Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 32 🌺

omaigod! aqoee tak kuwatttt :((

[ 22 votes + 20 comments ]

[ DAY 1 ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Taehyung dan Seoyun berjalan di kaki lima hadapan beberapa buah kedai yang berderet di situ.

Mereka berdua ingin mencari tempat untuk bersarapan. Maklumlah, kali terakhir makan waktu di flight. Lepas tu, terus tak makan sampai sekarang.

Taehyung melihat kedai-kedai di situ.

Nasib hotel yang ditempahnya semalam berdekatan dengan kedai-kedai. Jadi, tiada masalah baginya untuk pening mencari kedai yang dimahukan.

Matanya terpandang satu papan tanda yang tergantung pada salah satu kedai tersebut.

Blé Sucre

Taehyung mengajak Seoyun untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Rupanya kedai itu menjual pelbagai roti. Terutamanya croissant.

"Kita makan roti je?"

Taehyung meletakkan kameranya di atas meja yang sudah diduduki oleh mereka.

"Habis tu? Ini bukan Korea, bangun pagi makan nasi goreng kimchi." bidas Taehyung lalu bergerak untuk mengambil beberapa croissant yang dilambakkan pada tempat khasnya.

"Eee, menyampah betul!" marah Seoyun perlahan. Tak mahu Taehyung mendengari caci makinya buat jejaka itu.

Taehyung yang berdiri membelakangkan dirinya dijeling sebelum berjalan untuk mengambil croissant di situ.

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Perjalanan mereka ke tempat yang ingin dilawati oleh Taehyung mengambil masa selama 6 minit daripada kafe tersebut.

Mereka menggunakan perkhidmatan teksi kerana lebih cepat masanya berbanding dengan berjalan kaki.

Cuaca agak mendung dan tenang pada hari itu. Sesekali angin meniup lembut membuatkan rambut panjang Seoyun beralun ditiup angin.

"Hah, kau tahu ni tempat apa?" tanya Taehyung sebaik saja mereka berdiri di hadapan sebuah pintu gerbang yang cukup besar.

Di sekelilingnya terdapat ukiran yang terlalu cantik.

Seoyun kagum melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya dengan wajah yang teruja.

"Cantiknya! Apa nama benda besar tu?"

Seoyun mengangkat kamera yang dibawanya bersama daripada Korea untuk mengambil gambar tersebut.

Mujur eomma membenarkan dia membeli kamera. Dapatlah merakamkan segala keindahan dunia di sini.

"Nama dia Arc De Triomphe. Tempat ni famous, banyak orang datang tengok. Kalau kau nak tahu, pintu gerbang besar ni Napoleon Bonaparte yang bina. Kau kenal kan siapa tu?"

Seoyun mengangguk faham. Niat ingin bertanya tentang nama binaan tersebut tapi terus dibatalkan niatnya apabila teringat Taehyung yang suka bash sesuka hatinya.

"Pintu gerbang ni dibina untuk meraikan tentera Perancis dan pertempuran besarnya." sambung Taehyung lagi.

Jejaka itu mula menangkap gambar tersebut beberapa kali.

"Macam mana awak tahu?"

"Sebelum pergi sini, aku dah search latar belakang tempat ni. Bukan macam kau, apa pun tak tahu." perli Taehyung dan diiringi tawa mengejek.

Bibirnya dicebik sambil menjulingkan biji matanya. Malas nak layan kata-kata Taehyung tadi.

"Awak dah pernah pergi Paris ke?" tanya Seoyun.

Gadis itu memandang Taehyung di sebelahnya.

"Belum. Ni first time aku pergi." jawab Taehyung.

"Seoyun-ah, berdiri kat sini. Aku nak ambil gambar. Nanti mama aku dengan eomma kau boleh tengok."

Tubuh Seoyun ditarik lalu diletakkan di tengah pemandangan pintu gerbang cantik tersebut.

Gadis itu menguntum senyuman manis saat Taehyung mengambil gambarnya di situ.

Sebaik saja selesai, Taehyung membuat isyarat thumbs up.

Mereka mengambil gambar di sekitar kawasan itu dengan sepuas-puasnya.

"Okay, jom! Aku nak bawa kau kat tempat lain pula.

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Selepas menjejakkan kaki ke Arc De Triomphe, Taehyung membawa Seoyun ke suatu tempat yang agak besar di bandar Paris.

Taehyung berjalan perlahan sambil menikmati suasana di kawasan itu. Tidak terlalu ramai orang yang berjalan di sini.

"Sekarang ni kita kat mana?"

Seoyun melihaf kereta yang lalu-lalang di atas jalan raya itu.

Tidak jauh dari tempat mereka sedang berdiri, terdapat satu bangunan yang besar dan panjang di hadapan mereka.

"Yah, Seoyun-ah! Tengok sini!" panggil Taehyung.

Jejaka itu mula merakamkan detik-detik mereka berdua di situ. Seoyun mengukirkan senyuman lebar semasa menatap lensa kamera Taehyung.

"Annyeong!" ucapnya dengan ceria.

"Now we are in La Conciergerie!" kata Taehyung dengan penuh teruja.

Seluruh keadaan sekeliling dirakamkan.

"Tae, cantik kan air kat bawah ni?"

Seoyun berdiri sambil melihat ke bawah. Nak dikatakan tasik, bukan tasik. Nak dikatakan sungai, terlalu besar lah pula.

Alaa, sungai pun sungailah!

"Kau nak naik benda tu tak?" tanya Taehyung.

Jejaka itu menunjukkan ke sebuah bot yang membawa penumpang di bawah jambatan yang dipenuhi dengan air itu.

Seoyun terus mengangguk. Dia takkan lepaskan peluang keemasan yang ditawarkan Taehyung.

"Okay, jom ikut aku!"

"YEAY!"

Tanpa sedar, Seoyun yang sedang dilanda keterujaan yang melampau itu memimpin erat tangan milik Taehyung.

Senyuman di bibir gadis itu terukir dengan manisnya.

Taehyung yang terkejut dengan tindakan Seoyun yang secara tiba-tiba itu tidak membantah malah dia mengeratkan lagi pegangan antara mereka berdua.

Jejaka itu tersenyum nipis.

Adakah aku bahagia? Ya, engkau bahagia, Kim Taehyung.

-----
TBC

730 words for this chapter!❤

ya allah, hanya Allah je tahu bila put meroyan takde internet nak update. nak pinjam adik, tapi dia punya kedekut tu, masyaAllah....

so now, put dah update! hehe harap suka lah. aih, put rasa macam bosan laa chap ni 😣 sorry a lot my lovely readers!

selamat membaca!💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro