CHAPTER 35 🌺
si alien yang marvelous!
[ 22 votes + 22 comments ]
[ DAY 4 ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Selepas mereka pergi ke Queen Elizabeth II Flower Market, Taehyung membawa Seoyun ke sebuah jambatan yang dikhaskan untuk pejalan kaki saja.
Sewaktu berada di kedai bunga tersebut, Taehyung membelikan Seoyun sekuntum bunga mawar merah.
Katanya, dia bahagia.
Perempuan mana je yang tak happy bila dapat bunga?
Sejujurnya, banyak bunga beraneka warna yang dijual di kedai tersebut. Semuanya masih segar.
Tapi, sebelum Seoyun dan Taehyung tiba di jambatan Pont Alexandre III, jejaka itu menyinggah ke sebuah kedai.
Dia keluar dari kedai tersebut dengan sebuah padlock key di tangan.
Kemudian, Taehyung terus berjalan ke jambatan tersebut sambil memimpin tangan Seoyun.
"Awak nak buat apa dengan padlock tu?"
Seoyun hanya melihat Taehyung menulis sesuatu pada padlock tersebut.
Hairan lah juga, semua benda ada dalam poket dia sampai marker pen pun ada sekali.
Apabila Seoyun cuba berdiri lebih dekat lagi dengan Taehyung, baru gadis itu tersedar bahawa Taehyung bukan menggunakan marker pen sebaliknya jejaka itu menggunakan liquid paper.
Selesai menulis, dia menunjukkan padlock tersebut kepada Seoyun. Mata gadis itu bergerak kerana membaca apa yang jejaka itu tuliskan.
Kim Taehyung
♡
Choi Seoyun
"Huh?"
Seoyun memandang anak mata Taehyung.
Taehyung mengangguk. Box smilenya mula kelihatan.
"Untuk apa?"
"Je t'aime."
( Aku cintakan kau. )
Taehyung menjawab dengan menggunakan satu perkataan french language.
"Boleh tak jangan guna bahasa tu?"
Cakap macam aku expert je bahasa alien dia tu.
"Aku cakap, ni kenangan kita datang Paris." jawab Taehyung bersahaja.
Padlock itu mula disangkutkan pada pagar besi yang menjadi penghadang jambatan tersebut.
Sebenarnya, Taehyung saja membohongi Seoyun tentang apa yang dikatakannya tadi. Dia mahu Seoyun sendiri yang perasan.
"Awak cakap tadi macam dengar pendek je. Kenapa maksud dia panjang?"
Taehyung ketawa kecil. Bahu Seoyun dipeluknya sekejap.
"Cantik?"
Gadis yang sedang memegang bunga mawar itu laju mengangguk.
"Tapi kenapa nama kita je ada?"
Pelik lagi. Hanya padlock mereka saja yang ada di situ.
"Parce que seulement nous vivrons cette histoire d'amour."
( Kerana hanya kita saja yang akan hidup dalam kisah cinta ini. )
"Tae! Apa awak cakap ni?!"
Seoyun mencubit perut Taehyung membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.
Jejaka itu tergelak besar saat melihat wajah cemberut Seoyun kerana berbicara menggunakan bahasa french dengannya.
"Eee, saya benci awak!"
Gadis itu memuncungkan bibirnya dan mula berjalan meninggalkan Taehyung di belakang.
"Tapi aku sayang kau!"
Taehyung mengejar Seoyun dengan tawa yang masih bersisa. Comel je bila dia marah.
Seoyun menjeling lembut saat Taehyung mengatakan bahawa dia menyayangi dirinya. Senyuman kecil terukir di bibir dan kaki terus melangkah menusuri panorama indah di hadapan mata.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Malam ini, seperti biasa Taehyung akan mengajak Seoyun untuk keluar bersiar-siar di bandar Paris memandangkan ini malam terakhir mereka di sini.
"Seoyun-ah, best tak pergi Paris?"
Taehyung menutup botol air mineral yang dipegangnya setelah dapat menghilangkan dahaga.
"Best sangat! Thanks, Tae sebab bawa saya pergi kota yang cantik ni." ucap Seoyun, ikhlas dari hati.
Bukan senang nak jumpa orang yang boleh bawa kita bercuti bersamanya di luar negara.
"Ehehe, welcome. Aku tak kisah, lagipun aku memang tak ada kawan. Tak syok lah aku nak holiday. Kalau ada kau, tak ada aku rasa sunyi." jawab Taehyung dengan senyuman di bibir.
Seoyun suka melihat senyuman Taehyung yang sentiasa terukir sebab dirinya. Suka bila melihat jejaka itu gembira.
"Hurm, saya minta maaf. Selama kita kat sini, awak je yang buat semuanya. Maklumlah, saya bukan selalu holiday kat luar negara."
Sungguh, Seoyun rasa malu apabila Taehyung yang lakukan segalanya.
Makan, melawat tempat, bilik hotel semuanya dia yang tanggung.
"Tak apa. Kau minta je apa kau nak. Aku bagi. Anggap je semua ni hadiah daripada aku." kata Taehyung.
Aku terharu. hiks.
"Kau nak tahu tak? Antara pengalaman indah dalam hidup aku, pengalaman kali ni adalah paling indah aku pernah lalui."
Taehyung memandang ke langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang bercahaya.
"Indah? Wae?"
"Sebab ada kau."
Senyuman ikhlas daripada Taehyung dihadiahkan buat Seoyun. Jejaka itu cuba mencari anak mata si gadis untuk ditenung.
Wajah Seoyun merona merah. Pandangannya cuba ditundukkan kerana rasa malu menyerbu dirinya.
"Kau...malu ke?"
Seoyun cepat-cepat mengangkat kepalanya.
"T-Tak ada lah. Mana ada m-malu."
Walaupun hakikatnya Seoyun sedang malu.
"Seoyun-ah, terima kasih."
Taehyung memegang kejap tangan si gadis sebelum mengalihkannya.
Oh Tuhan, tolonglah aku.
Jantung, tolong berfungsi dengan baik!
Oksigen, aku perlukan kau sekarang ni!
"Tae, bila kita nak pergi Eiffel Tower?" kata Seoyun bagi menghilangkan debaran di dada.
"Esok sebelum kita balik Korea." jawab Taehyung.
"Jom? Kita jalan lagi. Nanti pukul 11 kita balik hotel."
Jejaka itu sudah berdiri untuk meneruskan lagi jelajahannya di bandar tersebut.
Seoyun mengangguk akur dan berjalan seiringan di sisi Taehyung dengan hati yang berbunga-bunga.
-----
TBC
761 words for this chapter!❤
haaaaaa put tak sabar ni nak habiskan chapter :)) semoga put dapat habiskan dengan jayanya! doakan put!❤
okay ke this chapter? if not, im sorry. if okay, im happy too❤
okay, selamat membaca!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro