulat Taehyung memandang Seoyun untuk menunggu jawapan dari bibir merah gadis itu.
Seoyun mengeluh dalam hati. Wajah Taehyung yang masih dekat dengan wajahnya membuatkan pergerakannya terkaku.
"It's okay. Aku tahu. Jadi, kau kena lah ikut apa yang aku suruh. Kalau tak, aku suruh parents aku report kat parents kau sebab buat aku macam ni. Nak tak?"
Taehyung berasa seronok pula untuk mengenakan gadis itu. Seoyun mengecilkan matanya memandang Taehyung yang sudah tergelak dengan penuh kejahatan.
"Ye lah! Sikit-sikit nak mengadu! Dasar anak manja!" bentak Seoyun.
Dia tak mahu eomma dan appa terlibat dengan masalah yang dilakukannya sendiri. Rasa menyesal pulak bagi si Taetarik ni minum air paip. Rasa nak je undur masa balik kalau dia tahu ini yang akan terjadi.
Seoyun bangkit dari sofa tersebut. Dia ingin pulang ke rumah.
"Nak pergi mana tu?" soal Taehyung.
"Nak balik lah. Kan saya dah datang tengok awak, esok saya datang lagi. Nanti tak pasal-pasal eomma dengan appa saya pulak awak libatkan." Seoyun menyindir lelaki itu.
Taehyung lantas menegakkan jari telunjuknya dan menggerakkan ke kiri dan ke kanan tanda tidak membenarkan Seoyun pulang.
"Kerja kau bukan duduk melanguk je kat sini sambil tengok muka aku yang handsome ni. Kau kena suap aku makan, teman aku tengok TV, jalan-jalan kat taman bawah tu, pergi kiosk."
Seoyun rasa hendak pitam dan pengsan di situ juga apabila Taehyung menyatakan tugasnya di hospital ini mulai hari ini dan hari yang seterusnya sehingga tamat masa seminggu.
Kalau boleh, beg yang penuh dengan buku ni nak je dihempaskan pada muka Taehyung yang tak tahu malu itu.
"Awak ni gila ke apa? Food poisoning, tapi sakit macam baru lepas accident. Boleh makan sendiri kan? Boleh tengok TV seorang diri kan? Boleh jalan sendiri pergi taman and kiosk kat bawah tu kan?"
Taehyung tetap memberi jawapan yang sama. Kepalanya digelengkan.
"Nak kena report ke tak nak? Nak ke tak nak? Nak ke tak nak?" Taehyung bergurau tapi masih dalam keadaan mengugut.
Oh Tuhan, kuatkanlah hati seketul Seoyun.
"Dah, tak payah nak banyak fikir. Now, ambil mangkuk yang ada bubur tu and suap baby kau yang comel ni makan. Kesian aku. Aku dah lah lapar."
Taehyung bercakap menggunakan intonasi suara anak kecil yang sedang meminta ibunya untuk menyuap makanan.
Seoyun menjerit kecil dengan tingkah annoying Kim Taehyung itu. Dia berjalan geram dan mengambil semangkuk bubur itu dan duduk di sebelah Taehyung.
Lelaki itu sudah menganga mulutnya terlebih dahulu. Seoyun memberikan jelingan maut lalu memasukkan sudu yang berisi bubur itu ke dalam mulut Taehyung dengan kasar.
Namun, Taehyung terus berhenti mengunyah. Dia membuka mulutnya dan jari telunjuknya di masukkan menyentuh gusi pada gigi bawahnya. Dia keluarkan semula jarinya dan mendapati ada cecair merah melekat di tangannya.
Taehyung berdecit perlahan. Matanya terpejam rapat kerana mula terasa pedih dengan luka pada gusinya akibat terkena sudu besi semasa Seoyun menyuapkannya bubur tadi.
Taehyung memandang Seoyun dengan pandangan tajam. Mangkuk bubur yang ada di tangan Seoyun dicapai kasar.
"Kalau tak ikhlas, tak payah lah sampai buat gusi aku berdarah. Suruh suap pun susah!"
Taehyung mula menyuap bubur itu sendiri. Kecil hatinya kerana Seoyun memperlakukannya sebegitu. Seoyun sudah mula diserang rasa bersalah atas apa yang dia buat pada Taehyung.
"T-Taehyung, sorry. Saya tak sengaja. Dah lah, bagi sini bubur tu. Saya suapkan."
Walaupun tak rela, tapi dia kasihan melihat lelaki itu menahan kesakitan kerana dirinya sendiri. Seoyun mengambil mangkuk bubur daripada Taehyung dan mula menyuap lelaki itu. Kali ini tidak kasar seperti tadi.
Taehyung sengaja memasamkan mukanya agar kelihatan dia sedang marah padahal dalam hatinya sudah berbunga keriangan. Memandangkan wajah Seoyun yang serba salah itu membuatkan hati Taehyung dijentik rasa lucu.
Comel pulak bila gadis itu sedang serba salah. Tak sia-sia dia berpura-pura marah tadi.
-------
TBC
1617 words for this chapter ❤ so guys, ingatkan nak update untuk next chapter tapi idea pulak tersumbat petang-petang ni halahai 🤐
so far, okay tak jalan cerita ni? Kalau tak okay, putri nak delete :( tapi rasa sayang pulak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro