CHAPTER 33 🌺
he so cute, same like yeontan 😭❤
[ 22 votes + 21 comments ]
[ DAY 2 ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
<PARK HYERA'S POV>
Aku mengambil handphone yang terletak di atas meja solek lalu aku baringkan tubuh di atas katil.
Aplikasi Instagram dibuka. Aku ingin mengetahui apa yang Taehyung lakukan sewaktu cuti sekolah ini.
Tapi disebabkan dia dah block account aku, jadi terpaksa lah aku buat account baru, khas untuk stalk Taehyung.
Aku cari account milik Taehyung di bahagian search. Setelah menjumpainya, aku terus menekan skrin tersebut lalu terpapar profil jejaka itu.
Mujur account Taehyung tidak private, jadi mudah untuk dia melihat melalui second account yang aku buat.
Post terkini yang dimuat naik ke Instagram aku tekan. Satu gambar seorang gadis yang berlatarbelakangkan binaan di bandar Paris.
taehyungkim95
❤ Liked by jeonjk_1, wordlwidejin and 19876 others.
taehyungkim95 In Paris 🗼, with my girl ♡
View 2201 other comments
jeonjk_1 daebak! hyung dah ada gf! 😲
baek.hyunexo Wah, Tae! Sulah maju maa! 👏
ahnSoora5__. Tae sunbaenim! This girl is more pretty than Hyera ;")
Berderau darah aku saat namaku disebut diruangan komen. Kalau aku tahu siapa perempuan yang komen ni, memang malang nasib dia!
Oh, rupanya dia pergi Paris.
His girl? Heh, siapa lagi kalau bukan si sundal malah perampas tu?
Makin lama ditengok, makin sakit hati aku dibuatnya. Instagram terus ku tutup dan handphone yang tidak bersalah itu terus ku hempas ke atas katil.
Nasib tak jatuh atas lantai. Dah lah baru beli Iphone 11 pro. Kalau jatuh, mahu tak menangis?
"Kau sabar, perempuan...Kau tunggu je nasib kau!"
Rancangan sudah terukir kemas di dalam minda. Cuma menunggu masa saja untuk ditayang.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Ternyata suasana malam di bandar Paris ini sungguh cantik dan menenangkan. Berbeza sungguh dengan Korea.
Disebabkan Taehyung ingin berjalan pada waktu malam di sekitar kawasan yang tidak jauh daripada hotel yang mereka duduk, Seoyun hanya menurut saja.
Waktu pukul tiga petang tadi, Taehyung ada juga membawa Seoyun ke satu taman yang bernama Parc De La Villette.
Taman yang cukup meriah meskipun hanya ada kanak-kanak yang gembira bermain bola, keluarga yang berkelah di bawah sepohon pokok yang rendang.
Hari ini hanya satu tempat saja yang mereka berdua lawati. Seoyun ingin mengembara lagi tapi Taehyung kelihatan sangat malas untuk keluar, jadi dia menghabiskan masa petangnya dengan bermain game di dalam bilik.
Selepas mereka selesai makan malam di hotel, Taehyung terus keluar melihat pemandangan malam.
"Seoyun, kejap tau. Aku nak pergi ambil gambar kat sana. Jangan pergi jauh sangat." pesan Taehyung dengan lembut.
"Nae." Seoyun hanya menurut saja pesanan daripada jejaka itu.
Taehyung pula sudah meninggalkan Seoyun di situ.
Bangunan, orang yang lalu-lalang, jalan raya dan macam-macam lagi menjadi sasaran Taehyung untuk mengabdikan semua itu di dalam kameranya.
Seoyun berjalan perlahan di belakang sementara Taehyung sudah jauh berjalan ke depan.
Sengaja tak nak dekat dengan Taehyung.
Seoyun mengangkat kamera dan diletakkan pada mata kirinya. Gadis itu zoom ke arah Taehyung memandangkan jejaka itu sedikit jauh dari jaraknya.
Klik!
Seoyun membidik semula hasil tangkapan gambarnya tadi.
"Yezza, perfect!"
Gambar itu memang sempurna, tapi ianya menjadi over perfect sebab Taehyung berada di dalam gambar tersebut.
Hehe, sekali-sekala curi-curi ambil gambar si alien tu tak apa kan?
Sedang si gadis leka memandang Taehyung dari jauh, tiba-tiba tubuhnya ditolak dan Seoyun jatuh terduduk di situ.
Ya Tuhan, sengalnya kat punggung weh!
"Oh my God! I'm sorry, miss!"
Seorang lelaki yang melanggar Seoyun tadi terus membantu gadis itu berdiri. Wajah lelaki itu tampak cemas.
"Are you okay? I'm sorry again." ucap lelaki itu dengan penuh rasa serba salah.
Lelaki itu tiba-tiba membelek tangan Seoyun. Sudah tangan sebelah kanan, tangan sebelah kiri pula ditengoknya.
"Are you seriously okay, dear?" tanya lelaki berkulit putih merah itu lagi.
Apa ni dear dear? Tiber je.
"Haa, i-i'm okay! It's okay."
Lelaki itu tampak tidak berpuas hati lagi. Sekali lagi tangan Seoyun dibeleknya.
Mat salleh ni memang sengaja ke apa?
"Are you su--"
"Don't touch my girl without my permission, dude."
Taehyung datang mendekati lelaki itu. Tangannya dialihkan daripada terus memegang tangan Seoyun dengan lebih lama.
Wajahnya tampak serius. Matanya memandang tajam ke arah lelaki yang berdiri di sebelah Seoyun itu.
"Oh, i'm sorry man. I bumped into her just now. So I want to see if your girl is injured or not." kata lelaki itu.
Suaranya kedengaran sedikit takut saat pandangan mata Taehyung tajam menikam anak matanya.
"Next time, when you walking please use your eyes. Don't use your knees." perli Taehyung lalu menarik tangan Seoyun supaya beredar dari situ.
Lelaki tadi hanya tercengang melihat reaksi sinis yang diberikan oleh Taehyung tadi.
Seoyun sedikit gerun melihat Taehyung yang wajahnya semakin serius memandang ke hadapan.
"T-Tae, tadi dia cuma terlanggar saya je. Dia tak buat apa-apa pun."
Tujuan Seoyun berkata begitu untuk membuatkan Taehyung kembali seperti sedia kala. Ini dah macam monster. Seram pulak.
"Je n'aime pas ça quand un gars essaie de te toucher."
( Aku tak suka bila ada lelaki yang sentuh kau. )
Dahi Seoyun berkerut. Otaknya cuba memghadam apa yang dicakap oleh Taehyung.
"Apa dia?"
Alien ni pun satu, dia ingat aku ni spesies alien macam dia ke apa? Mana aku faham bahasa tu.
"Rappelez-vous, vous m'appartenez."
( Ingat, kau adalah milik aku. )
Seoyun merenung anak mata coklat Taehyung dengan lebih dalam sebelum jejaka itu membawa mereka berdua balik ke hotel semula.
Walaupun Seoyun tidak mengetahui apa yang dikatakan Taehyung tadi, dia dapat rasa bahawa Taehyung sedang marah.
Mungkin marah pada aku. Mungkin marah pada mat salleh tu. Mungkin jugak dia marah aku dengan mamat tadi.
-----
TBC
897 words for this chapter❤
fuh! letih woi menaip! lenguh jari. tapi tak apa lah, demi habiskan ff ni put sanggup. tak sabar nak jumpa jungkook ni ehe.
how? chapter ni okay ke? hambar? bosan? if so, maafkan put :(
okay, selamat membaca!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro