CHAPTER 39 🌺
even hari ni bukan birthday put, i dunno laa kenapa put rasa excited angat ❤
[ 23 votes + 20 comments ]
⏭
"Kau pasti tugas kau tiada siapa yang perasan? Kalau kau kantoi, kau tahu nasib kau." ugut perempuan itu dengan keras.
Jari telunjuknya dituding di betul-betul hadapan dengan biji mata Do Yun. Lelaki itu teragak-agak menganggukkan kepalanya.
"T-Tapi Cik Muda, s-saya takut." kata Do Yun dengan tergagap.
Dia tak berani untuk memandang tepat ke arah wajah anak majikannya. Jadi, hanya dia menunduk saja menekur lantai.
"Tak perlu takut. Sampai bila kau nak jadi penakut? Kau kena berani, Do Yun." katanya dengan tegas.
Do Yun hanya mengangguk.
Kalau berani sepatutnya kau kena buat tugas ni dengan diri kau sendiri! Kau suruh aku berani sedangkan kau pun gunakan khidmat aku. Pengecut!
Do Yun menyumpah seranah perempuan yang berdiri angkuh di hadapannya kini hanya dalam hati.
Jikalau pangkatnya lebih tinggi dari perempuan tersebut, mahu saja dimaki perempuan yang dahagakan kasih sayang itu.
"Baik, Cik Muda. Saya pergi dulu."
Do Yun meminta diri untuk pergi dari situ. Menyampah bila lihat perempuan yang tak sudah-sudah memaksanya melakukan apa yang dia mahukan.
"Yuhuu, goodluck! Ingat, kalau kau berjaya, kekayaan menanti kau!"
Gembira saja suara perempuan tersebut. Dia melambai-lambai Do Yun yang sudah berjalan semakin jauh daripadanya.
Senyuman sinis tersungging di bibirnya.
"Soon, you will be mine my baby."
••••
"Tae, kau on the way ke?" tanya Hoseok perlahan melalui panggilan telefon.
"Ya. Wae?"
"Tak ada lah. Aku tanya je. Cepat sikit, sebab aku nampak dia dah mula bosan. Idea aku dah kering ni nak buat dia leka. Dah lah lawak aku hambar." kata Hoseok.
Matanya memerhatikan Seoyun yang sedang leka melihat pemandangan di sebelah kiri dan kanannya.
"Alaa kau buat je. Hambar tak hambar tu lain cerita. Kau cari lah topik untuk bersembang. Nanti dia leka lah tu. Dalam lima minit aku sampai."
Hoseok memuncungkan bibirnya sedikit. Sumpah dia tiada idea untuk membuat Seoyun leka lagi.
"Hmm, ye lah. Okay. Bye."
"Bye."
Handphone ditutup lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. Hoseok pantas berjalan mendekati Seoyun.
"Seoyun-ah, awak tak--"
"Hoseokkie, awak tunggu siapa ni? Kalau awak nak dating, janganlah ajak saya." kata Seoyun.
Gadis itu berpeluk tubuh.
"Hehe, tunggu lah kejap."
Seoyun mengeluh perlahan. Pandangannya dibuang ke arah jalan raya yang tidak terlalu padat dengan kenderaan.
••••
<KIM TAEHYUNG'S POV>
Sejambak bunga ros merah dan sebuah kotak yang berisi kek di tempat duduk penumpang itu aku pandang.
Senyuman manis terukir di bibirku saat membayangkan reaksi yang diberikan Seoyun apabila aku membuat kejutan ini.
Keretaku meluncur laju saat menuruni bukit yang semakin hampir dengan taman yang aku ingin tujui.
Kakiku cuba menekan pedal brek beberapa kali malangnya brek tidak berfungsi. Kereta aku semakin laju menuruni bukit.
"Yah! Kenapa pulak brek ni?!"
Aku cuba menekan lagi pedal dengan kuat. Malangnya ia masih sama. Tiada tanda-tanda kereta aku akan berhenti.
Jantungku sudah berdetak dengan laju. Peluh di dahi mula keluar. Aku panik.
Stereng cuba aku kawal sebaik mungkin agar kenderaan ku berhenti.
Aku cuba untuk tidak masuk ke dalam lorong sebelah. Tapi, entah di mana silapku stereng ku berpusing ke kiri dan menyebabkan keretaku masuk ke lorong sebelah.
Aku terus menoleh ke kiri dan aku terlihat ada sebuah treler merempuh keretaku sebelum aku menutup mata dan telingaku menangkap bunyi geseran tayar dan hon yang kuat.
Selepas itu, duniaku terus gelap.
••••
"Hoseokkie, mana kawan awak ni? Saya dah lapar lah." keluh Seoyun.
Rambut yang diikat kemas tadi sudah mula kelihatan serabai.
"Sabar. Kejap je lagi." beritahu Hoseok.
Dia juga telah mula bimbang jika Seoyun ingin memintanya hantar pulang ke rumah. Hatinya berbisik agar Taehyung segera sampai di situ.
"Seoyun-ah, saya kan ada--"
SRRRREEETTTTTT
Mata Seoyun dan Hoseok segera membulat. Tak sangka akan ada perkara ngeri yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri.
Seoyun mula berdiri. Begitu juga dengan Hoseok.
"H-Hoseokkie, tu b-bukan kereta T-Tae ke?"
Tangan Seoyun mula menggeletar saat menunjuk ke arah kereta mewah yang amat dikenalinya sudah dirempuh sebuah treler yang besar.
Hoseok mula melihat dengan lebih dekat lagi. Nombor plat kereta memang sama dengan kereta Taehyung.
"S-Seoyun-ah..."
Air mata Seoyun mula mengalir dengan deras. Kepalanya digeleng berkali-kali.
"A-Andwae! Taehyung-ah!" jerit Seoyun.
Dia mula berlari melintas di jalan raya tanpa memandang kiri dan kanan untuk melihat Taehyung di dalam kenderaannya yang sudah remuk.
Hoseok di belakang yang perasan bahawa ada kereta yang sedang laju daripada arah bertentangan pantas berlari mendapatkan Seoyun di hadapan.
"SEOYUN-AH! TEPI!"
SRRREEETTTTTTT
-----
TBC
739 words for this chapter!❤
hehew malam nanti put update lagi! harap-harap chapter kali ni tak hambar seperti biasa lah :((
selamat membaca!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro