CHAPTER 4 🌺
。゚•┈୨ 5 votes + 5 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Kaki Seoyun melangkah malas masuk ke dalam kawasan sekolah. Dari jauh dia dah nampak kebanyakan budak perempuan sedang duduk di bangku sambil touch up wajah mereka agar kelihatan berseri.
Heh, dorang tu lawa guna make up. Aku lawa natural.
Seoyun masuk ke dalam kelas. Hoseok sudah pun sampai. Lelaki itu tekun menulis sesuatu. Seoyun menarik kerusi dan duduk.
"Buat apa tu?" tanya Seoyun.
Hoseok tersenyum manis memandang Seoyun di sebelah.
"Siapkan essay yang Cikgu Suho bagi tu. Semalam nak buat tapi rasa malas pulak."
Seoyun mengeluarkan buku essaynya dan diletakkan di atas meja. Dia membelek-belek helaian buku tersebut.
"Saya dah siap." kata Seoyun.
Hoseok hanya tersenyum.
"Guys, Cikgu Mina dah panggil suruh kita turun bawah!"
Min Eunhee, budak perempuan yang paling diva, gedik tapi bila exam nombor last itu memanggil kawan-kawan sekelasnya agar turun ke bawah.
Maka, yang lain bangun dan berlari sambil diiringi oleh jeritan yang menyakitkan telinga. Bukan excited nak bergambar sekelas, tapi excited nak bergambar dengan crush lepas tu set sebagai wallpaper lock screen.
Seoyun mengeluh malas. Hoseok sudah pun memasukkan pen yang digunakannya ke dalam pencil case. Buku ditutup dan disimpan di dalam beg. Kerusi dimasukkan ke dalam meja.
"Jom?" ajak Hoseok.
Seoyun tersenyum nipis dan mula berdiri.
Dia berjalan mengikut Hoseok di belakang. Tiba-tiba muncul satu idea dalam benak fikirannya.
"Ha, Hoseok! Saya nak pergi toilet kejap."
Hoseok mengangguk kecil.
"Saya tunggu, okay?"
Tapi, Seoyun pantas menggeleng.
"Eh, tak apa. Saya nak memerut ni. Nanti lambat pulak. Tak apa, awak tunggu je kat sana. Nanti saya datang." bohong Seoyun.
Hoseok mengangguk lagi.
"Okaylah, saya pergi dulu."
Seoyun mengangguk. Hoseok sudah pun pergi sehingga bayangnya pun menghilang. Seoyun menghela nafas lega. Dia memandang kiri kanan agar tiada orang yang melihatnya di situ. Dah macam pencuri gayanya.
Seoyun terus berlari menuju ke kawasan belakang stor. Di situ ada beberapa buah bangku yang masih elok. Seoyun menjadikan itu tempat dia lepak bersendirian sementara menunggu masing-masing bergambar.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Okay, ready!"
Taehyung mula mendekatkan kamera pada matanya. Tapi, langkahnya tiba-tiba terhenti.
"Erm, cikgu, kelas 3B-1 ada berapa orang?"
tanya Taehyung dengan sopan.
Kedudukan pelajar macam tak balance. Seperti kurang satu.
"27 orang." jawab Cikgu Mina.
Taehyung mula mengira pelajar 2B-1 dengan perlahan. Jarinya ditunjuk kepada semua pelajar kerana dia sedang mengira.
Keningnya bertaut.
"Siapa yang tak ada, cikgu? Ada 26 orang je."
Masing-masing mula lah tengok kawan sebelah kiri dan kanan. Tidak dapat mencari siapa yang tiada di situ. Hoseok baru tersedar bahawa Seoyun tiada.
Dia pantas mengangkat tangan.
"Seoyun tak ada, cikgu!"
Barulah pelajar lain mengangguk. Cikgu Mina memeriksa pelajar di belakangnya.
"Ye lah, Hoseok boleh cari kan Seoyun? Bagitahu dia cepat sikit. Sesi bergambar dah nak mula." pinta Cikgu Mina.
Hoseok mengangguk akur dan keluar dari barisan tersebut. Dia berlari menuju ke tandas perempuan.
Dia memanggil nama Seoyun berkali-kali tapi tiada sebarang sahutan ataupun jawapan. Tandas itu tiada orang. Hoseok berlari pula ke kelasnya. Juga sama, tiada sesiapa di situ.
Hoseok sudah berpeluh kerana dia berlari dari bawah sehingga ke atas untuk mencari di mana Seoyun berada.
Dia pergi pula ke rooftop, tiada sesiapa di situ. Dia berdiri di tepi tiang. Melepaskan penat sementara matanya masih meliar mencari susuk tubuh Seoyun. Matanya tak sengaja memandang ke bawah. Dia ternampak ada seorang pelajar perempuan sedang duduk.
"Hah, tu Seoyun kan?" bisiknya perlahan.
Hoseok cuba melihat di mana kawasan tersebut. Dia sedang berada di kawasan belakang stor. Hoseok terus berlari turun sehingga tiba di kawasan tersebut.
"Seoyun-ah!" Hoseok memanggil nama gadis itu.
Seoyun segera berpaling. Tak sangka pulak Hoseok dapat mencarinya di sini.
"Kenapa awak duduk sini? Kita kan nak bergambar."
Seoyun menggeleng malas.
"Tak nak lah. Awak pergilah sendiri. Saya malas." selamba Seoyun menjawab.
Hoseok menarik tangan Seoyun tidak terlalu kuat supaya gadis itu mengikutinya.
"Jom, kesian kat Cikgu Mina. Dah berpeluh dia tunggu awak."
Hoseok tetap menarik Seoyun dan membawa gadis itu bersamanya ke tapak perhimpunan. Seoyun sudah banyak kali mengeluh, banyak mencipta alasan tapi Hoseok tak layan.
Tiba di tapak perhimpunan, semua pelajar 2B-1 memandang Seoyun bagaikan nak makan. Hoseok membawa Seoyun berdiri di sebelahnya.
"Dah 15 minit tunggu. Apasal lambat sangat?" Taehyung menayang wajah annoying.
Hoseok menundukkan sedikit badannya.
"Maaf, hyung."
Taehyung menjeling Seoyun yang menayang wajah masam mencuka. Kamera didekatkan pada matanya.
"One, two, three."
"Okay sekali lagi. One, two, three."
"Okay, buat freestyle pulak."
Masing-masing pun buat lah freestyle. Budak perempuan pulak kebanyakan buat mini love. Ceh, bagi kat Taehyung lah tu. Menyampah!
Seoyun pula hanya menggulingkan biji matanya ke atas. Malas nak layan.
"Okay, siap! Next!"
Taehyung mengangkat ibu jarinya. Kelas lain pula yang mengambil alih tempat bergambar. Hoseok dan Seoyun berlalu di sebelah Taehyung namun lelaki itu tiba-tiba memegang lengan Seoyun.
"Aku haus. Belikan aku air mineral, yang sejuk." pinta Taehyung dengan riak wajah yang tidak tahu malu.
Seoyun tidak memandang lelaki itu. Dia menarik tangannya kasar dari pegangan Taehyung.
"Nanti saya belikan." jawab Hoseok mewakili Seoyun yang masih berdiam diri.
"Aku tak nak kau beli. Aku nak dia beli."
Taehyung menekan perkataan 'dia' itu sambil memandang tajam ke arah anak mata Seoyun. Jari telunjuknya dihala kepada gadis itu.
Seoyun menjeling lelaki yang suka-suka hati menyuruhnya beli air itu. Apa, ingat aku ni bibik dia ke?
"Bagi lah duit!"
Seoyun menadah tangannya untuk meminta Taehyung memberikannya duit.
"Alaa, 1000 won je pun. Tu pun nak berkira. Aku boleh belikan kilang air mineral lah!"
"Hah, mana? Bagilah duit sini!"
"Ah, pergi beli cepat! Kalau tak, nasib kau!" ugut Taehyung.
Seoyun mengetap giginya tanda geram. Dia menarik tangan Hoseok dan berjalan menuju ke kantin untuk membeli air mineral.
Hoseok mengeluarkan dompet dari poketnya. Dia menghulurkan not 1000 won kepada Seoyun.
"Pergilah belikan dia air."
Tapi, Seoyun menolak duit yang diserahkan Hoseok. Idea nakal mula menjengah mindanya. Dia tersenyum senget.
"Awak jangan komen apa-apa. Just tengok apa yang saya nak buat. Eung?"
Hoseok hanya memerhatikan tingkah Seoyun. Gadis itu pergi ke kaunter pembayaran di kantin. Ada seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an sedang berdiri di situ.
"Ahjumma, ada botol air mineral kosong yang bersih tak? Kalau ada, bagi saya satu."
kata Seoyun kepada ahjumma tersebut.
Wanita itu mengangguk kecil dan berlalu ke kawasan dapur. Kemudian dia datang semula dengan memegang sebuah botol di tangannya.
"Nah, untuk kamu."
Ahjumma tadi menyerahkan botol itu kepada Seoyun.
"Gomawo. Nak saya bayar ke?"
Ahjumma itu hanya menjawab dengan gelengan kepala. Seoyun meminta diri dan dan dia mula melangkah. Hoseok hanya mengikutnya dari belakang, menanti apa yang Seoyun akan buat dengan botol kosong tersebut.
Mereka tiba di hadapan makmal sains. Seoyun mencari di mana terletaknya pili air. Akhirnya pili air dijumpai. Senyumannya semakin lebar.
Dia membuka pili air tersebut lalu menuangkan air paip itu ke dalam botol mineral kosong yang dipegangnya tadi.
"A-Awak nak bagi dia minum air ni ke?"
Hoseok terkaku melihat perbuatan Seoyun. Gadis itu mengangguk.Setelah air penuh, botol itu ditutup dengan rapat.
"Dengan sikap tak ada adab dia tu, dia patut dapat layanan macam ni. Dah lah mengarah orang sesuka hati, mintak duit tak nak bagi. Jadi, air inilah yang menanti. Dah, jom kita mintak ais kat ahjumma kantin." ujar Seoyun.
Hoseok seakan tak percaya bahawa Seoyun berani melakukan sebegitu. Dia hanya mengikut rentak gadis itu.
Selesai meminta ais, mereka berdua berjalan menuju semula ke tapak perhimpunan. Bibir Seoyun tak lepas dari tersenyum lebar. Taehyung pula kelihatan sedang fokus menangkap gambar.
Seoyun sudah siap-siap membuka penutup botol agar Taehyung terus meminumnya.
"Nah, air mineral sejuk untuk awak. Ni penutup botolnya. Saya pergi dulu."
Seoyun melambaikan tangannya dengan wajah riang. Taehyung menjeling gadis itu lalu meminum air tersebut tanpa ragu. Selepas itu, dia menutup botol itu dan menyambung semula sesi menangkap gambar.
Seoyun yang melihat Taehyung meminum air itu dari jauh terus melompat keriangan. Tangannya ditepuk berkali-kali. Teruja dapat mengenakan lelaki itu.
Lengan Hoseok ditampar perlahan. Dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan yang dirasai kini. Dah lama dia tinggalkan kerja mengenakan orang lain ni.
"Sedapnyaaaa tengok dia minum air tu. Haih, pandai betul kau, Seoyun."
Gadis itu memuji dirinya sendiri kerana idea nakalnya yang menjadi.
"Awak pasti ke yang dia tak apa-apa?"
Hoseok takut kalau keesokan harinya Taehyung mungkin akan kena sakit perut sebab meminum air paip. Orang kata, air paip banyak bakteria.
"Pasti sangat. Dia lelaki kot, takkan tak boleh tahan kan?"
Hoseok hanya mampu menggeleng kepala dengan idea nakal Seoyun. Yang pastinya, dia langsung tak terlibat malah tak menyumbang idea pun. Semuanya berasal dari fikiran Seoyun 100%.
Seoyun berjalan dengan penuh rasa puas hati masuk ke dalam kelas. Sumpah hari ni adalah hari yang paling bahagia dan bermakna buat seorang gadis bernama Seoyun.
Bukan bahagia kerana sudah punyai teman lelaki tapi bahagia sebab dapat mengenakan photographer hot yang biadap tu.
------
TBC
1442 words for this chapter ♥ hah gais, cuba teka apa jadi kat Taehyung for the next chapter?
And apa pulak jadi kat Seoyun?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro