Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 36 🌺

putera kayangan mana turun kat bumi ni? susah aa macam ni semua nak encem :(

[ 22 votes + 23 comments ]

[ DAY 5 ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Menara Eiffel, satu lambang kemegahan negara Perancis. Tempat yang sentiasa menerima kunjungan orang ramai dari serata dunia.

Kadangkala, menara tersebut menjadi saksi sebuah lambang percintaan bagi pasangan yang bercinta.

Kini, mereka berdua berdiri di sambil melihat menara cantik tersebut. Tapi kedudukan mereka agak jauh daripada menara itu.

"Ah, wae? Kenapa kau nangis?"

Taehyung terkejut kerana ternampak air mata Seoyun mengalir pada pipi mulus gadis itu.

Si jejaka pantas memandang si gadis.

"Nothing. S-Saya cuma tak sangka dapat tengok Menara Eiffel dengan kedua biji mata saya sendiri." kata Seoyun. Tangisannya masih bersisa.

Taehyung menghela nafas lega apabila Seoyun menyatakan sebabnya mengapa gadis itu menangis.

"Now, kau dah sampai kan?"

Seoyun mengangguk.

Taehyung tersengih lalu mendekatkan kameranya pada mata kiri jejaka itu.

"Seoyun! Pandang sini!" panggil Taehyung teruja.

"Yah! Taehyung-ah! Jangan lah ambil gambar saya! Pergilah ambil gambar orang lain!"

Si alien ni memang tau. Asal muka aku tengah huduh, dia sibuk nak ambil.

"Suka hati aku lah nak ambil gambar siapa! Hek eleh!" kata Taehyung.

Seoyun mengeluh perlahan. Taehyung ni memang tak boleh dihalang. Apa yang dia nak, pasti dia akan lakukan.

Akhirnya, mengalah adalah jalan terakhir yang dipilih Seoyun. Gadis itu pasrah jika segala mimik buruknya menjadi koleksi di dalam kamera Taehyung.

Klik!

"Hah, cantik kan? Saja lah tu nak aku puji, baru lah nak ambil gambar." perli Taehyung sambil menunjukkan hasil tangkapannya kepada Seoyun.

Wajah jejaka itu dijengil tajam.

"Mana ada! Siapa entah nak minta kena puji. Awak yang nak ambil gambar tu kan?" balas Seoyun balik.

Rasa nak cubit je Taehyung sekarang ni.

Kemudian, Taehyung mendekati salah seorang lelaki berkulit putih yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdua.

"Monsieur, pouvez-vous nous prendre en photo?"
( Encik, boleh ambilkan gambar kami? )

Lelaki itu terangguk-angguk sambil tersenyum. Taehyung menghulurkan kameranya kepada lelaki tersebut dan pantas berlari ke arah Seoyun semula.

"Seoyun-ah, duduk sini!" arah Taehyung.

Dia mula duduk di atas sebuah tembok. Seoyun mula mengikuti Taehyung duduk di situ.

"Kita nak ambil gambar."

"Oh."

Taehyung masih bingung untuk membuat gaya. Tak mahu lah guna gaya yang sama. Lapuk lah!

Hah!

"Seoyun-ah, buat macam ni!"

Seoyun memandang Taehyung dengan reaksi yang pelik.

"Kenapa pulak?"

"Eh, boleh tak kau buat je? Banyak songeh betul lah. Nanti aku tolak kau kat jambatan ni baru tahu!" ugut Taehyung lalu menjeling Seoyun di sebelahnya.

Eh, suka-suka hati dia je nak tolak aku!

Mereka membalas jelingan sehingga tersedar lelaki yang disuruh mengambil gambar mereka di  belakang sudah memanggil Taehyung.

"Ah, sorry sorry! Cepat lah, Seoyun!" gesa Taehyung lagi.

"Eee macam mana?!"

"Buat lah macam ni!"

"Eee apa ni? Tak nak lah! Nanti mesti orang ingat kita bercinta."

Jejaka itu mengeluh dengan semua alasan darjah satu yang dilontarkan Seoyun.

"Kau...boleh tak buat je?" pinta Taehyung dengan perlahan.

Gaduh dengan budak ni pun tak guna. Baik aku berlembut.

"Ish! Ye lah!"

Akhirnya, Seoyun aku dengan permintaan Taehyung. Tangannya dirapatkan ke tangan Taehyung berserta wajah yang masam mencuka.

Klik!

Bunyi kamera menandakan gambar mereka telah diambil oleh lelaki tersebut. Taehyung pantas mendekati lelaki itu.

"Merci, monsieur."
( Terima kasih, encik. )

Taehyung menyalami lelaki tersebut yang sudah tersenyum manis.

"C'est ta copine?"
( Adakah itu teman wanita anda? )

Taehyung tersenyum dan mengangguk bagi menjawab soalan yang ditanyakan lelaki tadi.

"Je prie pour que votre histoire d'amour avec lui dure pour toujours."
( Saya berdoa agar kisah cinta anda dengannya akan kekal selama-lamanya. )

Lelaki itu menghadiahkan Taehyung dengan sebuah senyuman manis. Pantas jejaka itu memeluk tubuh lelaki itu kejap dan mengucapkan terima kasih atas doa murninya.

Lelaki itu pun berlalu meninggalkan mereka berdua di situ.

"Cantik tak?"

Gambar yang diambil tadi ditunjukkan kepada Seoyun.

Gadis itu tertawa kecil melihat gaya comel yang mereka lakukan.

"Cantik sangat, Tae."

Taehyung mencapai kedua belah tangan Seoyun lalu memegangnya.

Mata Taehyung memandang mata Seoyun dengan lama.

"Aku tahu aku tak romantik macam lelaki lain. Tapi, aku nak bagitahu kau yang...aku cintakan kau." ucap Taehyung perlahan.

Seoyun terkejut mendengar luahan daripada jejaka tersebut. Dia dapat merasakan jantung mereka berdetak seiringan.

"Eiffel Tower, jambatan ni, padlock semalam, bandar Paris ni yang menjadi saksi cinta aku pada kau."

"Aku tahu, perangai annoying aku selalu buat kau rimas. Tapi aku buat macam tu sebab aku suka saja nak duga kau."

Angin yang bertiup lembut membelai wajah kedua insan yang sedang berada di dunia mereka sendiri.

"Setelah hampir enam bulan kita kenal, aku jatuh cinta dengan kau. Cuma, aku takut nak bagitahu sebab aku tahu, kau takkan terima aku."

Tahanlah dikau, wahai air mata. Jangan lah mengalir sekarang.

"Aku tahu kita budak lagi. Ye lah, umur baru belasan tahun. Kau 15, aku 16. Mana ada budak usia kita ni holiday sama-sama tanpa parents."

"Biasanya aku akan pergi dengan family aku bila appa free, tapi sebab sekarang appa busy. Jadi, aku boleh pergi seorang diri. Kalau sebelum ni, aku pergi sendirian. Kali ni, aku pergi berteman."

Seoyun tidak dapat lagi menahan air matanya dari terus mengalir. Jejaka itu mengeratkan lagi pegangan tangan mereka.

"Aih, aku membebel pulak. Erm, aku tak paksa untuk kau terima aku. Aku tahu aku--"

Chup!

Membulat terus mata Taehyung apabila Seoyun tiba-tiba menarik Taehyung lalu pipi jejaka itu dikucup kejap.

Wajah Taehyung sudah mula merah. Seoyun tertunduk malu.

"S-Saya tak nak cakap banyak. Cukup lah saya hanya balas saya c-cintakan awak juga." bisik Seoyun sambil senyuman yang tidak lekang daripada bibir.

Bahagia yang sudah lama tidak dirasakan kini datang kembali mengetuk pintu hati seorang lelaki yang bernama Kim Taehyung.

"Je t'aime."
( Saya cintakan awak. )

Walaupun sebutannya ke laut, lidah berbelit, tapi Seoyun cuba untuk bercakap menggunakan 'bahasa' Taehyung.

"Je t'aime aussi."
( Aku juga cintakan kau. )

Luahan cinta mereka diakhiri dengan pelukan yang cukup menenangkan.

"Sanggup eh kau belajar?"

"Hehe, tu je saya tahu."

"Kata nak pergi kedai coklat semalam. Jom lah! Petang nanti dah gerak pergi airport." ajak Taehyung sambil menyangkutkan kameranya pada leher.

Tangan Taehyung dicapai lalu mereka berjalan sambil berpegangan tangan meninggalkan jambatan tersebut.

"Nae. Jom."

"We love you, Paris!" jerit mereka berdua sebelum diiringi dengan gelak tawa yang menghiasi detik terakhir mereka di kota cinta ini.

-----
TBC

1019 words for this chapter!❤

woooo panjang woii HAHAHAHAH maaf kalau readers semua ngantuk nak baca.

kalau hambar maafkan put 🙁 tapi put fangirling masa taip chapter ni! put dapat rasakan Tae ada dengan put. omaigoddd😭❤

okay gais, selamat membaca!💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro